Assalamualaikum . . .
Dear readers , happy thursday . Currently i'm not feeling well . 2 hari senggugut teruk sampai malam pun susah nak tidur . Rasa pinggang macam nak tercabut sangat je 😭😭😭😭😭😭 . Act , aku memang yang setiap bulan akan kena this penyakit , cume depend pada tahap sakit yang teruk atau besheee besheee je . Kalau yang biasa tu its okey aku boleh happy , gurau-gurau dengan orang lagi sebab its just sakit perut yang boleh di tahan lagi . But this time sakit yang i can't describe . Serba tak kena , sakit bawah perut , pinggang rasa macam nak tercabut . And you know what , aku tengah bekerja sekarang , please feel little bit my pain 😭😭
Mujur la tengah free , takde kerja nak buat . Kalau duduk je melayan sakit nie lagi la tak boleh buat apa . Ada orang sampai tumbuk-tumbuk perut sendiri , baring macam-macam style , letak perut kat bucu meja , menangis sebab tak tahan sakit . Aku jenis yang lagi rela tahan sakit dari pergi hospital or klinik . Boleh kira je la setahun sekali dua je aku jejak kaki g klinik . Aku jenis yang susah nak demam , setakat pening sakit perut tu aku just amek leave then rehat kat rumah je sehari .
Paling aku takot bila muda-muda nie kerap kena senggugut , orang cakap susah nak "lekat" anak bila dah kahwin nanti sebab boleh jejaskan sistem peranakan . Tapi unsure la , orang cakap . Aku just redha . Bukan aku mintak nak kena sakit nie tiap bulan . Kalau nasihat mak aku , dia suruh makan jamu , ulam-ulam untuk elakkan senggugut . Tapi korang faham la tekak aku nie tak boleh adapt bende-bende macam tu walaupun bagus untuk kesihatan .
Aku jugak jenis yang tak makan ubat panadol warne pink (menstrual panadol) . Sebab orang cakap tak elok makan ubat tu kerap sangat . So kalau aku sakit , aku just tahan , tuam perut dengan heating pad plus isi minyak angin je . Nasib la yang nie tak sampai rasa nak pitam .
Aku ingat lagi waktu study dulu , teruk sangat period pain . Sampai menangis sesorang dalam bilik . Yang lain semua pergi kelas time tu . Nak pergi toilet pun gelap je dunia rasa , dengan tekak rasa loya . Paksa jugak mata untuk tidur . Sebab solution terbaik FOR ME adalah tidur . When you wake , your pain will gone .
Lain orang lain cara . Lain orang lain rasa . Any of you yang selalu kena peroid pain ? Can you suggest the best solution to reduce this pain ?
**Rumitnyaaa jadi perempuan . . . Kalau yang tak pernah kena senggugut tu aku rasa salah satu rezeki dan nikmat untuk dia . Jangan la pernah ada niat untuk rasa senggugut tu macam mana . So guys , please appreciate women around us .