Assalamualaikum . . .
Hampir setahun juga tak menaip . Jangan kata menaip, jeling-jeling blog nie pun tak sempat . Semoga kawan-kawan blog nie sihat sejahtera . Alhamdulillah, saya telah menamatkan zaman bujang saya pada 08.10.2021 (Jumaat) . Masih fasa pengantin baru lagi 😅 . (Wish cepatttttttt) .
Kawen zaman covid nie susah ya . Jimat memang jimat , tapi serba serbi urusan semua susah , perlu by appointment. Nak beli barang kawen pun bahagian barang perkahwinan tak buka . Semua beli online je . Memang buat ala kadar dan simple je la . Janji ada kenangan kawen walaupun banyak cacat cela dan tak semeriah macam kawen orang dulu-dulu. Nanti last entry saya share gambar-gambar nikah dan Outdoor .😘
Kawen pulak dengan orang beruniform , lagi la leceh nak tunggu kelulusan berkahwin pdrm tu pula. Bayangkan la , persiapan lain semua dah siap tibe-tibe borang kawen lagi seminggu nak nikah baru hantar kat PAID belah perempuan. Mujur lah Allah permudahkan , settle juga borang nikah tak perlu booked appointment beratur panjang-panjang macam kes kat PAID petaling or PAID area selangor tu . Kesian kena ambil cuti sebab nak settle hantar borang permohonan nikah , tapi sebab covid nie boleh 20 ke 30 orang je dalam 1 hari . Then , yang dah apply cuti tu confirm la mengamuk sebab tak dimaklumkan awal-awal. Semoga dipermudahkan urusan korang yang nak mendirikan rumah tangga .
Oh yaaa , ada sesiapa kat sini Pembantu tadbir (P/O) N19 lantikan SPP yang bekerja di area seremban .? Boleh drop komen tak .? Saya ada urusan sikit nak tanya . So far , 2021 is my blessing year . Rezeki mencurah-curah . Dikelilingi orang yang baik-baik . Jauh sangat beza dengan tahun lepas , banyak dugaan . Life korang macam mana .? Harap semua baik-baik dan tak terputus rezeki waktu-waktu pandemik nie .
Bile dah lama tak menaip nie , dah tak reti nak karang story . A bit kekok dan kurang kreatif susun ayat . Tengah free nie boleh nak singgah2 blog kawan-kawan kejap .
Here , some of my wedding photos :
Doakan semoga rumah tangga saya sentiasa bahagia , dilindungi dan sentiasa berada dalam redha dan rahmat Allah S.W.T .