OCTOBER FAV :)

By Suhana Abidin - December 16, 2020

 Assalamualaikum . . .

Hai korang . Apa khabar .? Haishhh , sebulan sekali nak menaip pun tak sempat . Sebab hari nie ada waktu free dekat office , aku pun sempat la curi-curi buka blog yang dah bersawang nie sekejap . Title October Fav , tapi sekarang dah Disember dah dik non . Hahahah , takpe la kan , bayar cerita yang tertunggak . 😆 Lama dah tak jalan blog kawan-kawan . Nanti free aku singgah komen yaaa .


Aku ada beberapa cerita dan berita gembira untuk diri aku sepanjang bulan october nie . Dari awal 2020 macam-macam ujian dah aku hadap, kereta kena top overhaul, plus dah rosak tengah jalan adik pulak tak sempat tekan brek waktu hilux tengah tarik kereta . Double triple amount aku kena bayar time tu . Waktu tu jangan tanya la macam mana aku nak kena cari duit ganti kereta orang dengan kos baiki kereta aku tu . Memang Ar Rahnu la jawabnya sebab nak duit segera . Girls out there , Please please please simpan barang kemas walaupun sikit. Benda tu je boleh bantu kau waktu kau terdesak dan dalam waktu yang sama kau taknak susahkan orang sekeliling kau. Kalau yang dah berlaki takpe la , boleh paw laki untuk bayar benda tu, yang single nie jangan la berhutang banyak-banyak . Jangan terus pajak barang kemas tu, simpan la dekat ar rahnu , boleh tebus semula . Upah simpan setiap bulan pun tak mahal. Next, aku jobless around PKP hari tu, dalam waktu yang sama masih wajib bayar rumah sewa walaupun dye bagi half price . kau rasa .? Memang bagi aku , 2020 bukan tahun luck untuk aku . 


Alhamdulillah , after PKP bulan 6 aku dapat kerja dengan environment yang sangat best . Boss best ! Officemate best dan sangat tak berkira . Alhamdulillah , rezeki aku Allah bagi hujung-hujung 2020 rupanya. 


Bulan 10 , aku dapat increment over than expectation . Kakak officemate kata boss suka cara kerja aku . Alhamdulillah . . Pertengahan bulan 10 tiba-tiba ada orang invite dalam group PTPO BAHARU 2020 . Ya Allah , mixed feeling . Betul ke aku dapat keje gov .? Bukan prank kan nie .? Sampai aku cakap dekat mak ayah pun diorang slumber je cakap " selagi takde hitam putih , dorg taknak percaya" . Hahahahah , lepas tu la baru tergedek-gedek check dekat portal SPP . Indeed ! Rezeki PKP . Alhamdulillah again , Rezeki tak salah alamat . Aku sendiri tak ingat bila masa aku apply jawatan nie . Yang aku ingat hantar Video Temuduga Online je waktu bulan 6 tu plus langsung tak expect dapat job nie . 






25.10.2020 - Aku selamat menjadi tunangan si dia . Heheheheh , Ya Rabb . Aku bersyukur atas rezeki-rezeki yang telah kau kurniakan ini . Ye , rupanya si dia yang dah bertahun aku friendzone tu la jodoh aku . Si dia yang always ada depan mata sepanjang 3 tahun tu la jodoh aku . Bak kata orang , jodoh depan mata tak nampak , yang tak pasti tu sibuk-sibuk kita kejar . Kahkahkah , terima kasih Ya Allah . Kau kurniakan seorang lelaki yang setia , yang tak pernah tinggalkan aku walaupun dah banyak kali kena friendzone . Part kena maki takyah kire la , banyak kali dah kena . Setia dan efford dia yang non stop tu berhasil . *from head to toe semua sendiri , make up dan camera pun sendiri . Nak cut cost punya pasal .







excuse tunang aku yang duduk terkangkang tu . hahahaha














Both aku dan dia dah bergelar penjawat awam. Masing-masing dah ada komitmen kerja masing-masing . We both tak pernah pun terfikir aku bergelar penjawat awam . Dari mula kenal si dia , dia bekerja dekat kilang je . Aku pun kerani biasa dekat syarikat swasta , we never imagine akan dapat rezeki macam nie . Indeed ! rezeki tak salah alamat . Cuma kitorang kena berjauhan buat sementara waktu . Si dia kerja di Balai Campbell,seremban dan aku di PPD Lipis .





Macam biasa , bila orang tahu kita dapat kerja gov mesti akan ada banyak persoalan dari hati-hati hitam manusia . Contoh soalan dari sesorang yang tak pernah rapat dengan kita " eh , dapat keje gov ke sue .?" "macam mana kau boleh dapat keje gov?" "kau dapat keje dekat mana? berapa gaji?' "macam mana nak apply?" blaaaablaaablaaa . Who are you tiber je nak tanya soalan banyak-banyak . Dulu waktu aku kerja biasa-biasa takde pun nak tanya apa-apa . Jumpa selisih bahu pun sanggup buat tak kenal . Benda nie pun terjadi jugak dekat tunang aku . Dulu waktu kerja kilang , orang tak pernah pun nak tanya khabar . Boleh kire guna jari je berapa orang yang betul-betul boleh digelar SAHABAT susah senang.


Semoga PKP dan Covid nie terhapus terus dari muka bumi . Stay safe everyone . Ikut SOP jangan keluar kalau tiada urusan . Kes makin naik dekat pahang nie , risau pulak pahang jadi redzone nanti. 

14 Bawang Holland

  1. Ujian tidk melebihi had mampunya hamba. Dan nikmat rezeki tidak sesekali silap arah.Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeee betul tu . long time tak jalan blog perdu cinta :)

      Delete
  2. Congratulations for your engagement! Sama lah macam kita, saya dah lama tak update blog. Baru hari ni after 2-3 months muncul balik. Hahaha Looking forward to more updates from you soon!!

    ReplyDelete
  3. CONGRATS ON THE ENGAGEMENT!!! THATS SO EXCITING!!!

    ReplyDelete
  4. tahniah!! jgn lupa jemput kami mkn nasi myk nnt eh ehh hahaha

    ReplyDelete
  5. Ahamdulillah..rezeki dapat kerja gomen dan rezeki dipermudahkan langkah pertama. Tahniah Sue dah jadi tunangan orang dah.

    ReplyDelete
  6. Hai sue.... saya blogwalking ni. Tetiber rasa happy plus seddih dengar story awak. Hidup ni memang banyak ujian dan dugaan yang tak terjangka. Pape pun tahniah diatas pertunagan awak ya. And tahniah juga berjaya menjadi penjawat awam. itu pun rezeki yang berguling2 tak terduga juge tu. Bagi yang tiber muncul dan tanya sue macam2 tu abaikan je. Most orang macam tu golongan toksik sebenarnya. Diorang bertanya sebab ada perasaan iri hhati dengan kejayaan kita. I've been there and i faham apa yang sue lalui.

    btw, teruskan kehidupan seperti biasa and semoga berjaya tau!!

    xoxo Anna.#staysafe #alwayssanitizeandwearfacemask

    jemput blogwalking blog saya pule https://amilesaway92.blogspot.com/2021/01/new-year-of-2021.html ^^

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. Wah.. tahniah dik... Rezeki tak salah alamat. Semoga kejayaan ini diteruskan... terus spread the love dan pandai2 berhadapan dgn toxic people di mana2. take care!

    ReplyDelete
  8. wahhhhh tahniah sue! macam-macam perkara manis Allah bagi kan? moga dipermudahkan segala urusan sue & encik tunang hehehe

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Alhamdulillah.. rezeki kena pada tempatnya. Semoga sentias bekerja dgn ikhlas dan semangat! amiinn.. Tahniah jugak dah jadi tunangan orang. semoga Allah permudahkan urusan ke jinjang pelamin.. maiinn...

    ReplyDelete