ANOTHER BLESSING YEAR

By Suhana Abidin - November 23, 2021

 Assalamualaikum . . . 

Hampir setahun juga tak menaip . Jangan kata menaip, jeling-jeling blog nie pun tak sempat . Semoga kawan-kawan blog nie sihat sejahtera . Alhamdulillah, saya telah menamatkan zaman bujang saya pada 08.10.2021 (Jumaat) . Masih fasa pengantin baru lagi 😅 . (Wish cepatttttttt) . 

Kawen zaman covid nie susah ya . Jimat memang jimat , tapi serba serbi urusan semua susah , perlu by appointment. Nak beli barang kawen pun bahagian barang perkahwinan tak buka . Semua beli online je . Memang buat ala kadar dan simple je la . Janji ada kenangan kawen walaupun banyak cacat cela dan tak semeriah macam kawen orang dulu-dulu. Nanti last entry saya share gambar-gambar nikah dan Outdoor .😘

Kawen pulak dengan orang beruniform , lagi la leceh nak tunggu kelulusan berkahwin pdrm tu pula. Bayangkan la , persiapan lain semua dah siap tibe-tibe borang kawen lagi seminggu nak nikah baru hantar kat PAID belah perempuan. Mujur lah Allah permudahkan , settle juga borang nikah tak perlu booked appointment beratur panjang-panjang macam kes kat PAID petaling or PAID area selangor tu . Kesian kena ambil cuti sebab nak settle hantar borang permohonan nikah ,  tapi sebab covid nie boleh 20 ke 30 orang je dalam 1 hari . Then , yang dah apply cuti tu confirm la mengamuk sebab tak dimaklumkan awal-awal. Semoga dipermudahkan urusan korang yang nak mendirikan rumah tangga .

Oh yaaa , ada sesiapa kat sini Pembantu tadbir (P/O) N19 lantikan SPP yang bekerja di area seremban .? Boleh drop komen tak .? Saya ada urusan sikit nak tanya . So far , 2021 is my blessing year . Rezeki mencurah-curah . Dikelilingi orang yang baik-baik . Jauh sangat beza dengan tahun lepas , banyak dugaan . Life korang macam mana .? Harap semua baik-baik dan tak terputus rezeki waktu-waktu pandemik nie . 

Bile dah lama tak menaip nie , dah tak reti nak karang story . A bit kekok dan kurang kreatif susun ayat . Tengah free nie boleh nak singgah2 blog kawan-kawan kejap . 


Here , some of my wedding photos :


































Doakan semoga rumah tangga saya sentiasa bahagia , dilindungi dan sentiasa berada dalam redha dan rahmat Allah S.W.T .



9 Bawang Holland

  1. wow! Tahniah Sue dan selamat pengantin sebulan. Eh.. Haha Lawa gambar kawen. 😍😍😍
    .

    Selamat mendirikan rumah tangga yang harmoni, bercinta hingga hujung nyawa dan bersama sampai syurga. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin amin amin ya Mujib . terima kasih atas doa dan ucapan tu :)

      Delete
  2. tahniahnyerr cik sue., semoga kekal berbahagia hingga akkhir hayat., aminn

    ReplyDelete
  3. Wah, tahniah!!Selamat pengantin baru yer...

    ReplyDelete
  4. tahniah adik manis... cantik sangat gambar pengantin...
    lupa akak nak share pasal grill pan tu semalam...
    ini akak kongsikan nama kedainya ya di shopee

    laimishop
    akak beli tu harga RM66.90 ada saiz lagi besar dari yg akak beli ni tau

    ReplyDelete
  5. tahniah adik manis... cantik sangat gambar pengantin...
    lupa akak nak share pasal grill pan tu semalam...
    ini akak kongsikan nama kedainya ya di shopee

    laimishop
    akak beli tu harga RM66.90 ada saiz lagi besar dari yg akak beli ni tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you kak dana .
      Eh murah je tak sampai RM100 . Usyaaa terus la . hahahah . .

      Delete