Assalamualaikum . . .
21/09/2020 - 3 days ago was my birthday yang ke 25 . Not too young and not too old . Hahahahha . . . Excited nak share dengan korang apa surprise yang aku dapat hari isnin baru nie . Firstly , Alhamdulillah for another year of life . Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas dan meraikan hari jadi yang ke 25 tahun nie . Thank you untuk yang masih berkawan , yang masih mengingati diri ini dan yang masih setia di sisi .
Commonly , setiap tahun aku akan celebrate birthday dengan kawan-kawan aku je since dah bertahun duduk jauh dengan family . Siapa yang follow blog aku dari dulu , memang akan tau siapa kawan-kawan yang aku maksudkan . Setiap sorang birthday memang kitorang akan celebrate setiap tahun dan akan buat gathering waktu chinese new year , chrismas dan bila-bila kitorang berlima free . Thank you for the birthday treat and i love all of you . Friendship since 2017 and still counting .
2017 |
2018 - before pergi bandung |
2019 - dayah dengan first baby dia |
2020 - semua makin mengembang dengan jaya |
Next , unexpected surprise daripada adik aku . Dia master mind untuk semua surprise nie dari A to Z . Ouhhh , i love youu my brother . First time sepanjang hidup aku dia surprise kan aku macam nie dan yupppp sangat surprise . Biasa aku yang selalu buatkan surprise untuk orang dan aku rasa bahagia bila tengok orang appreciate dan bahagia dengan apa yang kita buat walaupun sekadar hadiah yang murah , belanja makan tempat yang biasa-biasa .
Mostly setiap orang akan terima wish birthday non-stop dari pagi sampai ke malam on our birthday kan .? Same goes to me . Dari pagi mood okey lagi dan my boyfriend pun awal-awal dah wish tapi bila waktu petang tu mood aku macam swing . Tak tahu kena rasuk apa mood rosak sangat . Balik kerja tu adik ada send whatsaap "Naa , kau sayang aku tak .? kalau sayang pegi siap cantik-cantik nanti aku balik amek kau . Nak keluar makan" . Dan aku jawab "Malas ! aku takde mood " . Adik aku dah start buat ayat touching sebab dia dah plan bagai nak rak tapi aku taknak keluar . Aku nie mood dah kelaut adik plak nak sentap aku taknak keluar . Demi taknak menghampakan dia , aku pun bermalasan la bangun siapkan diri . Pakai n makeup nipis ala kadar je . Like i said , takde mood kan .
Adik aku dah siap reserved table n makanan dekat Rimba by Loft , jalan teluk sisek kuantan nie . AKu dah 2 3 kali pernah makan sini , dan okey la harga tak mahal sangat dan makanan pun not bad . Masuk je dalam restoren tu dia suruh aku jalan dia , dalam hati aku syak dah dia nak buat surprise dan record aku dari belakang . Sebab aku dah pro kan bab surprise nie . Cehhhhh !!! Hahaha . . Naik je tangga nak pergi table tingkat 2 tu dah ada music happy birthday . Aku still jalan dengan slumber sebab dah masak dengan surprise macam tu . Nak sampai je table kitorang tu aku nampak my boyfriend dan bestfriend aku ada . Weiiii , tu yang unexpected sangat . My boyfriend ada . Yes , He is ! Aku tak expect pun dia balik kuantan sebab dia off sehari je . And i'm crying . . . . Thank youuu baby susah payah gerak dari seremban ke kuantan untuk celebrate birthday i .
Demi Allah , my boyfriend bukan jenis yang sweet dan less of common sense . Aku kadang terasa nak merajuk je dengan dia nie sebab dia tak sweet langsung . Tapi satu sikap dia yang aku puji , dia penuh dengan efford dan setia . Bayangkan aku friendzone dia dari 2017 sampai la tahun lepas . Lama babe aku halau dia suruh pergi cari perempuan lain yang much better dari aku since aku heartless kes kecewa teruk dengan ex boyfriend yang tak guna dulu . 4 tahun aku take time nak recovery hati yang kecewa nie . Aku tutup hati aku rapat untuk lelaki . Bab Trust ! Sorry , aku memang tak percaya lelaki langsung since that day .
Alhamdulillah , Allah kurniakan aku boyfriend yang betul sayangkan aku dan masih setia ada dengan aku ups and down . Kalau nak cerita , banyak sangat benda buruk aku buat untuk sakitkan hati dia . Sebab aku tak boleh terima dia lebih dari kawan dulu . Tapi orang cakap jodoh tak kemana kan . Jodoh depan mata tak nampak , sibuk nak cari orang yang jauh . Kahkahkah . . . Last year aku belajar appreciate dia dan terima dia seikhlas hati memandangkan dia sangat setia dan show efford yang taktau aku nak describe macam mana . Tak payah la sibuk nak cari yang helokkkk rupa , sweet all the time , janji bagai boleh petik bintang tapi apa pun tak ada . End up korang tau korang kena curang . Aku cakap base on ape yang aku pernah rasa dulu . Terima kasih untuk pengalaman dan pengajaran dulu . Kalau takde semua tu , mana mungkin aku akan rasa bahagia dengan my boyfriend macam sekarang .
Back to my birthday surprise , adik aku gigih plan dengan my boyfriend dan bestfriend aku untuk buat surprise nie . Patut la aku tertanya-tanya kenapa si dayah nie takde wish birthday aku dari pagi sampai ke malam , rupanya dia nak wish depan-depan . kurang asam punya bestfriend . . you guys did it well . I'm crying . Tak sangka sangat korang semua sweet . Ada video aku menangis , segan nak share kat sini . Takpe la , cukup korang tau aku sangat terharu .
Tak lupa jugak untuk family aku , yang sambut my birthday dari jauh . Diorang pun keluar makan western jugak malam tu dan duduk table yang ada background happy birthday sambil buat video call dengan aku . Ahhhh , thank you so much . Aku sayang semua .
Untuk this 2 beautiful bestfriend since zaman study yang always ada dengan aku walaupun sekadar alam maya sebab sorang duduk temerloh sorang duduk JB . Diorang asyik tanya apa je barang yang tak settle lagi untuk majlis tunang aku bulan depan . Aku jawab la shawl aku tak beli lagi . Yang lain dah settle and taraaaaa . . . Tetibe semalam sambil tunggu barang shoppe aku , aku dapat hadiah shawl cantik brand Anis Zamri nie dari diorang . Sumpah cantik sangat . Aku lupa nak snap gambar shawl tu . Tapi sumpah cantik , warna maroon . Ikut tema majlis aku nanti . Berapa kali ntah diorang nie nak buat aku nangis . Handbeg hantaran pun diorang sponsor . Ya Allah , aku tak mintak lebih dah . Aku appreciate sangat persahabatan kita nie . Hope , long last . . .
Korang , tolong doakan urusan aku untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga dipermudahkan . Thank youuuu . . .