THROWBACK MY LAST YEAR CONVOCATION CEREMONY

By Suhana Abidin - December 07, 2018

Assalamualaikum . . . 

Okey , firstly happy graduation to all yang tengah konvo sekarang . The best experience ever naik atas stage , pegang scroll , pakai mortar board , dress cantik-cantik handsome-handsome and yang paling penting bersaksikan 2 orang buah hati kita iaitu mak ayah . Mesti time tu dorang rase berbaloi sangat berpenat lelah bergolok gadai dpatkan duit untuk sara anak belajar tinggi . 

Nak di jadikan cerita pasal bergolok gadai nie . . . . .  hmmm , it was my sad story . Bukan niat seorang anak nak susahkan atau bebankan mak ayah . Masa umur 18 tahun aku memang takde niat langsung nak sambung study , sebab aku memang takde rase nak belajar lagi . Mase tu jugak aku dah keje dekat sebuah taska dekat kajang , dah selese keje kat situ walaupun basic mase tu hanyalah 700 . Bagi aku dah besarkan 700 waktu tu . Day by day ramai kawan-kawan sekolah aku dah start sambung study dan dapat offer macam-macam universiti . Aku tak sure ape perasaan mak ayah aku waktu tu , mungkin dorang malu sebab anak tak sambung study atau malu bila jiran-jiran tanya "suhana tak sambung belajar ke?" "tak dapat offer university kerajaan mana-mana ke ?" . MUNGKIN LA . . 
Bagi aku , mind your own business ! Jage la anak-anak masing-masing . tak perlu sibuk nak jaga anak orang lain . 

Dengan niat taknak jadi anak derhaka , aku pun berhenti keje dan accept je universiti swasta yang mana-mana pun . So , aku pilih IKIP INTERNATIONAL KUANTAN . Tu nama dulu , last sem dah tukar nama kepada KOLEJ YAYASAN PAHANG dan this year tukar lagi nama kepada UNIVERSITY COLLEGE OF YAYASAN PAHANG . huh . . . Act , this my last choice pilih ikip , tak bace betul pun surat tawaran , ye laaa sebab takde niat nak study kan . 

On my registration day , baru tau course yang aku ambil nie ade collobration dengan UITM . Fuhhh , merase la jugak study ala-ala student UITM walaupun hanya study dekat ikip . My Review pasal ikip , okey ! . JUST OKEY ! lecturer semua baik-baik , sangat membantu walaupun ade yang garang , ade yang serious . Cuma management malaslahhh mak nak komen . . . Overall ikip best . Banyak yang aku belajar pasal kehidupan dekat sane . Jumpa kawan-kawan baru . 

Since dah masuk belajar dan mood study aku pun tak sampai-sampai , aku pun belajar lah dengan main-main saje . Pengalaman paling bodoh yang aku tak boleh lupa , mase final exam sem 1 , orang semua tengah study account untuk paper esok . Tapi aku .? HAHAHHA . . .  aku prgi keluar dengan budak luar g stadium tengok bola . Kalau tak silap time tu match PAHANG vs TERENGGANU . Dan , jeng jeng jeng . . . .. .  result sem 1 pun keluar . cuba teka aku dapat brapa pointer .? hahhahaha , atas pagar je babe . 2.00 dengan 3 repeat paper . kalau bawah 2.00 mau kena dismiss dah tu . 

Sem 2 baru aku nekad nak belajar betul-betul . Menyesal dengan sikap sendiri dan jeles tengok kawan-kawan dapat pointer tinggi masa last sem . Sampai la exam aku betul-betul catch up apa yang aku tak faham or tak dapat . tak ingat berapa pointer tapi aku antara pelajar yang di sebut nama pointer naik mendadak untuk sem 2 tu . So i'm proud of myself . 

Relate balik dengan kisah sedih tu , mak ayah aku bukan orang senang dan bukan orang felda . Every sem daftar nak pakai duit yang banyak even aku ada pinjaman . Pinjaman pun tak cukup nak cover belanja sepanjang sem tu . Mak aku sampai bergadai kat Ar-RAhnu barang kemas dia time aku nak register next sem . Masa tu aku sedih terlampau sangat , bukan niat nak susahkan dorang . Bila mintak pinjam duit dekat atuk , biasa la makcik pakcik yang lain mengata asyik pinjam duit banyak-banyak . Ye laaa , dorang tak rase susah duit tak cukup anak belajar tinggi , sebab anak-anak dorg semua kecik-kecik lagi . Mak Ayah banyak kali tebalkan muka mintak pinjam duit sana sini sampailah aku habis study . Terima Kasih mak ayah . Pengorbanan yang ternilai . Aku tak mampu nak balas jasa-jasa diorang , tapi aku janji akan jadi anak yang baik dan tak menyusahkan mak ayah lagi. 

The day is my convocation day . . . Aku grade Diploma in Accountancy UITM . Dan aku konvo di UITM JENGKA , PAHANG . Serious happy and excited sangat masa konvo . Jom aku tunjuk kat korang gambar-gambar sepanjang konvo aku . :)



Nie hari ambil jubah . Tak ada pre convo sebab hujan dan bawak anak buah yang masih baby . Kesian tunggu panas-panas . Nie antara one of my besties masa study , AIZA SYUHADA .


Okey , Nie pulak gambar-gambar sewaktu hari konvokesyen . Tq family datang meraikan hari konvo sue . 

























4 Bawang Holland

  1. dik, org felda pun tak senang mana. alhamdulillah, walaupun bergadai, at least dh awak dh buktikan pd mak ayah yg awak dh grad! hehe congratulations :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah sue.. you earn it and du deserve it

    ReplyDelete