INSOMNIA AND ME

By Suhana Abidin - November 07, 2019

Assalamualaikum . . .

Lately my insomnia is getting worst ! I got this insomnia since i am 19 y/o . Yup , zaman belajar kan suka tidur lewat , weekend marathon movie dengan roomate sampai subuh sambil makan meggi , study tengah malam , siapkan assignment yang menggunung .  This habit berlarutan sampai la sekarang cuma marathon movie tu hanya pada hari cuti kerja .

Bila dah masuk alam bekerja nie masih lagi ada insomnia , urghhhhhh ! memang mengganggu waktu kerja sangat . Boleh kira berapa jam je orang yang ada insomnia nie tidur . 

Ada orang cakap jangan makan benda manis or minum kopi sebelum tidur . Jarak 3 jam lepas makan malam waktu terbaik untuk tidur . Bersihkan tempat tidur , tukar cadar dan sarung bantal selalu . Kira anak biri-biri sampai tertidur . Minum susu sebelum tidur .  Eh semua benda nie aku dah cuba , 1 pun tak berhasil . Dasar mata degil ! Eh kopi tu bagi aku 2 peket pun tak hilang derrr mengantuk kalau kat office .

Aku nie jenis yang paksa mata tidur , masuk bilik awal tutup lampu dan jauhkan diri dari handphone pun belum tentu akan terlelap . Kadang duduk dalam gelap hampir sejam atau 2 jam sambil pejam mata pun still tak berjaya untuk tidur . 

Cannot brain la macam mana orang sekali letak kepala je boleh tidur . Kawan-kawan aku semua jenis keturunan nobita , yang asal letak kepala tak sampai 2 minit terus boleh sampai ke kayangan  . Aku menyirap je tengok diorang . Kadang tengah-tengah bercakap diorang dah di buai mimpi indah . Patut la panggil tak menyahut balik . Kurang ajar biar aku cakap sorang-sorang . 

Bila bangun pagi tu memang rasa macam bergegar je otak sebab tak cukup tidur . Mood tak payah cakap la , pagi-pagi memang rabak habis mood time masuk kerja . Tambah moody bila dapat office mate yang selalu menyakitkan hati . Ohh , apalah dosa aku nie . hmmm . . .


14 Bawang Holland

  1. Salam perkenalan.. ke kita dah kenal tapi akak lupa.. hahaha.. Akak follow sini..

    Better Su dapatkan rawatan di Klinik.. Badan tak larat kalau tidur tak cukup ini.. Nak buat kerja pun tak lalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha , lawak la akak nie . Rasa dah kenal . Sebab saya pun selalu komen dekat blog akak juga .

      Delete
  2. Mekar kalau terkena insomnia ni mesti kena ada aktiviti fizikal. Contoh bersukan. Jogging ke. Malam tu rasa cepat je nak masuk tidur. Cepat je mata ni mudah mengantuk. Try la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually 2 month past rajin je joging petang-petang lepas balik kerja . Tapi sekarang dah tak stop buat outdoor activity . But still sama jugak , penat memang penat mata susah jugak nak tidur awal .

      Delete
  3. Mungkin kena cari pakar untuk merawat. Tapi itulah bukan sedikit modal juga. Badan tengah muda mungkin tak nampak kesan dia sangat, risau juga bila nak berusia nanti boleh mendatangkan masalah lain pula. Take care ya

    ReplyDelete
  4. kene pi jumpa doktor ni dik, jangan di biarkan nanti kita lak tak sihat... kurang tidur ni nanti menggangu masa kerja jugak... time siang hari mengantuk naya pulak kan

    ReplyDelete
  5. zaman belajar selalu stay up memang terbawa-bawa sampai sekarang kan. dulu pernah jadi macam tu juga. memang segala tips dah cuba. Nak mudah, siang kene memenatkan diri dengan kerja dan bersenam. inshaAllah mudah tidur bila dah penat :)

    ReplyDelete
  6. sian su.. akak kalau nak ajar tidur awal kena bangun awal pg mandi sebelum subuh..zohorr nap sekejap xpn xtidur..malam konfirm penat..baca buku ke..kemas rumah,, tp kalau tips akak tak berjaya mmg kuat stamina sue.. hehehe

    ReplyDelete
  7. kami tak mampu nk berbuat apa-apa cuma boleh tlg nasihatkan agar bertemu pakar. jgn biarkan masalah ni berlarutan. igt, kesihatan kita ni nak 'pakai' lama.dan harganya sangatttttt mahal...

    ReplyDelete
  8. masa zaman study dulu kak pun sama jugak masalah macam ni. sekarang dah kerja ada anak, memang tak sempat nak insomnia, hehe alhamdulillah. pengambilan nutrisi seimbang pun penting :)

    ReplyDelete
  9. lama juga tu dr 19thn...tp kalau tk cukup tido bahaya juga utk kesihatan

    ReplyDelete
  10. sy pun ada masalah ni tapi alhamdulillah sebulan pindah tempat kerja baru nampaknya da semakin ok sebab tempat kerja baru busy gila sampai otak penat so bila jumpa bantal ja terus lelap

    ReplyDelete
  11. Pernah kena masa zaman spm dulu. Tau lah siksa dia mcm mana. Cuba jumpa pakar sue.

    ReplyDelete
  12. kak ana pun kadang2 kena juga payah nak lelap bila dah terjaga tgh malam Sue :)

    ReplyDelete