ULAR MASUK RUMAH

By Suhana Abidin - November 13, 2019

Assalamualaikum . . .

Memandangkan sekarang cuaca tak menentu dan dah masuk fasa musim tengkujuh , so bermula la aktiviti haiwan reptilia nie mengunjungi rumah-rumah kediaman untuk berteduh . Bukan musim panas je ular banyak , musim hujan pun banyak je . Hmmm . . . Macam mana nak start ye , aku seorang yang paling benci binatang bernama ULAR nie .Tak tahu nak explain macam mana sampai gambar ular pun aku tak boleh tengok . Ketakutan dan geli tu rasa extreme sangat  . Pernah kawan aku buat wallpaper gambar ular yang colour pink , kuning , biru tu dekat handphone dia , kebetulan aku nak pinjam handphone dia nak connect internet zaman-zaman study dulu . Memang aku campak handphone tu terus tak jadi buat kerja . Mujur buat dekat handphone , kalau laptop or pc .? Mau pecah screen tu karang .  Bagi dia comel . WTF ! comel celah bedah mane ? Tak habis fikir aku orang yang jadikan ular sebagai pets . 

Aku dah berkecimpung dalam kancah menyewa rumah nie lebih kurang 3 tahun . Cisss ayat !!! Selama 3 tahun tak pernah sekali ada kes ular masuk rumah . Currently,  aku duduk berdua dengan adik lelaki aku . Lebih kurang pukul 11.40 pm semalam sedang asyik melayan filem hindustan , adik aku tiba-tiba gelabah panggil aku cakap ada ular depan pintu bilik dia . Actually anak ular . Eh eleh anak ular jerrr ! Jangan sebut jerr kalau dalam rumah tu tak ada orang yang berani . Adik aku nie nama je ada telur , tapi penakut Ya Rabbi . Aku yang tak boleh tengok ular nie pun buat-buat berani diri je la .

Apa tindakan aku .? aku dah siap prepare batang penyapu dan ridsect . Memandangkan anak ular jerr , aku berani la lagi nak pergi sembur ridsect tu dekat dia . Kalau mak bapak ular , aku orang pertama yang lari keluar dulu . Bilik adik aku bilik belakang bersebelahan dengan bilik air . Ular tu dah bergerak ke pintu bilik air , aku dengan pantas sembur ridsect tu sampai ular tu lari masuk bilik air dan pening-pening lalat . Tak sempat nak bunuh ular tu dah masuk dalam lubang jamban tu sebab adik aku penakut . Aku pun dah hilang akal waktu tu , last solution aku dengan adik aku tadah air banyak-banyak dah simbah ke dalam lubang jamban tu . Berbaldi jugak la sebab risau dia naik balik dari lubang jamban tu dan tutup tandas belakang tu buat sementara waktu . Kain-kain pun aku dah selit bawah pintu tandas tu risau ada yang menyelinap ikut bawah tu . Mujur la ada 2 tandas , kalau 1 tandas je mau aku pergi kerja tak mandi hari nie . 

So aku hari nie datang kerja dengan mata panda . Tak cukup tidur sebab risau kalau-kalau ada ular lagi dalam rumah . Nak tidur pun tak lena , bila dah elok terpejam lena boleh pulak dapat mimpi ular yang sama . Eh , sakit betul hati kita nie wakkk . . 

Sebelum tidur semalam aku buka la you tube cari doa-doa pendinding diri dari gangguan jin atau haiwan berbisa . Dua ayat nie mostly ada dalam setiap ceramah ustaz-ustaz terkenal . 

1) Doa Nabi sulaiman


Maksudnya : Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang . Bahwa janganlah kamu berlaku sombong kepadaku , datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri . 



2) Doa Nabi Nuh ( As-saffat ayat 79 ) 

Maksudnya : Kesejahteraan dilimpahkan atas Nuh di seluruh alam . 


Maklumat tambahan hasil carian youtube aku semalam , ada yang menyatakan jika ada ular masuk dalam rumah kita tak boleh bunuh . Sebaliknya memberi amaran untuk keluar dalam tempoh 3 hari . Jika ular itu keluar , makan itu adalah jelmaan jin . Jika ular itu tidak keluar , maka itu adalah ular sebenar dan boleh di bunuh . Tapi takan la kita nak duduk dengan ular selama 3 hari kan . Caranya ustaz tu bagi tahu , bercakap dengan ular tu supaya keluar sebanyak 3 kali . "keluar , keluar, keluar" .  Jika kita terjumpa ular di luar kawasan rumah , di bolehkan untuk membunuh tanpa memberi amaran . 

Ada satu cerita pada zaman nabi dulu yang berkait dengan ular masuk dalam rumah dan kita tidak boleh bunuh . Aku ceritakan semula secara RINGKAS ye . 

Ada seorang sahabat nabi yang baru berkahwin . Si suami pergi ke ke masjid dan apabila pulang dia melihat isterinya berpakaian tidak sempurna sedang berdiri di hadapan rumah . Si suami berasa cemburu dan marah melihat keadaan isterinya yang tidak di tutup dengan sempurna , lalu si suami bertanya kepada isterinya "mengapa kau dalam keadaan seperti ini ?"  Isterinya pun menjawab , "cuba kau masuk di dalam rumah dan lihat apa yang ada di atas katil itu" . Lalu si suami pun masuk ke dalam rumah dan melihat apa yang terjadi , ternyata seekor ular sedang melingkar di atas katil mereka . Si suami dengan pantas mengambil pedang dan membunuh ular tersebut . Tetapi si suami jugak turut terbunuh . 

Daripada kisah nie , tercipta la mazhab atau pandangan-pandangan dari para ulama dan Nabi S.A.W yang mengatakan bahawa ular yang masuk ke dalam rumah tidak boleh dibunuh adalah kerana meraka merupakan jelmaan jin . "Di madinah , terdapat jin-jin yang telah memeluk islam , dan jika kamu melihat sesuatu dari mereka , hendaklah kamu memberi amaran selama 3 hari ." Jika kita membunuh mereka tanpa memberi amaran terlebih dahulu  , maka wujud dendam ular  . Sanak saudaranya atau kawan-kawannya akan menuntut bela di atas kematiannya .


Sumber youtube & http://warisan-semasa.blogspot.com/2012/02/jangan-bunuh-ular-dalam-rumah-atau-anda.html .


Korang ada lain-lain suggestion untuk prevent ular dari masuk dalam rumah .? Rumah aku bersih je dan tak banyak barang , rumah bujang kan . So banyak je ruang , tak crowded dan bersepah . Hari nie aku suruh adik aku tabur belerang je keliling rumah . Risau ada yang lain pulak nanti . 






17 Bawang Holland

  1. bila terbaca ni terus risau jugak, almaklum rumah akak belah bawah sekali kebarangkalian ular masuk mungkin terjadi jugak huhuhu...

    dulu duduk tingkat atas2 memang tak risau bab ular2 ni, kali ni kena pikir jugak... akak pun tak tau nk bg nasihat camne, pastikan luar rumah kita takde rumput2 atau semak samun kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak , mungkin datang dari hutan belakang rumah ataupun saluran air atau lubang jamban tu . Belakang rumah saya nie hutan .

      Delete
  2. Seriau dengar even anak ular je. Kak ana doa semoga awak sekeluarga selamat. Check kot ada mana2 lubang terbuka kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kak . Even anak ular pun tetap menakutkan . Buat tak perasan tengah baring-baring depan tv , sia-sia je . .

      Delete
  3. Ok.. Kita pun jenis geli dan takut dengan binatang panjang ni.. Ya Ampun.. Selalu orag tua pesan tabur belerang keliling rumah.. Tapi mai musim hujan ni.. jenuh juga nak tabut hari-hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul-betul . dah la musim hujan sekarang , mudah hilang la belerang tu .

      Delete
  4. Kak Feni pun ada kisah yang sama awal tahun ni. Anak ular tapi panjang juga lah masuk rumah. Dahla masa tu lampu rosak. Nasib baik anak-anak tak pergi buat main. Last-last panggil JPAM datang tangkap. Ngeri mak oiii dengan ular ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan , bab ular nie walaupun hanya anak ular jgn la buat main . Lagi2 rumah yang ada budak2 , kena hati2 .

      Delete
  5. Alhamdulillah..tk jadi apa2 & selamat semuanya..tapi bila dah ada kes mcm ni mmg kita akan rasa risau je...boleh panggil jpam, suruh check kwsn sekitar kot2 ada sarang ular...

    ReplyDelete
  6. Apa jenis dan saiz ular tetap rasa takut tu ada. awak macam my kakaklah tak boleh lansung tengok gambar ular sbb memang extreme takut. Syukurlah tak ada apa terjadi dan mujur juga perasan kan

    ReplyDelete
  7. pernah juga mengalami peristiwa ular masuk rumah.

    ReplyDelete
  8. seramnya,, Aien yang dok rumah burung ni pun kadang² terbayang-bayang si panjang tu. :'(

    ReplyDelete
  9. baca tajuk pun dah seriau. dulu masa saya kat kampun selalu ular masuk ke dalam rumah ni. kadang tu dia menyorok bawah almari. nasib baik la ada mak yang heroin. dia la penyelamat. ayah dah tak de masa tu. apa apa pun sume mak yang kena ngadap.

    ReplyDelete
  10. thanks for sharing. last month rumah akak (tak masuk rumah lah) pun jumpa ular ni. tepi tingkap je. kecik sangat. tapi bila ada si kecik sure ada si besar kan. tapi tak lah jumpa. tukang kebun terus bersihkan rumah taburkan sulfur. now hope tak de lah lagi nak mai. seram lah..

    ReplyDelete
  11. taktaulah apa reaction ammi kalau ada ular masuk rumah.
    tapi masa ammi darjah 3 ammi pernah bertembung dengan ular tedung yng kepala dia tengah elok kembang. Puncanya ammi tengah berlumpa lari dgn arwah adik ammi...(ditengah2 antara kilang papan)... mujur ammi nampak ada "halangan" kat depan. Kalau kitorang tak berhenti ntahlah apa jadi.

    ReplyDelete
  12. Sha nie hari-hari seriau sejak duduk rumah bawah.. hahaha.. Asyik dok terbayang je kalau ular menyusup masuk.. Harapnya tak adalah.. terima kasih berkongsi doa dan juga info mengenai ular nie..

    ReplyDelete
  13. ada dua cara atasi ular..

    halau atau bunuh ..

    gunakan kayu yang panjang dan pastikan jangan gelabah..

    sebab ukar bila panik sangat bahaya

    ReplyDelete