CHRISTMAS GATHERING

By Suhana Abidin - December 30, 2019

Assalamualaikum . . 

Lamanya tak menulis , tiap hari teringat nak buka blog tapi tak ada waktu free . Sedihnya bila hobi terpaksa di tangguhkan atau di kurangkan atas faktor kesibukan bekerja . Maaf kalau aku dah lama tak menjelajah blog kawan-kawan blog , cuti new year nie aku janji akan buat jejak kasih dekat semua blog kawan-kawan blog . Please wait for my visit .

25 dec - Selamat menyambut hari natal buat semua penganut kristian . Dah basi dah date 25 dec tu tapi aku tetap nak wish jugak ! 😂 . Berbalik kepada title di atas , kitorang memilih date 26 dec iaitu sehari selepas krismas untuk keluar makan . Macam biasa , setiap hari perayaan kitorang akan buat gathering tetapi mohon jangan ada yang salah faham . Kitorang bukan lah merayakan perayaan krismas tu , cuma main point kat sini kitorang adakah gathering setiap kali ada perayaan je . 

Bagi orang yang dah berkahwin , ada anak memang susah nak plan gathering awal-awal . Ye laaa , kadang ada hari yang tiba-tiba ada emergency tak boleh nak hadir gathering . Kitorang berlima dah masuk tahun ke 3 berkawan dan setiap kali CNY , CRISTMAS , RAYA PUASA kitorang akan keluar makan-makan . Memandangkan kawan-kawan aku ada chinese , so aku dan Dayah tak kisah kalau diorang nak pilih restoren yang ada decoration CNY , CHRISTMAS or what ever asalkan halal , tak serves arak atau oink oink 🐷 . 

Alhamdulillah , aku dapat kawan chinese yang memahami dan caring each other . Diorang concern pasal halal haram jugak , dan kalau ada yang tak halal or serves arak diorang takan ajak pergi situ . 


* All cafe photos credit to Nineteen61 facebook  . - Kitorang datang malam , so gambar tak nice sangat nak letak kat sini . 

Macam biasa aku lah yang kena cari port untuk gathering . Diorang semua kalau bab tempat makan masing-masing larikan diri sebab malas fikir 😂 . And you know what , soalan nak makan kat mana dan nak makan apa adalah antara soalan paling susah dekat dunia nie 😂😂😂 . So diorang nak tempat yang cozy dan ada decoration Christmas sikit , aku pun cari lahbdan jumla la dua pilihan cafe . Antara pilihan tu adalah Java Flava Cafe and Nineteen61 . After survey kitorang pilih Nineteen61 sebab Java Flava closed hari khamis . 



Worth it dan tak salah pilih ! Nineteen61 cafe terletak di Lorong Sri Kuantan 25  , kuantan . Tempat yang cozy , makanan yang sedap , decoration yang menarik dan service yang tiptop ! Highly recommended . Ada Christmas set untuk 3 or 4 pax harga dalam RM114 . Tapi kitorang decide taknak ambil set dan ambil lain-lain menu . Dah jadi tradisi gathering kami , setiap orang akan ambil menu yang berlainan tak kira mahal atau murah then nanti harga tetap divide je by 5 sebab kitorang akan rasa dan makan makanan setiap orang . So tak ada istilah unfair kau makan mahal then kau kena bayar lebih . Tak ada okey ! Telah termaktub dalam perjanjian persahabatan alam ghaib kami berlima 😂😂😂 Alaaa , benda makan kot . Takan nak berkira , sama-sama makan so sama-sama bayar la .




Lepas je habis makan , kitorang terus panggil waiter untuk clearkan table . Tiba waktu untuk exchange gift . 2 minggu sebelum gathering memang dah bagi budget setiap orang RM30+- untuk beli hadiah . So tak kisah la nak bagi hadiah apa tapi dalam bajet kurang 30 atau lebih 30 (lebih sikit je) . Depends pada poket jugak , kalau poket tebal ikut la nak bagi hadiah mahal . 

After voting aku dapat 2 set box elianto (seperti dalam gambar) daripada San  . Alhamdulillah , rezeki . . Aku tak pernah pakai pun barang elianto , sebab malas nak spend duit untuk barang-barang macam tu . Dayah dapat hadiah drug store (vitamin flavate 100 tablet dan eye mask ) daripada Lim . Lim dapat 1 box minuman sarang burung daripada Evone . Evone dapat 1 box Ferrero Rocher daripada aku and lastly San dapat cermin make up berlampu daripada Dayah . 


Last session after makan-makan dah jadi perkara wajib pergi karaoke . Ahahhaha , Dayah mintak izin husband dia nak pergi karaoke dengan syarat kena hantar anak balik rumah dulu . Yelaaa , baby lagi kan takan nak bawak pergi tempat-tempat macam tu . Actually , kami dah lama sangat tak keluar makan-makan . Last keluar sama waktu bulan 9 celebrate birthday aku dan Dayah , time tu dayah baru je lepas pantang . 



Harapan dan doa aku sebagai penutup tahun 2019 nie adalah semoga ikatan persahabatan antara kami semakin utuh . Semoga segala kenangan yang indah dan manis tetap kekal dalam ingatan manakala yang pahit dan memeritkan di luputkan dari ingatan . 

6 Bawang Holland

  1. bestnya, seronok kan ada kawan dari kaum lain lepas tu rapat dan harmoni. Best nya siap ada tukar-tukar hadiah lagi... moga persahabatan korang kekal hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  2. aamiin semoga ikatan persahatan kekal even masing2 dah berumah tanggaa.hehe. skali2 day out dgn kawan2 makan tempat2 best2.. kenagan sgt .

    ReplyDelete
  3. Wah seronok ada perjumpaan. Lepas ni mesti perjumpaan Tahun Baru Cina lak

    ReplyDelete
  4. This looks absolutely amazing! And happy new year! You got a new follower today. :)

    ReplyDelete
  5. Bestnya dapat gathering dengan kawan kawan. Menu pun sedap sedap. Cafe pun cozy. Nice place lah untuk gathering ni.

    ReplyDelete