KPOP .?

By Suhana Abidin - February 01, 2019

Assalamualaikum . . .

Hai awak yang cantik/handsome yang tengah baca blog nie . First of all , thanks sebab sudi singgah dan baca cerita-cerita dekat blog aku . Tak kurang ajar kan kalau aku biasekan diri dengan "AKU" . ? bukan apa , lebih selesa dan tak ajet-ajet baik . Hahaha . 

Act tajuk entry aku hari nie pasal KPOP .? tau kan Kpop tu ape .? Alaaa , yang boleh makan tu . hmmmm , jangan la acah tak tahu . . . JUJUR dari hati yang ikhlas tulus suci dan murni nie , aku tak kenal lebih dari 10 orang artis korea . Hanya beberapa je . Actually la , aku tak pernah minat lagu korea , aku hanya minat cerita korea . Wuishhh , kalau cerita memang banyak sangat dah yang aku telah khatamkan . Hahaha . . Tapi bile buka topik cerita korea dan tetbe membe kau cakap "alaaa , yang pelakon dye si XXXXXXX tu " . . Aku be like . . . . Aku tau cerita je kot , aku tak pernah hafal nama pelakon instead of dah banyak kali tengok muka yang same kecuali team running man .


Image result for kpop


Antara cerita favourite yang bila tengok lebih 5 kali tak pernah bosan is "Miracle in cell no 7" . Tengok dari zaman study sampai la sekarang mesti mengalir air mata lagi . Sedih doh cerita dia , plus aku nie pulak spesis yang mudah mengalirkan air mata bila tengok cerita sedih . Tak kisah la , cerita tamil sekali pun aku boleh keluar air mata . Haishhh . . .Teruk nau . Kalau tengok TV dengan family , part sedih dan air mata mula keluar , cover2 lap sebab taknak bagi adik beradik lain nampak . Nanti kalau dorang dah nampak , menganjing tu malas la mak nak cerita . . .

Tapi cerita korea yang baru-baru , macam kurang menarik la sekarang . Atau aku je yang jenis cepat bosan bila tengok mukhadimah dia tak menarik terus cancel cerita tu . Memories of Alhambra aku just suka tengok view dalam cerita tu je , cerita dia aku mampu khatam 1 episode je . lepas tu tak tengok dah . Banyak sangat fantasi , aku tak minat . So sekarang aku banyak tengok cerita yang lama tapi mana yang aku tak pernah tengok lagi la . 

Setakat nie cerita yang aku rasa best dan tak bosan untuk tengok 49 days , emergency couple , 100 day my prince , hwarang , city hunter , boys over flower , the heirs , pinocchio , coffee prince , while you were sleeping , playful kiss , uncontrollably fond , mirror of the witch & do bong soon . 
Banyak sangat la cerita yang best , tapi tak gigih la aku nak list semua . hahahahha . . . 

Sebab-sebab aku suka cerita korea nie adalah first view yang cantik , tapi tak pernah compare pun dengan view cerita-cerita malaysia . second kalau cerita medic atau autospy , memang love la . Dorang pakai coat doctor , dorang tunjuk yang dorang bedah , rawat pesakit tu . Tak ingat cerita apa , tapi ade satu cerita autospy tu , memang dia tunjuk cara dye bedah mayat-mayat tu . Kalau cerita pasal pecah amanah , aku suka cara lawyer dan prosecutor dye buat kerja . Gaya macam dorang kerja tu betul . Bukan berlakon . Kalau cerita melayu , hmmmm no komen . . Kadang merepek meraban lebih sangat . .

So , mungkin sampai lepas kahwin pun aku akan tetap tengok cerita korea . Sorry la untuk "lelaki tu" yang selalu bising aku suka tengok cerita korea lebih dari layan kau . Alaaaaaahhh kau , time kau main PUBG aku tak kisah pun . Aku sentap bagai nak mati pun kau sibuk game kau tu . Dah habis baru la kelam kabut cari gf . Baru sibuk nak pujuk . Sorry bro , you are late . Aku pun banyak kali je dapat chicken dinner , tapi takde la sampai ketagih parokkkk macam budak-budak lelaki main game . huh . . . 

Sekian, membebel . . .

13 Bawang Holland

  1. Hwarang, Running Man 🤩 oiyaa akak dah tengok "she was pretty"? Pasti udah ya? Bagus tu, kocak dan ceritanya dapet.. Drama 2015 yg ga terlupakan :D

    ReplyDelete
  2. Hen : she was pretty rasanya belum tengok . tapi boleh try tengok lepas nie .

    ReplyDelete
  3. izzati pun jarang layan somethin' yg berkait dgn kpop ni. tapi for me, ada sesetengah lagu yang best dan boleh layan. such as fake love-bts. hehe.

    ReplyDelete
  4. Bila cakap pasal kdrama ni Tqa pun jarang tengok sebenarnya sebab jarang tengok tv, even kat rumah takde orang and channel korea bersepah tapi tv tetap tak terusik kecuali time Running Man or 2 Days 1 Night, mmg takde siapa boleh usik remote tu.

    Like you, walaupun Tqa ni layan kpop, tapi bila bab nama2 pelakon ni failed sikit. Especially pelakon perempuan. Bila member cakap aku suka kim so hyun and dalam hati I'll be like "oh yang laki my love from the star tu kot" hahahah

    Dalam hard disk ada beberapa je kdrama yang boleh ulang2 tengok tanpa bosan and all of them yang lama2 like Love Rain, The Heirs, Cinderella and the Four Knights, BOF and Sweet Stranger & Me (antara beberapa yang ada sekarang)

    Btw, I really like your blog layout, boleh tukar2 background, that was fun to play around with :)
    Have a nice day

    ReplyDelete
  5. hai ana. sy kurang minat korea tp kalo jepun minatlah hehe



    salam kenal dari,
    Blog Anamizu :)

    ReplyDelete
  6. Salam sis.
    I boleh dikatakan kpoper la jugak hihi tapi tak fanatik teruk.

    Kalau kdrama, historical dramas mostly best. My favorites are Jang Ok Jung (https://aninashyqinlife.blogspot.com/2017/06/jang-ok-jung-lives-in-love.html) & The Rebel (https://aninashyqinlife.blogspot.com/2017/05/my-favourite-historical-korean-drama.html)

    Dua ni antara historical drama yang i suka.

    ReplyDelete
  7. anina : tq . naty sye tengok . sye minat jugak historical korean drama nie . kadang lagi best dari drama yang sekarang .

    ReplyDelete
  8. Saya dah lama dah tak tengok Korean dramas. Dekat 5 bulan dah kot. Semuanya sebab hilang mood.

    For me, banyak sangat Korean dramas yang best but my most favourite is Misaeng. Then, followed by Prison Playbook. Highly recommended!

    ReplyDelete
  9. korean drama , bolehla, terkadang layanla jugak sbb hubby i layan terjoin skali

    ReplyDelete
  10. farah : tq for the recommendation , i nak usyaa cite tu plak .

    Nabila : wahhh , bestnyaaa hubby layan korea . susah kot nak jumpe laki tgok kpop nie .

    ReplyDelete
  11. sama la! ada banyak gak citer korea kite layan, tapi kalau bab nyanyi sory la. tak minat. hihi. paling minat dulu, He's beautiful. Jang geun suk! OMG haha

    ReplyDelete
  12. dulu rajin gila layan citer korea, sekarang dh kurang xD tengok RM pun dah tak menyempat

    ReplyDelete
  13. i miss watching korean dramas and all but i got no time to do that anymore. sobs

    ReplyDelete