REVIEW FILEM RAATCHASI & DANGAL

By Suhana Abidin - September 23, 2019

Assalamualaikum . . .

Hello fellas , happy Monday . So hari nie aku nak review untuk dua filem nie , Raatchasi & Dangal . Since sekarang dekat facebook viral sangat filem Raatchasi  , semua orang bagi highest praise pasal filem nie so aku pun tak ketinggalan untuk menonton filem nie jugak . Thank you Laksamana Tarung , sebab dia la aku jadi addicted filem-filem tamil nie . Hahahahah . . 


RAATCHASI





This is short summary regarding this movie - Gheeta Rani (Jyothika) merupakan seorang tentera berpangkat tinggi di India . Gheeta membuat keputusan untuk bersara dari tentera dan berhasrat untuk menjadi seorang Guru besar di sebuah sekolah kerajaan di kawasan perkampungan R Pudur . Gheeta seorang yang aktif dan mempunyai semangat dan keberanian tersendiri . Gheeta tidak gentar dan takut dengan sebarang halangan dan risiko yang bakal dia hadapi . Gheeta Banyak membuat perubahan yang positif terhadap sekolah R pudur , murid-murid , guru dan persepsi ibu bapa . Gheeta berjaya membuat murid-murid dan guru lebih produktif dan berjaya walaupun bermacam halangan yang dia terima . Dari sebuah sekolah yang buruk kepada sekolah yang cantik . Dari guru yang malas dan jarang masuk kelas kepada guru yang lebih berdisiplin dan berpengetahuan tinggi . Dari pelajar yang zero knowledge kepada pelajar yang berjaya dan aktif sukan . 

Macam aku cakap , short summary . Hahhaha , sependek yang mungkin je aku cerita selebihnya  korang kena tengok sendiri cerita nie ! WAJIB . sebab best . Aku bukan peminat cerita tamil , tapi kalau hindustan yeaa aku minat . 😅 Cerita hindustan lebih ramai penonton di kalangan orang malaysia sebab hero dan heroin dia yang cantik dan handsome plus lagu-lagu yang sedap di dengar (kadang panjang sangat lagu aku bosan ) manakala cerita tamil kebanyakan hero berkulit gelap , bermisai dan sedikit berisi plus pulak berkain pelikat atas peha time dia marah-marah. aiyoooo 😂 . Kalau tarian diorang tu Yeaa korang sendiri boleh bezakan tamil dengan hindi . Haha , apooo 😆 Since tengok cerita nie , aku gigih cari filem lain yang ada lakonan Jyothika . . Indeed ! memang semua cerita yang dia berlakon best !! For me , Raatchasi paling best dari semua filem dia . New filem Jyothika JACKPOT . Can't wait . Jyothika nie jadi polis or tentera pun best , jadi guru besar pun best . Senang cerita dia memang bawak semua lakonon dia dengan baik . Kalau tak takan la sampai Menteri pendidikan Malaysia pun boleh puji cerita Raatchasi nie .


DANGAL



Short summary - Bermula dengan watak Mahavir Singh Phogat (Amer Khan) seorang bekas ahli sukan amatur yang dilatih dalam gaya gusti India pehlwani .Mahavir juga merupakan seorang juara gusti kebangsaan yang tinggal di Balali. Dia dipaksa oleh bapanya untuk meninggalkan  sukan gusti  itu untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih berfaedah dan menguntungkan . Disebabkan Mahavir tidak dapat meneruskan minatnya sampai ke peringkat negara , dia bersumpah bahawa anaknya yang bakal lahir akan meneruskan minat dan bakatnya dalam bidang gusti . Walau bagaimanakpun , Mahavir kecewa apabila dia dikurniakan 4 orang anak perempuan . Mahavir berhasrat untuk mendapatkan anak lelaki untuk menyambung legasi gustinya . Mahavir berputus asa . Tetapi pada suatu hari ,  anak perempuannya  Geeta dan Babita memukul sorang lelaki atas sebab di ejek . Kemudian Mahavir menyedari potensi mereka untuk menjadi wrestlers dan mula melatih mereka sehingga anak-anak perempuannya berjaya sehingga ke peringkat negara .

Cerita nie recommended dari seorang officemate aku dan semestinya sebab ada Amer khan . Act cerita nie dah lama dah cuma aku je yang tak pernah tengok . Dangal based on true story . Nama-nama watak dan jalan cerita semua berdasarkan dari kisah benar . Korang boleh google Geeta phogat atau Babita Phogat , nanti orang akan tau aku menipu atau betul . Heheheh . . Kemon la , aku tak tipu . Aku suka sangat cerita nie sebab ada scene sedih , happy , geram .

Dua cerita nie yang aku recommend untuk korang tengok . Ade satu lagi cerita Padman . Yang nie aku tak puas hati gile dengan story line dia . Kenapa nak pilih bini dia yang tak reti support husband sendiri .? Eh , menyirap je aku tengok ending dia . Cerita best , cume ending tu aku harapkan dia pilih pari . Sebab pari suka dia dan banyak tolong dia dari A to Z . Manakala wife dia tak habis-habis malu dengan husband sendiri , bile husband dah berjaya dan terkenal baru la terhegeh-hegeh dari husband tu balik . Ehhhh , emosi betul . . 










12 Bawang Holland

  1. My eld sister ada cakap pasal movie tamil guru besar hahah which is Raatchasi but kita macam buat taktahu je. Since bukak fb and till now ramai yg kata movie tu best so omw to watching too :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeaaa , u should watch that movie . Sangat best dan tak bosan .

      Delete
    2. Done watching hahah... best giler Sue!!

      Delete
    3. hahahhaha , tahniah sebab dah berjaya terjebak . Macam kawan sye , semalam katam movie nie , dia pun komen best .

      Delete
  2. 2-2 movie ni ammi dah tengok. Best kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sangat , semalam saya tengok cerita URI THE SURGICAL STRIKE , best jugak tengok diorang perang macam dalam pubg dah . Hahahhaha :)

      Delete
  3. both pelakon utama ni sangat kte suka.. :-)

    ReplyDelete
  4. Padman macam tu ke ending dia? Ada pasang niat nak tengok, siap download lagi. Rasanya ada yang terbang laptop tu karang hahahaha

    Wooo Dangal best! Masa Tqa mula2 tengok macam tak berapa then my sister convinced me suruh tengok and she told me the summary terus rasa intriguing and terus lekat depan tv. Last2 teknik 'kuno' bapak dia tulah yang bawak kejayaan international dia. Berair mata tengok cerita ni.

    Raatchasi ada dalam hard disk but tak tengok lagi. Dah baca your review terus rasa nak tengok. Need to find the perfect time for that. Me and my late mom loveeeeeee Jyothika ever since tengok Chandramuki hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. padman tu best , cuma ending dia saya geram sangat . I know dia sayang wife dia , dan kejayaan dia pun dedekasi untuk wife dia , tapi wife dia tak hargai dia waktu dia mula-mula susah nak cipta pad tu , takde support . Pari give a huge support tu him , stay with him from zero to hero . .

      Delete
  5. ray nak tgk dangal tp boleh lupe adoiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah , g tengok sekarang . . Eiii , saya ada stalk ig ray hari tu , ray sooo cantikkkk :) kalau sue jadi lelaki mesti dah gugur iman . . hahahah

      Delete
  6. Full movie hd malay sub

    https://youtu.be/Eioy1PGRQ48

    ReplyDelete