PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19 (JABATAN PERKHIDMATAN AWAM)
By Suhana Abidin - October 15, 2019
Assalamualaikum . . .
15 Oct 2019 , sesi kedua untuk peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam bagi jawatan pembantu tadbir (perkeranian/operasi) Gred N19 . Semua soalan akan diberi 4 pilihan jawapan either math or english questions . Korang boleh log in portal exam online SPA 1 jam awal . In case ada orang yang takut terbabas waktu macam aku , better log in awal-awal . Oh yaa , korang boleh jawab exam nie dekat mana-mana je menggunakan Pc atau Hp sendiri . Make sure capaian line selaju yang boleh . * Ada je antara kawan-kawan aku yang mintak tolong adik beradik yang bijak tolong jawab kan , a few mintak tolong kawan-kawan jawabkan sorang satu soalan . For me , aku yang nak kerja nie better aku jawab sendiri dengan usaha sendiri .
Jemputan Peperiksaan Online Spa nie akan dihantar melalui email masing-masing sekiranya korang pernah atau ada apply mana-mana jawatan kerajaan melalui portal SPA . Dalam email tu akan ada link untuk portal exam online dan katalaluan . Serta waktu , masa dan jenis peperiksaan macam gambar bawah nie .
Jemputan Peperiksaan Online Spa nie akan dihantar melalui email masing-masing sekiranya korang pernah atau ada apply mana-mana jawatan kerajaan melalui portal SPA . Dalam email tu akan ada link untuk portal exam online dan katalaluan . Serta waktu , masa dan jenis peperiksaan macam gambar bawah nie .
Exam akan bermula pada pukul 10.00 a.m sehingga pukul 11.00 a.m . 20 minit pertama adalah peperiksaan Seksyen A Daya Menyelesaikan Masalah (soalan math) . Sumpah tak sempat nak kira satu-satu soalan . Rushing sangat mengira , ada yang easy ada yang soalan tricky . Mana yang aku sempat kira aku yakin jawapan tu betul , while yang tak sempat kira aku tembak je dengan Sniper Rifle M24 . hahahaha . Oh yaaa , 20 minit untuk 20 soalan . Kau rasa .?? Aku nie dah lebih 5 tahun tinggal sekolah menengah , sifir pun kadang-kadang ingat lupa . . Hahahah , gigih aku study math last minute semalam .
Contoh soalan :
1) 180 , 184 , 188 , P , Q ,200 . Cari nilai P & Q .? (Easy)
2) Sebuah kedai serbaneka menjual 150 jenis barang . 55% adalah terdiri daripada barang jenis plastik . Sebahagian lagi adalah jenis barang selain plastik termasuk 15% daripada bahagian tersebut adalah barang kaca . Berapakah jenis barang kaca ? (
3) Sebuah lori dipandu dari bandar S ke bandar T yang jaraknya 240km dalam masa 2 jam 25 minit . Berapakah laju purata lori tersebut dipandu .?
4) P bahagi Q sama dengan Q . Q bahagi 2 sama dengan R . R bahagi 1 sama dengan 5 . Cari nilai P .?
5) Ramlah menjual 3 jenis buah-buahan iaitu 35% adalah buah limau , 55% buah tembikau dan selebihnya adalah 50 biji buah jambu . Berapakah jumlah keseluruhan buah-buahan tersebut .?
Atas tu adalah soalan-soalan Daya Menyelesaikan masalah bagi sesi 1 & 2 . Aku campurkan je untuk contoh rujukan sesiapan yang memerlukan nanti . Setelah selesai menjawab soalan Seksyen A (Daya Menyelesaikan Masalah) , korang akan diberi waktu rehat selama 20 minit sebelum peperiksaan Seksyen B (Kefahaman Bahasa Inggeris) . Waktu nie korang boleh la rehat , pergi toilet dulu ke , ws bf/gf suruh doakan kejayaan kau ke atau nak makan kudap-kudapan dulu . Make sure sebelum 10.40 korang kena ada depan pc atau hp dah .
10.40a.m hingga 11.00a.m adalah waktu peperiksaan untuk Seksyen B (Kefahaman Bahasa Inggeris) . Okey , yang nie favourite seksyen . Mengandungi 20 soalan untuk 20 minit jugak . Tetapi Seksyen B nie Easy dan cukup masa . Siap ada balance masa untuk semak jawapan sambil tersenyum lagi .
Contoh Soalan :
1) Read the conversation in the following situation.
Han : I have just been laid off.
Alim : What do you plan to do to make ends meet ? i know you have a large family .
Han : The only way i know of is to cut down all necessary expenses .
Alim : Let me know in what ways i can help you . I will make every effort to make sure you would have a job .
Han : Thank you . I know that i couls always count on you .
Choose the best meaning for the phrases that are underlined : i have just been laid off .
a) i have lost my job
b) i have just been promoted
c) i have just been transferred
d) i have just been given a warning
2) It was ________________ movie she ever watched in many years .
a) best
b) better than
c) the best
d) the good
3) The ___________ speaker won the debate because he spoke with confidence.
a) well
b) soft
c) vocal
d) eloquent
4) You should _________ for directions if you're lost .
a) ask
b) asking
c) that ask
d) asked
5) What is the best meaning for the sentence she’s between jobs ?
6) Which of the meaning present the sentence the dog must be put to sleep ?
Atas nie adalah contoh soalan yang aku jawab pagi tadi . Setiap Sesi soalan berlainan , TAK AKAN SAMA , cuma korang boleh study contoh soalan nie sebagai rujukan . Easy kan soalan english .? Bagi 30 soalan pun sempat jawab , cuma soalan math tu je yang rushing gila nak kira dan faham soalan satu per satu .
Wish me luck 😘 . Hopefully ada rezeki kerja government pulak . All the best for all candidates who will take this online examination . Jangan gabra sangat , buat rilex je . Tak susah sangat pun cuma waktu je tak cukup . Kalau dah tertulis rezeki korang , mesti Allah permudahkan segala urusan . .
7 Bawang Holland
InsyaAllah, semoga dimurahkan rezeki. Aamiinnnn :)
ReplyDeleteamin
DeleteSemoga berjaya dan ada rezeki. Aaminn
ReplyDeleteamin , thanks sis .
DeleteOm pun dapat gak exam ni tapi tak tahu lah ada rezeki ke tak.. Good luck too!
ReplyDeleteSetakat ni dah 4 orang mintak nini jawabkan soalan ni untuk diorang. Taknak tolong nanti apa pulak diorang kata kan. Tapi nini tabik sue jawab sendiri hehe. Lagi best feel tu bila kita dapat atas usaha kita. Good luck sue!
ReplyDeleteseriously .? mesti semua lulus . Sue failed , yang english tu senang , math tu tak cukup masa la nak kire satu2 . Kadang soalan panjang , nak fahamkan lagi , nak kira lagi . . Cannot brain . .
Delete