REVIEW FILEM BHARAT (SALMAN KHAN) & SUPER 30 (HRITHIK ROSHAN)

By Suhana Abidin - November 15, 2019

Assalamualaikum . . .

Salam jumaat . Both actor is my favourite heroes . Both memang pandai berlakon dan menjiwai watak yang diberi .  Actually filem Super 30 aku dah tengok minggu lepas selepas berblogging ke salah satu blog yang ada review mengenai filem nie . Manakala filem Bharat aku baru selesai menonton 2 hari lepas . Tak perlu mukadimah yang panjang , jom aku bawak korang ke dunia hindi untuk seketika . 







SUPER 30 

- Filem nie juga berdasarkan daripada kisah sebenar Anand kumar (nama sebenar)  . Boleh google anand kumar untuk info lebih lanjut . Menerusi filem nie , Hrithik Roshan memegang watak sebagai Anand Kumar , seorang pakar matematik di Patna , India yang hidup dalam keluarga yang miskin dan serba kekurangan . Bapa Anand bekerja sebagai posmen . Anand mampu menyelesaikan soalan matematik yang tiada seorang pun mampu selesaikan dan telah pos Math solving tu kepada pihak foreign Math journal  . Terdahulu , Anand mendapat Gold Medal (Macam Anugerah Pelajar Cemerlang la ) dari local minister , dan local minister tu telah membuat janji atau tawaran jika Anand memerlukan bantuan , boleh datang cari dia . 

Satu hari Anand mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke University of Cambridge . Mereka sekeluarga sangat gembira pada hari tersebut tetapi mereka mempunyai masalah kewangan . Mereka tidak mempunyai wang untuk menghantar Anand ke London . Anand dan ayahnya pegi berjumpa local minister untuk meminta pertolongan memandangkan local minister itu telah membuat janji tetapi local minister itu menidakkan janji tersebut . Pelbagai cara ayah Anand cuba lakukan untuk mendapatkan duit , ada juga cuba untuk menjual rumah tetapi tidak berjaya kerana rumah mereka bukan di atas nama mereka sehinggakan ayah Anand meninggal dunia sewaktu makan malam akibat serangan jantung . *part nie aku sebak sangat , pengorbanan ayah dia nak yang terbaik untuk anak dia sampai tak cukup tidur , ikhtiar macam-macam cara untuk dapatkan duit sampai sanggup tebal muka tuntut hutang , tambah pula tiada kereta atau motor Anand dah abang dia bawak ayah dia ke hospital naik basikal tua . Arghhhhh , hampir gugur air mata time nie . 

Setelah kematian bapanya , Anand nekad untuk membantu ibunya menjual papadom . Anand agak terkilan kerana dia tidak berjaya capai impiannya ke University of Cambridge , lalu dia membakar surat tawaran tu . Pembantu kepada local minister , Lallan Sigh berjumpa Anand dan menawarkan Anand sebagai tenaga pengajar di sebuah pusat , Excellent Coaching Center . Pada mulanya Anand gembira dan seronok dapat mengubah nasib keluarganya , kerana upah yang di tawarkan agak lumayan dan besar . Ye laaaa , tempat anak-anak orang kaya study , memang income besar la . Tetapi pada suatu hari , Anand agak tersentuh hati melihat kesusahan seorang kanak-kanak miskin yang terpaksa belajar sendiri sambil bekerja . Anand decide untuk berhenti mengajar di Excellent Coaching Center dan berhasrat untuk membuka pusat mengajarnya sendiri . Anand memberi tawaran belajar secara percuma kepada 30 orang kanak-kanak miskin . Tawaran itu mendapat sambutan yang memberangsangkan , calon yang datang melebihi 30 orang . Atas faktor kekurangan wang , Anand terpaksa memilih 30 orang pelajar sahaja . 

Dia mengajar mereka untuk mempelajari segala sesuatu secara praktikal dan mempunyai konsep-konsep yang jelas dengan cara yang mudah dan menyeronokkan. Ini semua memalukan Lallan, yang pusatnya menghadapi kritikan kerana tidak mengekalkan Anand. Di dalam tempoh Anand menjalankan pusatnya sendiri , Anand mendapat bantuan yang besar dari abang lelakinya ,  Pranav dan ibunya . Lallan dan Local Minister tersebut merancang untuk membunuh Anand supaya anak-anaknya tidak dapat memasuki IIT ( Indian Institutes Of Technology) . Anand di tembak dan cedera teruk dan dimasukkan ke hospital , Anand juga hampir mati. Anand memberitahu murid-muridnya untuk menggunakan pengetahuan mereka untuk mengalahkan penjahat yang dihantar oleh menteri, semasa dia sedang dirawat . Para pelajarnya bersepakat menggunakan pengetahuan mereka dan mengalahkan penjahat . Anand di rawat dengan sebaiknya. Akhir sekali , para pelajar dapat menduduki peperiksaan IIT dan kesemua 30 pelajar berjaya dan lulus untuk memasuki IIT .

Serba sedikit cerita pendek yang aku boleh share dengan korang . Ada watak-watak lain yang aku tak ceritakan di sini , contohnya GF Anand , pelajar-pelajar kaya Excellent Coaching Center dan macam mana Anand boleh dapat Math problematic tu dan menjadi famous . Itu korang kena tengok cerita nie sendiri . Bagi aku best dan tak bosan cuma Hero agak kurang handsome dalam nie , heheheh  dia berjaya bawak watak orang miskin dengan penampilan sebegitu . 

QUOTE yang berguna daripada Bapa Anand menerusi cerita ini : Times have changed , the days of hereditary monarchy are behind us . To be the next king is not a birthright of the king's children anymore , instead only those who qualified to be the king have the right to be one .




Bharat 

- Filem ini di adaptasi semula daripada sebuah filem korea Ode To My Father . Starring by Salman Khan & Katrina Kaif . Actually heroin dalam filem nie Priyanka Chopra , tetapi Priyanka terpaksa tarik diri atas sebab tengah membuat persiapan pertunangannya bersama Nick Jonas pada waktu itu . But its not bad Katrina Kaif gantikan tempat dia . 

Pada tahun 2010, Bharat (Salman Khan) seorang pemilik  kedai yang enggan melepaskan kedainya untuk di jadikan Mall  walaupun diberi  tawaran yang menguntungkan . Pada majlis ulang tahun ke-70, dia menceritakan kepada cucunya kisah hidupnya .

Semasa Pemisahan India pada tahun 1947, Gautam Kumar (Bapa Bharat) , Janki (Ibu Bharat) , anak Mehek dan Gudiya (Adik perempuan Bharat) ,Bharat dan Chote (Adik Lelaki Bharat)  , menaiki kereta api ke India bersama ramai pelarian untuk menyelamatkan diri dari rusuhan yang dahsyat di Pakistan pada masa itu . Bharat yang berusia 7 tahun kehilangan adik perempuannya yang bernama Gudiya sewaktu dalam keadaan huru-hara . Gautam yang sudah berada di bumbung kereta api turun kembali untuk mencari Gudiya dan memberitahu Bharat untuk membawa Janki, Mehek, dan Chote ke kedai barang import saudaranya di Delhi . Gautam telah membuat janji dengan Bharat bahawa Bharat akan sentiasa menjaga keluarganya bersama dan menanti kepulangan Gautam di kedai itu  .

Sebagai seorang kanak-kanak , Bharat mengambil pelbagai pekerjaan yang ganjil untuk membantu keluarganya . Bharat menyertai The Circus Rusia bersama  sahabat baiknya, Vilayati Khan, selepas bertemu Radha yang bekerja di sarkas di pinggir jalan lalu jatuh cinta kepadanya, dan menghabiskan beberapa tahun di sana, dan mencapai kejayaan .Bharat membuat keputusan untuk meninggalkan sarkas apabila Chote tercedera dalam kemalangan ketika cuba meniru aksi Bharat .  Pada pertengahan 70-an, Bharat dan Vilayati bekerja dengan sebuah agensi india untuk menggali minyak di Arab Saudi untuk mendapatkan wang yang cukup untuk perkahwinan Mehek . Pada waktu nie,  Bharat telah jatuh cinta dengan ketua juruteranya, Kumud Raina dan . Kumud juga mengaku cintanya kepada Bharat , tetapi Bharat memberitahu Kumud dia tidak boleh berkahwin dengannya kerana Bharat takut lepas kahwin Bharat akan lupa janji kepada bapanya lalu kembali ke India setelah habis kontrak bekerja di Arab saudi .

Mak Cik Bharat (owner kedai) meninggal dunia pada tahun 1983. Suami makcik yang memerlukan duit telah merancang untuk menjual kedai tersebut dan Bharat tidak setuju . Bharat meninggalkan India lagi dengan Vilayati dan kini bekerja sebagai pelaut selama tempoh 8 bulan demi mencukupkan duit untuk membeli kedai tersebut . Kumud menjadi pengarah kreatif saluran yang baru dibentuk di  Zee TV dan menjalankan program di mana saudara-saudara yang dipisahkan semasa rusuhan  disatukan kembali . Bharat juga menyertai rancangan tersebut dengan harapan untuk mencari adiknya Gudiya dan bapanya yang hilang . Seorang wanita dari London yang di ambil menjadi seorang anak angkat oleh keluarga British semasa rusuhan dahulu datang pada program itu. Bharat bercakap dengannya  dan mendapati bahawa dia sememangnya Gudiya .  Bharat berharap dapat mencari ayahnya menerusi rancangan tersebut juga tetapi tidak berjaya.

Pada tahun 2010 , Bharat akhirnya memutuskan untuk menjual kedai barang import makciknya itu . Bharat bersedih dan kini sedar bahawa Gautam mungkin sudah terlalu tua sekarang untuk terus hidup . Bharat telah menunaikan janjinya terhadap Gautam  untuk menjaga keluarganya . Dia memberitahu Bharat bahawa sudah waktunya untuk membiarkan dia pergi . Akhirnya ,  Bharat berkahwin dengan Kumud, akhirnya memutuskan untuk meneruskan hidupnya tanpa janji yang terikat lagi .

So based on cerita nie , Bharat seorang anak yang baik dan bertanggungjawab . Dia utamakan janji terhadap bapanya dan keluarga terlebih dahulu daripada perkara-perkara yang lain . Aku suka watak Vilayati sebagai sahabat baik Bharat dalam cerita nie , Kawan yang setia dan baik sentiasa bersama susah dan senang dari kecil sehingga tua tanpa mengeluh dengan perangai Bharat yang tak berputus asa . Aku recommend 2 filem nie untuk korang tengok . 






9 Bawang Holland

  1. Sue tengok kat mana? share le link ngan ammi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bharat , boleh tengok dekat Pencuri movie - https://pencurimovie.me/movies/bharat/

      Super 30 , sue tengok dekat web indon . kat sini banyak movie baru-baru cume subtitle dalam bahasa indon la - http://139.99.209.98/super-30-2019/

      Delete
  2. sy jrg tgk filem hindi tp bc sinopsis nya agak menarik jg ni

    ReplyDelete
  3. macam best citer2 ni..super 30 tu br tengok sekerat jalan..hehe

    ReplyDelete
  4. Adoi.. Lamanyalah SHa tak menonton filem hindustan.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Macam best jalan ceritanya..Boleh layan cerita ni. Lama juga rasanya tak layan cerita bollywood

    ReplyDelete
  6. lama tak layan hindustan kalau ada pun cerita lama..hehe

    ReplyDelete
  7. sy x follow movie baru..yg lama2 yes dan yg selalu is khabi kushi khabi gham hehhehe idk la betul ka tidak sy spell tu

    ReplyDelete
  8. Bharat tak tengok lagi Super 30 sempat tengok dalam flight. Betul2 focus tengok.
    Best betul and I love all movies that was based on a true event.
    Anand Kumar is such an incredible person with incredible talent.
    Rasa geram dengan menteri dorang tu. the kids needs education but they were neglected.
    They are the true diamonds in the rough.

    ReplyDelete