GREAT BIRTHDAY GIFT IDEAS

By Suhana Abidin - September 25, 2019

Assalamualaikum . . .

Hai guys , its a raining day . Bestnya kalau time nie dapat baring atas katil tarik selimut dan tidur . Itu semua KALAU , tapi hakikatnyaaa tidak ada kalau kalau . Since musim jerebu sekarang , elok la hujan turun lebat , air hujan lagi banyak manfaat dari jerebu yang menyakitkan . Ecehhh , serious talk , aku pernah tengok satu video ceramah Ustad Kazim Elias tentang air hujan boleh sembuhkan segala penyakit  . Nie link video tu . Korang boleh tengok . THIS IS ILMU guyss ---->  https://www.youtube.com/watch?v=beJywToQ1iE . Btw , please kurangkan aktiviti luar ye . Udara tak elok sekarang . 

Back to the main topic. Pernah tak korang tiba-tiba lost idea what an exciting gift to give to a good friend on his/her birthday . ? Here I can share some ideas based on the gifts that I received on my birthday previously .


1) JAM TANGAN
- Aku pernah dapat jam tangan dari crush aku last year . Dan Jam tu warna favourite aku . Yes , memang aku suka dan hargai since dia korek rahsia dari dayah (my bff) yang aku tengah perlukan jam tangan waktu tu . Jam sebelum nie dah rosak dan aku tiada budget untuk spend duit beli jam bulan tu sebab hujung bulan nak pergi travel  . So dekat sini , korang boleh bagi apa yang dia suka dan apa yang dia PERLU . Plus , please ambil tahu warna kegemaran dia so that akan memudahkan kerja korang untuk decide apa yang patut beli dan warna apa yang sesuai untuk dia .






2)  HANDBAG
- Untuk handbag , aku dapat hadiah dari dayah (my bff) . Macam aku cerita sebelum nie , birthday kitorang selang sehari je . So dia hadiahkan aku handbag polo warna maroon . Yup , Maroon adalah warna kegemaran aku . Everything warna maroon atau merah aku akan suka . i don't know why mata aku nie , yang pasti aku memang suka . Act kalau dia bagi handbag RM20 , RM30 yang lambak-lambak dekat karnival atau pesta apa-apa tu pun aku terima dan happy . Hadiah nie tak semestinya kena mahal dan mewah , cukup dapat buat si penerima tu gembira dan hargai je pun dah berbaloi . 


3) SURPRISE DELIVERY 
-  I got this surprise last year from my bff (Ainina & Aiza)  . Membe baik dari zaman study dulu . I thought Dayah yang bagi sebab Dayah je yang tahu alamat office aku dekat mana , rupanya Ainina mintak alamat office aku dekat Dayah . Surprise delivery nie dah jadi trend sekarang . Sampai orang kampung pun reti order surprise delivery nie . Kampung aku agak hulu FELDA TEMBANGAU . Korang pun mesti tak pernah dengar dan tak tahu kampung aku nie dekat mana kan .? HAHAHAH , its okey . So dalam kampung aku nie pun ada orang buat business surprise delivery jugak . So korang boleh la guna service yang ada nie untuk memudahkan urusan korang . Tapi kena pandai survey , ada yang mahal dan tak berbaloi & ada yang murah dan berbaloi .

*Nie yang aku order Masa birthday Dayah

*Nie yang Ainina bagi dekat aku .

- Dan aku pun pernah gunakan surprise delivery nie masa birthday dayah dua tahun lepas . Yeaa aku ambil yang harga seratus lebih tapi aku rasa macam tak berbaloi , sebab aku ingat balloon tu ade printed name , sekali dia just tampal je tulisan nama dekat balloon tu , dah la mahal 😞 . Waktu survey dalam ig dia , nampak macam printed . . Sis tertipu . .  !! Bunga is worth it la sebab guna baby breath flowers . So korang kena survey betul-betul sebelum proceed order . 


4) CAKES/CUSTOM MADE CUPCAKES & BIRTHDAY TREAT 
- Okey part ni dah jadi tradisi geng berlima kitorang . Hahahhaha , sebab setiap tahun akan buat dan wajib celebrate birthday each other walaupun ada salah sorang tak dapat datang atas sebab-sebab tertentu . Kitorang biasa custom made cake or cupcakes macam dalam gambar bawah nie . Then cari satu restoren untuk celebrate birthday someone tu . Firstly , Plan dengan staff restoren tu untuk sing along dan bawakkan cake waktu habis makan . Lepas makan , someone akan bagi hint dekat staff untuk keluarkan cake dan diorang akan mainkan lagi birthday  . Oh yaa , kebayakannya kitorang dah booking restoren pun , walk in je . AND Paling penting , tak semua restoren free service charge untuk celebrate birthday . Ada yang kena tambah RM20 or RM30 untuk service tu . Total yang usually habis untuk celebrate birthday (4 -5 orang makan + cakes ) +- RM40 ke bawah . . So jimatkan dari korang sorang nak kena keluar duit untuk cakes dan makanan yang lain . 

- Korang boleh survey dekat ig atau facebook siapa yang ada buat custom made cupcakes atau cakes . Korang boleh suruh dia custom made ikot design or gambar yang korang bagi . TAPI Custom made nie biasanya mahal . So why not korang keluar ramai-ramai macam aku dengan kawan-kawan aku tu . So korang boleh cut cost untuk cake dan makanan yang lain . Untuk orang kuantan let me know kalau korang nak tahu kat mana tempat yang aku biasa custom made cakes .











5) CHOCOLATE 
- This is my favourite section . Chocolate has become popular that millions people will enjoy every day . Thank to its unique , rich and sweet taste . Coklat nie korang boleh beli dekat pasaraya dan gubah sendiri , tu lagi berbaloi dan lebih dihargai . Kalau tak kreatif nak buat "chocolate bouquet" , tak susah pun . Korang cari satu kotak atau beli je ready made kotak dekat kedai buku atau DIY , kalau kaya belilahh bird nest untuk letak dalam kotak tu . Kalau low budget , korang boleh carik-carik recycle paper (kertas-kertas yang dah tak guna) untuk isi dalam kotak tu . N then fill up dengan macam-macam jenis coklat yang korang dah beli tu . Dah siapppp (intonasi mirapiljah). . .




*Nie yang aku buat untuk EX aku dulu , tapi malangnya dah jadi EX . . Kahkahkah 


- Low budget gift nie aku selalu buat waktu zaman study dulu . Yee la , student kan duit cukup-cukup makan je . Nak bagi hadiah mahal kat kawan , kena la sedar diri sendiri dulu yang mak ayah bagi duit belanja kat kita . So this is the best solution . Beli coklat dan letak dalam kotak . Easy doing !  Time loan masuk baru semua buat party kecil-kecilan . HAHAHAHHA . . . since aku peminjam YP (yayasan pahang) je , so NO PARTY . Kawan-kawan ramai yang buat dua pinjaman , which is Mara dan Yp . So diorang memang macam anak orang kaya la dulu . Shopping sakan bagai hari nie last hidup je . Sekarang semua garu kepala nak kena bayar balik pinjaman . . . Hahhaha , pity them . . 


6) SHORT TRIP / VACATION 
- This section untuk orang HAVE HAVE je tau . Hahahha , untuk short trip or vacation nie aku tak pernah dapat sponsor dari sesiapa , nie aku dengan kawan aku kumpul duit sendiri as a self reward . Paling cikai pun kitorang pergi Gambang Waterpark je yang paling dekat as a short trip . So korang kalau rasa ada banyak duit nak sponsor kawan-kawan pergi trip silakan . Tiada halangan , cuma nie lebih kepada self reward je . Nak lebih puas dan hargai usaha titik peluh bekerja , tak salah sesekali buat short trip , plus dalam tempoh birthday month . Memang best . . 😊

*Birthday trip tahun lepas . triple september's baby . werkkss 😝




7) Drawing 
-This drawing aku dapat dari crush aku jugak . Why aku panggil dia crush , sebab dia suka aku since 2 tahun lepas tapi asyik kena friendzone je . Hahahah , kesian dia . Tapi dia baik dan tak give up . Kahkahkah . He ask his friend to draw my picture . Ang the result is tadaaaa . . . . . . Sama ke idokkkk ? Heheheee . Thank you aizat . . 





















-Untuk drawing , korang boleh mintak tolong kawan yang pandai melukis atau upah sesiapa freelance painter yang open slot untuk drawing nie . Korang boleh bagi gambar dan saiz lukisan yang korang nak . Macam gambar aku nie , saiz A4 . . So muat untuk frame A4 . .


8) WRAP BY EL
- Aku baru notice one of my lovely follower ada jadi dropship untuk wrap by el . Hai Raihan , thank you sebab tinggalkan link WRAPBYEL dekat chat box hari tu , unfortunately saya tak stalk betul-betul blog awak hari tu . Kalau tau saya boleh order dekat awak . Ok , untuk wrap by El , korang boleh tekan link WRAPBYEL nie untuk survey handmade gift dari diorang . Tinggal bagi gambar , details dan payment .  Cantik dan menarik . Last week aku ada buat order Explosive box with 3d untuk upcoming birthday Ainina (27 sept)  . Ainina peminat Hello Kitty , so aku request Explosion box theme hello kitty dan warna pink . Kebetulan last week ada discount , so aku dapat harga yang murah . So far aku berpuas hati dengan service dari WRAPBYEL , diorang layan customer dengan baik , fast reply dan gift cepat sampai sebelum estimated date . Korang boleh whatsaap no yang ada dekat website tu atau korang boleh  direct pergi blog Raihan . She will assist you .










9) OTHERS HOUSE GOODS 
- Ok yang nie senang . Korang boleh bagi je apa yang korang rasa senang nak balut dan dia akan perlukan benda nie somedays . Tak pun kalau takda idea sangat , korang masuk je mana-mana pasaraya cari la barang yang ada dalam kotak . Which is macam nak bagi hadiah untuk wedding day , peiuk ke , cawan ke , pinggan mangkuk ke . Aku pernah dapat lampu and  tuppaware ok . 


10) A LETTER/ WISH CARD
- Kalau takda bajet tak salah pun nak tulis surat . Hadiah nie macam macam bentuk ada . Tak semestinya kena bagi "barang" baru di kira sebagai hadiah . SALAH FIKIRAN MACAM TU !! Hadiah nie ikot kemampuan je . Tulis sepucuk surat atau wish card pun dah cukup memadai . Jangan terlalu ikut orang lain . Kemampuan dan rezeki manusia nie tak sama . I've received a letter from NINI , which is she notice my date of birth on "about" navigation . I received the letter a week before my birthday . On the letter , dia wish birthday aku dan dia bagi mask sebagai hadiah . Thank you nini . See , hadiah tak semestinya benda yang mahal . Everything boleh di jadikan hadiah . . Btw get well soon nini , i  miss  reading your updated cheeky blog .




  

Ok , tu antara idea yang aku boleh share dengan korang . Hope boleh tolong korang somedays . Make someone happy is the best medicine of heart . If you want happiness for a lifetime , help someone else . Jangan kedekut berkongsi rezeki , sebab dalam rezeki kita ada rezeki orang lain . Doa dan Ucapan pun adalah salah satu hadiah terbaik . Kalau tak mampu atau tak sempat nak prepare apa-apa hadiah , submit your du'a and pray for someone  . Its also the best idea . 

*Teddy bear aku rasa dah tak relevant la nak bagi dekat orang yang umur atas 20 tahun . Erghhhhhh , please la jiwa dewasa sikit . Dah boleh kawen n jadi mak orang dah pun , takan nak hadiah teddy bear lagi .? Kemon laaa  . . Btw zaman study dulu aku banyak dapat bear dan aku rasa diorang silap tafsir aku . Hahahhaah , aku yang acah gangster nie mana la minat teddy bear nie , tapi orang dah bagi tu ambil dan terima kasih je la . Jangan banyak bunyi , nanti jadi tak bersyukur dan mungkin tu akan jadi last birthday gift dari diorang untuk kau . HAHAHAH  . . .

17 Bawang Holland

  1. Wowww thank you so much Sue for mention me in your entry. :D

    ReplyDelete
  2. kita paling suka buatkan kek atau brownies untuk kawan2 pada hari birthday diorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh , menarik jugak tu . Sye reti buat kek simple je . Kalau kek yg ada design macam jual dekat kedai kek tu memang tak pandai la.

      Delete
  3. Such a great gift ideas. And look at those cakes and cupcakes!! Super cute! Short vacay tu my favourite gift that I constantly give to my friends and myself. Usually sambut semua skali, particularly the korea trip. Everyone pitched in for 2 weeks away. Best gift ever.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnyaaaa pergi korea . N paling best kalau kawan-kawan still ada masa untuk vacay dengan kita lagi .

      Delete
  4. Senarai hadiah yang menarik. Paling best dan terharu bila orang kita sayang kasi kek, or coklat, or bunga. or short vacay. Okay, it's too much.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahah , actually akan terharu bile dapat everything dari ynag tersayang .

      Delete
  5. Terima kasih atas idea2 awkk. Shu kdg tktau nk bagi apa. Just buat surprise party je. jrg bagi hdiah. Huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeaahhh , tu yang paling cepat otak boleh fikir . saya pun cam tu jugak , belanja makan + ada sepokong kek je pun dah boleh buat someone happy .

      Delete
  6. comel gila cupcake yg ada unicorn tu !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi , tu cupcakes masa birthday saya . Cute seperti harganyaaa . . Hahahah :)

      Delete
  7. saya suka kalau orang bagi birthday card. benda tu confirm akan simpan sampai bila2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup , sebab bende tu boleh simpan . kalau cupcakes simpan mau berkulat nanti . hahahha :)

      Delete
  8. banyak hadiah tuuu.. saye jenis tak tahu nak bagi hadiah ape bile hari jadi, kalau nak bagi cupcake unicorn kat budak laki macam tak best je. mudah belikan jersey bola je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha , boleh buat design lain jangan la bagi unicorn pulak . . Karang ada yang cakap awok buang tabiat . . hahah , wei , jersey pun boleh berdarah hidung tengok harga . .

      Delete
  9. Eh cupcakes tu sumpah comel and hadiah lukisan tu kreatif sangat. I selalu clueless nak bagi hadiah apa lol.

    ReplyDelete