MY SPECIAL ONE

By Suhana Abidin - October 01, 2019

Assalamualaikum . . .

Apo khabar guys .? Wahh sekejap je dah masuk bulan oktober . How time flies ? huh . . Aku still lagi tak dapat achieve apa yang aku nak tahun nie dan aku rasa tahun nie aku struggle enough dengan komitmen yang makin bertambah . Semoga Norsuhana binti Abidin di murahkan rezeki dari segala bentuk . Amin Amin Amin . . .




Autisme ? Korang pernah ada experience jaga atau terjumpa dengan kanak-kanak/remaja yang menghidap autisme .? kalau korang pernah ada experience jaga budak autisme , mesti korang pernah terbaca dan follow kisah Adam , Azal dan Azil kan .? Siapa diorang nie .? 3 orang nie salah satu contoh remaja yang menghidap autisme mild & severe autism . Adam merupakan anak kepada Iman Wan .  Manakala Azal dan azil merupakan anak kembar kepada pelakon Zarina Zainudin . Korang boleh follow instagram diorang kalau nak tengok life adam , azal & azil .  This 3 boy is so handsome and good looking . I swear !

Based on google , Autisme adalah sejenis gangguan psikiatri atau gangguan perkembangan yang mengakibatkan masalah dalam komunikasi dan berinteraksi dengan orang lain , samada perkembangan bahasa yang lambat atau tidak berkembang . Autisme sekarang disebut sebagai gangguan spektrum autisme atau autism spectrum disorder (ASD) . Terdapat 3 jenis autisme iaitu Ringan (Mild) , Sedang (Moderate) dan Berat (Severe) .

Punca kanak-kanak sekarang ramai menghidap autisme adalah disebabkan beberapa faktor :


  1. Genetik/keturunan dari ahli keluarga itu sendiri . 
  2. Persekitaran seperti barang rumah, botol susu plastik atau ubat-ubatan yang di ambil
  3. Masalah sewaktu mengandung dan selepas , contohnya stress yang terlampau , hidu bau asap rokok , asap kilang atau bahan kimia .


My 3 y/o baby boy (nephew) mengalami mild autism . Mild autisme nie adalah jenis autism ringan dan masih boleh dikawal . My nephew was given named Ammar haziq . Ammar nie masa baby takde masalah apa-apa pun . Once kita main panggil-panggil dia , dia still boleh senyum-senyum , pandang kita . Around 1 y/o macam tu baru boleh detect yang Ammar autisme . Apa simptom-simptom autisme yang Ammar ada sehingga sekarang ? Antaranya :




  1. Tidak menunjukkan eye contact bila kita bercakap dengan dia . Part nak ambil gambar paling struggle . susah sangat nak dapat gambar yang Ammar akan pandang camera . Panggil la seribu kali pun , dia akan ignore je . 
  2. Tiada tindak balas terhadap senyuman . Kita main macam mana pun dengan dia , dia takan senyum . Melainkan kalau kiss dia , geletek dia sampai dia geli , baru akan nampak dia senyum . 
  3. Tidak boleh bercakap dan menyebut perkataan . Sampai sekarang Ammar still tak boleh bercakap . Kalau lapar , dia just menangis je . Dulu waktu umur 2 tahun , kalau kita marah atau pukul dia pun , dia takan menangis dan buat tak tahu je . But now ada improvement , bila saja-saja marah dia , dia akan menjebekk nak nangis . Dan kalau tengok orang keluar rumah , dia akan berlari kejar sebab nak ikut keluar berjalan .
  4. Tiada deria sensori , which is orang pukul dia pun dia diam je tak nangis . Dan pernah jadi 2 tahun lepas , while semua orang dekat ruang tamu dan terlepas pandang si Ammar , He walk to the kitchen and suddenly he took his hand into the boiling Kuah laksa yang ada dekat atas lantai sebab masa tu tabletop full dengan barang . Memang melecur la cite dia . 
  5. Tantrum yang sederhana , tidak ganas dan tidak mencederakan diri . But sometimes bila dia geram atau terlalu happy , dia akan pukul muka dia sendiri or ikut nasib la siapa yang ada dekat dengan dia , dia akan tarik telinga atau tiba-tiba lepuk muka kita . Ini aku pernah rasa . Hahaha . .Emosi kanak-kanak autisme nie susah nak ramal , dia akan marah dan ketawa tanpa sebab dan secara tiba-tiba .
  6. Susah nak tidur pada waktu malam . Yeaaa , until now Ammar susah nak tidur malam , kadang sampai mumy dia tak larat nak tahan mata ,  biar dia main sorang-sorang . Mujur Ammar jenis yang tak berjalan dalam gelap . Dia hanya duduk je sebelah kita sambil main sorang-sorang . Atau tengok cerita kartun sampai dia tertidur sendiri . Kalau nak paksa dia tidur memang lama sangat kena duduk dodoikan dia . 
  7. Perfectionist , suka susun sesuatu barang , seperti lori , kereta atau dinosaur mainan dia . Once orang sengetkan mainan yang dia dah susun , dia akan marah . * tapi kitorang suka kacau dia part nie . Hehehe , dia just marah dan nak menangis je tak pukul orang . Actually part nie aku rasa orang yang bukan autisme pun ada simptom nie . Macam aku pun selalu je nak susun tudung ikut warna , hanger ikut warna , lipat baju sama besar dan tersusun . 
  8. Suka kutip dan makan segala apa yang dia jumpa . Kalau mainan kecik-kecik yang muat masuk dalam mulut tu  , dia akan kutip dan masukkan dalam mulut . Tudung perempuan yang ada manik atau batu permata tu pun dia akan gigit dan cabut . Bab makan Ammar memang tidak memilih , tetapi dia akan tolak durian dan benda-benda yang lembut macam agar-agar atau jelly . 
  9. Tidak menunjuk minat untuk berkawan dengan kanak-kanak yang lain malah lebih selesa bermain sendiri . Plus Ammar tak suka berebut dan selalu mengalah dengan adik dia . This part kesian Ammar , adik dia selalu berebut mainan dan buat kianat dekat Ammar . While Ammar just menangis je kalau dia terpaksa mengalah dengan adik dia . Ammar tak hyper , tetapi dia lebih suka bermain sendiri which is setiap hari dia akan berlari dalam rumah sampai sampai berpeluh-peluh tanpa penat . Bila dia rasa panas sangat , dia akan pergi sendiri duduk depa kipas stand tu . Kalau keluar pergi mall atau public area , memang kitorang akan pakaikan baby harness . Sebab dia suka berlari dan kita takan sempat kejar . Satu lagi , Ammar akan tiba-tiba baring dekat lantai dalam mall  . Bukan sekali , banyak kali . Maybe dia suka sebab mall kan sejuk dan ramai orang . 
  10. Mempunyai minat sesuatu objek atau barang . Macam Ammar , dia memang suka sangat dinosaur . Kalau dapat tengok dinosaur dekat mana-mana mesti dia akan berhenti , dan tengok dinosaur tu sambil terlompat-lompat .
  11. Tidak takut dengan sesiapa dan suka bila di bawa keluar berjalan-jalan . 
Ammar umur 3 bulan 


Tangan Ammar melecur celup dalam kuah laksa 

My cheeky baby - 1 y/o +-

My Baby 3 y/o





Even though Ammar kanak-kanak autisme , fizikal dia still nampak normal macam kanak-kanak yang lain . Ammar anak syurga yang Allah hadiahkan untuk family kami . Sangat mudah untuk menjaga Ammar yang tak banyak ragam as long as dia kenyang , dapat tengok kartun atau bagi mainan untuk dia , bawak dia jalan-jalan , that enough . Alhamdulillah , my sweety boy sihat dan makin improve day by day . Mumy Ammar setiap bulan akan bawak Ammar pergi check up dan appoinment dengan doctor . Since hasil dari setiap appoinment tu , Ammar makin ada deria sensori . Kadang bila sorang-sorang , dia akan ingat apa yang kita ajar dia menari or menyanyi even tak keluar butir perkataan tu . 

Orang yang tak pernah ada pengalaman handle kanak-kanak autisme , mereka takan pernah faham macam mana situasi tu terjadi dan macam mana strugglenya ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa nie . Nampak macam normal , bila datang mood nak mengamuk dia , serba serbi pujuk tak jalan . Respect mak ayah yang tabah dan kuat untuk terus jaga anak autisme nie , especially anak yang ada severe autisme . Tantrum yang sangat susah nak kawal . That why la Allah uji kepada hamba dia yang mampu dan kuat sahaja . Nampak anak-anak autisme nie macam tiada perasaan , sebaliknyaa mereka ada perasaan yang sama macam kita yang normal nie cuma meraka tidak tahu nak meluahkan atau sampaikan dekat kita . Hopefully my baby boy getting better dan sihat sepenuhnya . Mak lang will always love you from the deepest heart . 😘

Okey , lets do some quiz . But i don't think this quiz is reliable . Its just for fun . Autisme kah anda .? . I got 6% . Hehe . :) Komen berapa percen autisme korang .  HERE  .




17 Bawang Holland

  1. saya selalu tengok posting adam family. suka tengok pada masa yang boleh belajar sesuatu daripada diorang. Quiz tu saya dapat 12%..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee , sometimes apa yang diorang belajar , kita yang normal pun boleh dapat belajar jugak . Hahaha , its just a fun game .

      Delete
  2. Semoga Ammar sihat seperti kanak-kanak biasa.^^

    ReplyDelete
  3. Nini pernah tengok anak Zarina tu, kesian pulak dekat ibu diorang bila kena pukul. Tapi nak buat macam mana dah diorang sakit kan. Nini pernah jumpa dengan murid mild autism sebab murid kategori ni takkan masuk kelas pendidikan khas melainkan kes teruk. Kena pandai ambik hati diorang and tahu benda apa yang boleh trigger. Kalau silap langkah tak mengajar la jawabnya hahaha

    I got 11%! One of fortunate ones it says hehe :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah , macam anak buah sue nie pun mild autism . Biasa je tak teruk . Hope dia boleh jadi normal macam orang lain bila dah besar nanti .

      Delete
    2. InsyaAllah sama-sama doakan :)

      Delete
  4. You are 14% Autistic. Ha itu results test ammi.

    BTW...elakkan dari biasakan Ammar dengan handphone sebab handphone ni lebih pada memudaratkan. Bukan aja pada anak syurga macam Ammar tp juga pada budak2 lain yg normal. Biar dia main dgn toys dia dan tengok tv biasa.

    Semoga Sue & family sentiasa sabar melayan kerenah Ammar

    ReplyDelete
  5. 0% percent autistics hhahaaa.. i laugh a lot when answering

    You are 0% Autistic
    You are one of the fortunate ones. You have been raised very well by your parents. You've actually graduated from college! Either with a two-year, four-year, master's or even a Ph.D degree. You have a LOT of potential to live on your own, take care of yourself and hold down a good paying job. You also have the potential to get married and start a wonderful family of your own. You are an inspiration! CONGRATULATIONS!!!
    Quiz URL: https://www.gotoquiz.com/how_autistic_are_you

    ReplyDelete
  6. semoga ammar akan terus membesar sebagai putera soleh kebanggaan ayah bonda nya,aamiin

    ReplyDelete
  7. Comelnya little prince ni! Moga membesar menjadi anak pintar dan soleh kebanggaan ibu ayah :)

    ReplyDelete
  8. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk sis dan ammar.. :)

    ReplyDelete
  9. Mak Om jaga one baby tau anak nurse and maritim, nama dia Eshaal Medina known as Icha. Susahnya mak jaga dia ni sebab her parents ajar minum susu pakai picagari. Bayangkan umur Icha 3 bulan, dah start ajar macam tu. I cannot see her nangis tau seolah-olah tak puas nak minum. Mak tawakal mintak kenalan mak buatkan air biar Icha mudah nak minum susu, sebulan lepas tu, Kitorang happy sebab dapat tengok dia mimun susu dengan botol. Lepas 8 bulan kitorang jaga baru tahu Icha ada Autism tapi mak bapak dia tak nak pun bagi tahu kitorang. Om dah anggap Icha macam anak buah sendiri. Dari ICha tu, Om belajar macam mana nak handle budak autism. Until now, dia dah nak dekat 3 tahun dah, kitorang jaga memang tk buat perangai sangat. Tapi tu lah, kitorang tahu limit tapi masih anak orang kan? Kalau kita tak cuba bawa pada pakar, makin teruk nanti. I pray the best Icha and Ammar too!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh , kenapa parent dia ajar minum guna picagari .? Memang icha tu taknak botol or what .? Memang tak kenyang la baby kalau macam tu .

      Delete