HIDUP UNTUK PUASKAN HATI ORANG

By Suhana Abidin - October 16, 2019

Assalamualaikum . . .

Terdetik hati nak up post pasal "hidup untuk puaskan hati orang" lepas teringat Insta story Dato' Alha Alfa . Baru-baru nie Dato' Alha telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan dengan pasangannya Datin Alin Ismail . Eh , aku teruja la tengok orang yang dagu terbelah nie . Cantik dan unik . So cantik la datin . 😘 One of my friend , Ila pun memiliki dagu belah . Btw selamat pengantin baru Ila dan Izz . My friend pun dah off market last week . 

Lepas kejadian Kek yang di bina daripada kaca setinggi 2 meter bernilai RM5000 tumbang sewaktu majlis resepsi beliau , ada banyak mulut-mulut jahat wujud sehingga ada yang mengatakan itu adalah tanda tidak berkat dan jodoh tidak panjang . Ya Allah , jahat betul mulut-mulut orang sekarang . Dato' Alha sendiri redha dan percaya bahawa rezeki beliau setakat itu sahaja dan tidak menyalahkan pihak wedding planner . Normal la unexpected thing happen without notice dan yang sebetulnya susah tertulis rezeki , jodoh dan ajal setiap manusia . Jadi , siapalah kita nie untuk mengata dan bercakap benda yang tak sepatutnya ? Adakah kita cukup sempurna sehingga tiada cacat cela .? Adakah kita yakin kita adalah ahli-ahli syurga ?

Kalau kau percaya dah takde orang kaya yang ikhlas dan stay humble dalam dunia nie , kau silap .! Bagi aku , ramai je orang kaya yang berhati murni . Contoh Dato' Alha pun seorang yang cukup humble dan tenang handle situasi hangat macam nie dikala orang tak berhenti nak bercakap buruk . Memang dia banyak duit dan apa la sangat setakat 5k tu . Itu yang kau nampak , keikhlasan disebalik kejadian yang berlaku nie susah orang nak nampak . 

Kadang aku tak faham . Hidup kita nie memang untuk puaskan hati orang ke .? Buat wedding besar orang akan mengata , buat wedding kecik pun orang mengata jugak . Eh , menyibuk betul . cer try sponsor seposen dua baru boleh ikut rentak dan kehendak kau . Lol .

Aku pernah cakap dengan mak aku , in case kalau aku bertunang nanti aku taknak buat majlis . Just nak buat dua pihak je , which is family dia dan family aku sahaja . Mak aku setuju tetapi dia tetap nak jemput sorang dua orang kampung atas sebab nak puaskan hati orang . Aku hampir naik angin jugak la dengan orang kampung aku nie . Kos semua kita yang keluar , so apa hak diorang untuk  tentukan itu ini . Bagi aku , kalau kurang seorang dua untuk tolong merewang nanti pun aku tak kisah , aku sendiri boleh je duduk dapur tolong potong bawang sehari sebelum majlis tu . 

Kalau tiba-tiba cakap nak kawen , start la mulut-mulut makcik pakcik bawang dekat kampung tu sebar cerita yang bukan-bukan . Act aku tak pernah kisah kalau orang nak cakap buruk aku , cuma aku kesian dekat mak ayah aku sebab benda tu sikit sebanyak akan tempias dekat diorang . Entah la , tak faham kenapa perlu wujud orang-orang macam nie dan apa yang diorang nak sebenarnya . 

Kebanyakan orang kampung aku , apa yang mak ayah dia cakap buruk pasal seseorang tu setahun dua kemudian mesti akan jadi dekat anak atau family dia semula . See , pay cash ! Cukup-cukup la jaga tepi kain orang , cukup-cukup la mengata buruk orang . Kita semua datang dari air mani yang kotor dan hina , sama darjat . So tak perlu sombong dan zalim sesama manusia . 


6 Bawang Holland

  1. Ini yang dipanggil "rumah siap, pahat berbunyi" sangat sesuai untuk mulut2 orang yang suka mengata ni.

    Ya Allah tak tau pulak kes kek dia tumbang. And to be honest, tak pernah dengar pulak kalau ada insiden dekat wedding, jodoh tak berpanjangan. Rasanya it's on the contrary, konon jodoh berpanjangan. Tapi tulah, jodoh, ajal & maut ni bukan kita yang tentukan kan?

    Samalah kita, kalau bertunang atau kahwin, seboleh-bolehnya nak ikut kemampuan sendiiri and Tqa pulak jenis pemalu so kalau boleh bersanding pun taknak. Setakat jamu orang makan lagi bagus. Saya masih ingat kejadian merisik kakak saya, makcik saya merosakkan segala-galanya sampai kami bergaduh for almost a year. Raya pun taknak tengok muka. Start dari situ, kakak saya tekad taknak mintak bantuan orang, masa kakak saya bertunang dulu, semua dia buat sendiri. Majlis kahwin pun dorang yang basuh periuk belanga. Kami dah takde mak so sedara belah mak pun tak tau nak contact macamana so majlis kami sangatlah kecil dan intimate but it's better and happier.

    Susah nak puaskan hati orang, so kami bertindak untuk tidak ikut cakap2 makcik tu semua and buat apa yang terbaik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm , saya pun ade makcik yang jenis busuk hati macam tu . Talam bermuka-muka . Susah nak predict perangai manusia nie . Saya pun nak buat majlis kecik dan ikut kemampuan je . Saya tak pernah kisah dengan cakap-cakap orang sebab kos semua kita yang keluar , bukan diorang . Kita jemput diorang datang kenduri pun dah kira bagus .

      Delete
  2. susah nak puaskan hati semua orang sebab setiap orang pendapat dan citarasa berbeza. kalau kita hidup nak puaskan hati orang je, hati kita ni macamana pula kan. so abaikan je kata-kata yang mereka. susah senang kita tak berkaitan dengan mereka.

    ReplyDelete
  3. NO! Hidup ni untuk puaskan hati kita sendiri, lumrah kehidupan kita takkan dan tak boleh lari dari "puaskan hati orang lain". Simple, buat apa puaskan hati orang dan kenapa biarkan hati sendiri tersiksa? Abaikan dan biasakan dengan hati kering. hheheheheh

    ReplyDelete
  4. Sangat susah nak puaskan hati semua orang. Takpelah abaikan sahaja manusia memang begitu.
    Bak kata ustaz Ebit Liew kita hidup ni biarlah Allah yang sayang kalau manusia tak sayang takpe janji Allah sayang.

    ReplyDelete