TOP 5 MINGGU INI

By Suhana Abidin - November 20, 2019

Assalamualaikum . . .

Day by day , Year by year macam-macam perkara pelik dan tragis yang berlaku . Adakah ini semua suatu fitnah dajjal atau peringatan kepada semua orang muslim bahawa kiamat makin dekat .? Allahualam , tiada siapa yang tahu rahsia di sebalik petanda nie semua . Apa yang boleh kita lakukan sebagai seorang muslim , teruskan berdoa yang baik-baik dan lakukan amal ibadah sebanyak yang mungkin . Senarai top 5 berita panas minggu nie adalah :

1) MALAYSIA MENANG [2-0] MENENTANG INDONESIA  




19/11/19 , skuad Harimau Malaya (Malaysia) memperolehi kemenangan 2-0 menentang skuad Garuda (Indonesia) dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam hasil jaringan kaki kiri Safawi Rashid pada minit ke 30 & 72 . Hasil jaringan goal yang pertama Malaysia mendapat reaksi kurang senang atau provokasi dari penyokong-penyokong Indonesia dengan membaling Flare dan objek lain ke arah penyokong Malaysia . Actually aku tau ada bola semalam , tapi aku tak ada mood nak tengok bola . Makanya , aku buka cerita Baahuubali . Hehehe , berjaya aku habiskan kedua-dua chapter  . Btw , tahniah skuad Harimau Malaya di bawah kendalian jurulatih Tan Cheng Hoe di atas kemenangan semalam dan hasil usaha keras pasukan Malaysia  .


2) SERANGAN DI GAZA

Thru this news , aku tak dapat nak gambarkan kesakitan , keperitan dan kesedihan yang di alami oleh penduduk Palestin . Allahu , keganasan rejim Israel kini semakin menjadi-jadi . Ramai penduduk yang tidak berdosa menjadi mangsa korban Zionis . Paling membuat aku sakit hati apabila terlihat video bayi , kanak-kanak dan warga emas yang cedera teruk  dan mati dalam serangan nie . Sorry , aku taknak share apa-apa video atau image berkaitan serangan di Gaza nie , aku tak sanggup . Setiap kali aku tertengok je video-video yang di share di facebook , mesti air mata aku mengalir . 

Ujian apakah ini Ya Allah .? Bukan lagi perkara baru , namun sudah berlarutan penduduk di bumi Palestin menjadi mangsa korban tentera rejim Israel . 

"Tentera Israel berkata serangannya pada awal hari Sabtu tidak menyasarkan kedudukan kumpulan Jihad Islam tetapi tapak kepunyaan Hamas, yang mentadbir Semenanjung Gaza. Tidak ada komen segera oleh Hamas."  - sumber Aljazeera.com


3) MARKETING MURAHAN 





Who's that boy .? Instafamous .? Kenapa aku tak pernah tau dan kenal lelaki nie .? Sumpah geli aku tengok cara marketing diorang yang berunsur lucah , dengan si perempuan tu tergedik-gedik macam ada katak dalam baju . Its not isu bayaran lumayan untuk promote produk yag berdurasi 1 minit or  'lovebite' tu di solek atau real , this is how you plan a good strategic marketing to promote your product . Nak berbisness kena ade ilmu dulu , cara marketing kena ada bahasa-bahasa yang di tapis juga . Ini MashaAllah ! Zaman sekarang , guna duit je semua jadi . 

Walaupun kita hanya mempromosikan barang orang , kita perlu jaga maruah diri kita sendiri juga . Nak bayaran dunia mahal atau "bayaran" akhirat nanti mahal .?   Suka ke kena kecam .? Luluh hati family kalau diorang pun baca kecaman-kecaman tu . Netizen nie kalau lancarkan serangan memang padu , kes sebab budak nie je tapi boleh berkait sampai mak bapak budak tu . Ini hanyalah pendapat peribadi aku sahaja sebagai seorang manusia yang selalu membuat kesilapan juga . Maaf kalau ada yang tersinggung dengan pendapat aku .


4) KONVOKESYEN SEKOLAH 







Nowadays dah menjadi budaya setiap sekolah untuk mengadakan majlis konvokesyen seperti majlis konvokesyen lepas IPTS/IPTA dan kolej . Bagi yang berkemampuan , mungkin ini tidak menjadi suatu isu yang besar . Tapi bagi yang kurang berkemampuan .? Gaji bapa hanya sekadar cukup-cukup makan macam mana pulak ye .? Aku tak tahu mana datang idea nie . Tak cakap sekolah orang lain la , sekolah menengah aku dulu pun tahun nie dah start ada majlis konvokesyen bagai  . Aku be like , wowwww terpengaruh jugak ke  ? . . . . . huh , apa semua nie .!!

Banyak keluhan dari ibu bapa mengenai majlis konvokesyen sekolah nie , aku turut simpati sebab aku pernah rasa hidup susah . Duit belanja aku dulu pun tak sebanyak duit budak-budak sekarang . Indeed , kos dan harga makanan naik . Tapi aku tak pernah pun mengadu makanan mahal dekat mak ayah aku . Aku ambil je duit belanja yang mak ayah aku bagi dulu . Aku beli mana yang cukup dengan amount tu je . 

Pendapat aku , janganlah membebankan rakyat yang sudah sedia miskin dan tidak berkemampuan nie . Cukuplah sekadar majlis Anugerah Kecemerlangan dan tamat belajar . Guru-guru seronok dan nak murid-murid seronok dengan mengadakan majlis nie tetapi adakah ibu bapa semua seronok .? Kalau sekolah yang provide free jubah is okey la , kalau jubah kena sewa .? Tu belum termasuk bouquet dan kos bergambar pulak .  Bouquet flower or chocolate nie mane ada harga yang bawah RM10 . Kalau semua parents yang berkemampuan bagi bouquet tu untuk anak diorang , apa pulak perasaan bapak dan anak yang tidak berkemampuan nie .?

Zaman dulu paling seronok , kita berlumba-lumba nak futher study sebab nak rasa nikmat konvo tu . Simpan duit sendiri untuk bayar jubah , sesi foto sebagai kenangan dan mungkin akan menjadi yang pertama dan terakhir untuk sarung jubah dan naik stage untuk dapatkan scroll  .  Sekarang dah tak payah susah-susah nak sambung study tinggi-tinggi untuk rasa nikmat konvo tu . Hmmm , ntah la nak . Fikir-fikirkan dan selamat beramal . 

5)  KETUA PEMBANGKANG DIHALANG BACA AYAT AL QURAN 




Tidak boleh nak salahkan siapa yang undi siapa . Kita sebagai rakyat Malaysia semestinya mahukan perubahan dari pihak kerajaan . Cuma kuasa kita hanyalah sekadar mengundi , selebihnya pihak kerajaan yang membuat keputusan . Pokok pangkalnya jika Ketua/Imam itu mempunyai niat dan matlamat yang baik , maka baiklah kerajaannya . 

Aku kurang ambil tahu bab politik nie , biasa la orang-orang muda nie . Dan bagi aku tak kisahlah siapa pun pemimpin kita , asalkan Beliau dapat pimpin kerajaan dan Malaysia nie dengan aman , amanah dan jujur , tidak membebankan rakyat dan jangan sesekali libatkan perkauman . 

Seperti sedia maklum , Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum . Apa yang terjadi di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka baru-baru ini membuka mata ramai orang terutama Team Bawang . Untuk yang tidak mengetahui berita nie , aku pendekkan seperti dibawah . 

Ayer Keroh : Sesi perbahaasan Belanjawan Melaka 2020 kecoh berhubung isu bacaan petikan ayat al quran . Situasi tegang berlaku apabila Timbalan Speaker , Datuk Dr Wong Fort Pin tidak membenarkan ketua pembankang , Datuk Seri Idris Haron (Bn-Sg Udang) menghabiskan ucapan penutupnya dengan petikan ayat al-quran dari Surah Yunus ayat 14  kerana masa 10 minit yang diberikan kepada bekas Ketua Menteri Melaka itu telah tamat . 


Berlaku kekecohan antara Idris dan Fort Pin sehingga Datuk Seri Abd Ghafaar Atan (BN-Asahan) yang megambil giliran berbahas campur tangan dengan memberi laluan untuk Idris membaca petikan ayat al-quran berkenaan .
Kekecohan terus berlaku , Fort Pin mendapat teguran daripada beberapa wakil kerajaan yang lain untuk tidak menghalang Idris dari membaca petikan al-quran tersebut. Selepas di asak wakil kerajaan dan pembangkang , Fort Pin akur seterusnya meminta Idris untuk meneruskan bacaan petikan al-quran berkenaan .

Conclusion : Hormat agama masing-masing , tak rugi atau hilang apa-apa pun kalau kita beri laluan kepada sesiapa yang hendak bercerita atau menyampaikan sesuatu 'message' dari agama masing-masing . 






22 Bawang Holland

  1. Paling top of course game malam tadi. Alhamdulillah Malaysia menang. Berdebar tengok malam tadi. Yang marketing murahan tu baru tengok semalam. Tengok sikit je awal-awal sebab rasa macam malas nak dengar perkataan yang tak sepatutnya tu. Script yang lansung tak sesuai. Agak agaklah kan. Rasanya biarlah konvo untuk peringkat U je. barulah rasa konvo yang sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la sis tak tengok video tu sampai habis , ntah apa-apa je . Yes , bab konvo tu saya setuju !

      Delete
    2. Orang zaman sekarang suka buat pelik-pelik janji dapat apa yang dia nak tanpa fikir baik buruknya..sedih!

      Delete
  2. no 1 tu moga team harimau malaya akan terus menang untuk pelawanan akan datang, no 2 memang menyakitkan hati, memilukan kita cuma mampu doa semoga Allah cepat turunkan bala buat negara israel dan pemimpin nya yg zalim,
    n0.3, sekrang ni memang dah ramai sangat instafamous atau sesiapa je suka buat marketing murahan, lebih banyak kene kecam mereka macam lagi suka
    no 4, akak pun tak berapa setuju dengan trend sekarang dah konvo dari sekolah tadika, pastu darjah 6, tingkatan 5... feel tu lain dan iya kos yang diperlukan, kesian pada yang tak berkemampuan.

    no.5. memang kuang ajaq tim speaker tu, cuma bagus jugak bila mereka yang lain baik dr kerajaan atau pembangkang bersatu hati untuk bagi tim speaker tu sedar diri

    ReplyDelete
  3. Nasib baik terbaca pasal video tu. Tak perlu tengok dah. :( Yang bab konvo, kebanyakan anak-anak tak faham pun apa mereka buat.. Hhmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. better jangan tengok . jijik je rasa . *maaf ayat kasar .

      Delete
  4. walaupun xtengok bola malam td tapi tahniah team malaysia :)

    siapa instafamous tu? orang sekarang buat benda macam minta utk dikecam, bila kena kecam tahu pula marah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha , saya pun tak kenal siapa instafamous tu . BBNU sekarang je yang kenal semua insta-insta famous nie .

      Delete
  5. zaman abe kie ambik spm pd thn 1990 dulu hanya SBP n MRSM je yg buat majlis konvo ni. Tp skrg bebudak tadika pun siap buat konvo kat hotel. Rasanya mcm membazir je. Kesian kat ibubapa yg x mampu tp terpaksa byr n join sbb x nak menghampakan harapan anak.
    P.S. Done follow back. Jika ada widget follower di sidebar rasanya lagi molek. TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul , sbb taknak menghampakan anak2 je terpaksa keluarkan duit untuk tu .

      Hehe , follower widget tu saje je tak letak 🤣🤣

      Delete
  6. Aien dah follow Sue, tapi napa tak naik kat reading list. :'(

    Hurm, banyak benda yang berlaku menyebabkan kadang-kadang rasa tak nak amek tahu semua tu.

    antara semua ni, dua je Aien tahu,
    1. Malaysia menang! Haha Sbb cik suami tengok.
    2.Anak-anak tadika konvo kalah Universiti tu, adoo kesian laa. sekarang dah la semua mahal, and penjual semua nak amek untung dr hasil dorang, tanpa fikir yg nak beli pun sakit jugak.

    Ibu is pening kalo esok lusa anak-anak kita pulak nak konvo ni macamana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa , yeke .? tak sure la kenapa .

      hehheh , good luck ibu . Nasib kita kena lalui zaman sekarang yang semua memerlukan wang .

      Delete
  7. So many news yang agak cringy nak baca and some are too sad for me to read.
    I don't know who that guy with that cheap marketing was tapi apa ke teruk sangat? hahahaha

    ReplyDelete
  8. no 4 tu paling sedih..huhuh... nak komen no 4 je.. teringat dulu makayah kita bukan sng tapi..mampu sekolahkan anak2 dgn baik.walaupn than lapar sgup korban untuk anak.itulah namanya ibu bapa..

    ReplyDelete
  9. tahniah HM kerana berjaya menundukkan Garuda. hrp momentum ini dpt dikekalkan smpi berjaya melangkah ke piala asia / WC.

    x majlis convo anak2 ni sy nk ckp lbh pun sy x ada anak. tp pd sy wajar pihak sekolah pertimbang dan fikir masak2 hal ni. sy x rs yg pihak sekolah x sedia maklum akan background pelajar2 mereka. even ddk di bndr sekali pn, belum ttu mrk ni berduit. sng ckp ramai yg miskin bandar. lainlah kalau anak2 ni bersekolah di sekolah antarabangsa. yg tu mmg sah2 anak2 org kaya belaka. saran sy, hentikanlah budaya ni. xsalah nk raikan pelajar tp bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.

    ReplyDelete
  10. Padat ceritanya dlm satu post. Apapun semoga Allah Selamatkan saudara Kita Di gaza

    ReplyDelete
  11. bola sy x minat so malas ambik tahu hahaha teruknya

    Gaza tu so heartbroken tengok keadaan dorg huhu :(

    ReplyDelete
  12. yg psl marketing murahan tu mmg tk elok pn...melampau sgt..lpstu bole plak ckp terima tawaran sbb byran lumayan..lps kena kecam tau plak nk minta maaf

    yg psl isu konvo tu, mmg btul kesian utk yg tk mampu..time tadika dlu bole tahan juga kena byr...ni ank br abis tahun 6 ada juga tp rasanya byr dh termasuk masa byr yuran pibg...ptt kat U je la buat konvo ni...

    ReplyDelete
  13. Nini tak tahu pun yang pasal marketing tu, ew memang taknak baca lepas sue mention hahaha. Tapi yang asal konvo tu, nini bolehla nak bagi pendapat sebab nini cikgu kan. Bagi nini untuk sekolah yang memang tak mampu nak provide free jubah or photography session, better jangan buat. Jangan buat semata-mata nak ikut trend, kesian parents and murid yang tak mampu. Sekolah nini memang provide jubah free, diorang sewa. And photography pun free untuk semua murid. Bouquet tu sapa yang mampu boleh beli, ada booth yang jual. GB memang ikhlas nak celebrate murid tahun 6 hehe.

    ReplyDelete
  14. Zaman sekarang semua nak viral.
    Yang pasal konvo tu memang Mrs. A pun kurang setuju pre-school lagi dah buat konvo kat hotel.
    Anak Mrs. A sekolah dia minta RM70 untuk konvo form 5

    ReplyDelete
  15. Yang no 2 tu tak tahu pun.. kikiki.. ketibggalan lah juga..
    Tapi bab konvo tu kalau sampai minta duit mak bapa tu melampaulah.. buat pula kat hotel2 mewah.. bak kata su lah.. bukan semua mak bapa tu kaya..

    ReplyDelete