HAPPY BIRTHDAY DEAR SELF

By Suhana Abidin - September 24, 2020



                                      

 Assalamualaikum . . .


21/09/2020 - 3 days ago was my birthday yang ke 25 . Not too young and not too old . Hahahahha . . . Excited nak share dengan korang apa surprise yang aku dapat hari isnin baru nie . Firstly , Alhamdulillah for another year of life . Alhamdulillah masih diberi peluang  untuk bernafas dan meraikan hari jadi yang ke 25 tahun nie . Thank you untuk yang masih berkawan , yang masih mengingati diri ini dan yang masih setia di sisi .


Commonly , setiap tahun aku akan celebrate birthday dengan kawan-kawan aku je since dah bertahun duduk jauh dengan family . Siapa yang follow blog aku dari dulu , memang akan tau siapa kawan-kawan yang aku maksudkan . Setiap sorang birthday memang kitorang akan celebrate setiap tahun dan akan buat gathering waktu chinese new year , chrismas dan bila-bila kitorang berlima free . Thank you for the birthday treat and i love all of you . Friendship since 2017 and still counting .



2017



2018 - before pergi bandung 



2019 - dayah dengan first baby dia 


2020 - semua makin mengembang dengan jaya 


Next , unexpected surprise daripada adik aku . Dia master mind untuk semua surprise nie dari A to Z . Ouhhh , i love youu my brother . First time sepanjang hidup aku dia surprise kan aku macam nie dan yupppp sangat surprise . Biasa aku yang selalu buatkan surprise untuk orang dan aku rasa bahagia bila tengok orang appreciate dan bahagia dengan apa yang kita buat walaupun sekadar hadiah yang murah , belanja makan tempat yang biasa-biasa . 


Mostly setiap orang akan terima wish birthday non-stop dari pagi sampai ke malam on our birthday kan .? Same goes to me . Dari pagi mood okey lagi dan my boyfriend pun awal-awal dah wish tapi bila waktu petang tu mood aku macam swing . Tak tahu kena rasuk apa mood rosak sangat . Balik kerja tu adik ada send whatsaap "Naa , kau sayang aku tak .? kalau sayang pegi siap cantik-cantik nanti aku balik amek kau . Nak keluar makan" . Dan aku jawab "Malas ! aku takde mood " . Adik aku dah start buat ayat touching sebab dia dah plan bagai nak rak tapi aku taknak keluar . Aku nie mood dah kelaut adik plak nak sentap aku taknak keluar . Demi taknak menghampakan dia , aku pun bermalasan la bangun siapkan diri . Pakai n makeup nipis ala kadar je . Like i said , takde mood kan . 


Adik aku dah siap reserved table n makanan dekat Rimba by Loft , jalan teluk sisek kuantan nie . AKu dah 2 3 kali pernah makan sini , dan okey la harga tak mahal sangat dan makanan pun not bad . Masuk je dalam restoren tu dia suruh aku jalan dia , dalam hati aku syak dah dia nak buat surprise dan record aku dari belakang . Sebab aku dah pro kan bab surprise nie . Cehhhhh !!! Hahaha . . Naik je tangga nak pergi table tingkat 2 tu dah ada music happy birthday . Aku still jalan dengan slumber sebab dah masak dengan surprise macam tu . Nak sampai je table kitorang tu aku nampak my boyfriend dan bestfriend aku ada . Weiiii , tu yang unexpected sangat . My boyfriend ada . Yes , He is ! Aku tak expect pun dia balik kuantan sebab dia off sehari je . And i'm crying . . . . Thank youuu baby susah payah gerak dari seremban ke kuantan untuk celebrate birthday i . 


Demi Allah , my boyfriend bukan jenis yang sweet dan less of common sense . Aku kadang terasa nak merajuk je dengan dia nie sebab dia tak sweet langsung . Tapi satu sikap dia yang aku puji , dia penuh dengan efford dan setia . Bayangkan aku friendzone dia dari 2017 sampai la tahun lepas . Lama babe aku halau dia suruh pergi cari perempuan lain yang much better dari aku since aku heartless kes kecewa teruk dengan ex boyfriend yang tak guna dulu . 4 tahun aku take time nak recovery hati yang kecewa nie . Aku tutup hati aku rapat untuk lelaki . Bab Trust ! Sorry , aku memang tak percaya lelaki langsung since that day . 


Alhamdulillah , Allah kurniakan aku boyfriend yang betul sayangkan aku dan masih setia ada dengan aku ups and down . Kalau nak cerita , banyak sangat benda buruk aku buat untuk sakitkan hati dia . Sebab aku tak boleh terima dia lebih dari kawan dulu . Tapi orang cakap jodoh tak kemana kan . Jodoh depan mata tak nampak , sibuk nak cari orang yang jauh . Kahkahkah . . . Last year aku belajar appreciate dia dan terima dia seikhlas hati memandangkan dia sangat setia dan show efford yang taktau aku nak describe macam mana . Tak payah la sibuk nak cari yang helokkkk rupa , sweet all the time , janji bagai boleh petik bintang tapi apa pun tak ada . End up korang tau korang kena curang . Aku cakap base on ape yang aku pernah rasa dulu . Terima kasih untuk pengalaman dan pengajaran dulu . Kalau takde semua tu , mana mungkin aku akan rasa bahagia dengan my boyfriend macam sekarang .


Back to my birthday surprise , adik aku gigih plan dengan my boyfriend dan bestfriend aku untuk buat surprise nie . Patut la aku tertanya-tanya kenapa si dayah nie takde wish birthday aku dari pagi sampai ke malam , rupanya dia nak wish depan-depan . kurang asam punya bestfriend . . you guys did it well . I'm crying . Tak sangka sangat korang semua sweet . Ada video aku menangis , segan nak share kat sini . Takpe la , cukup korang tau aku sangat terharu .





















Tak lupa jugak untuk family aku , yang sambut my birthday dari jauh . Diorang pun keluar makan western jugak malam tu dan duduk table yang ada background happy birthday sambil buat video call dengan aku . Ahhhh , thank you so much . Aku sayang semua . 


Untuk this 2 beautiful bestfriend since zaman study yang always ada dengan aku walaupun sekadar alam maya sebab sorang duduk temerloh sorang duduk JB . Diorang asyik tanya apa je barang yang tak settle lagi untuk majlis tunang aku bulan depan . Aku jawab la shawl aku tak beli lagi . Yang lain dah settle and taraaaaa . . . Tetibe semalam sambil tunggu barang shoppe aku , aku dapat hadiah shawl cantik brand Anis Zamri nie dari diorang . Sumpah cantik sangat . Aku lupa nak snap gambar shawl tu . Tapi sumpah cantik , warna maroon . Ikut tema majlis aku nanti . Berapa kali ntah diorang nie nak buat aku nangis . Handbeg hantaran pun diorang sponsor . Ya Allah , aku tak mintak lebih dah . Aku appreciate sangat persahabatan kita nie . Hope , long last . . .










Korang , tolong doakan urusan aku untuk bertunang dan mendirikan rumah tangga dipermudahkan . Thank youuuu . . .




15 Bawang Holland

  1. happy birthday..semoga majlis tunang berjalan lancar...

    bestnya ada best friends yg baik & prihatin..

    ReplyDelete
  2. Happy belated birthday! Semoga majlis tunang berjalan dengan lancar dan hubungan di bina bahagia sehingga jinjang pelamin dan ke syurga. Aamiin!!

    ReplyDelete
  3. happy belated birthday Sue..
    best sangatkan bila those people around us apprciate kita.

    ReplyDelete
  4. happy belated birthday dik...

    ReplyDelete

  5. singgah sini minum Ais Latte,jom ngeteh kat blog saya :D

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-bagi-kotak-misteri-pada-blogger.html

    ReplyDelete
  6. singgah sini..
    jom ngeteh kt blog saya

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/09/aku-bagi-kotak-misteri-pada-blogger.html?showComment=1601564593784#c8533046302495551267

    ReplyDelete
  7. Sekarang sudah jadi tunangan orang.
    Maaf lambat datang ke blog ini.
    Happy belated birthday.

    ReplyDelete
  8. makin besar ni makin dah tak kisah orang wish atau tak sebab memang selalu time besday xde sape akan wish except my mom tu pun kalau dia ingat. the rest, i keep it myself . dan bila makin meningkat dewasa ni rasa macam alah xpelah... tak dapat wish pun tak kisah. but bila tgk u punyer story ni rasa macam bestnya bila ada bestfriend macam ni.

    ReplyDelete
  9. walaupun dah lama berlalu... happy belated birthday ;-)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah dikelilingi dengan ramai kawan baik. Pandai dorang eh buat surprise untuk meraikan kawan tersayang. Happy belated birthday Sue. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Aaminn

    ReplyDelete