CIRI-CIRI SEPERTI AYAH !
By Suhana Abidin - November 27, 2019
Assalamualaikum . . .
Ayah ? Apa yang menarik tentang seorang ayah ? Kenapa Ayah selalu menjadi 'king' di hati setiap anak perempuannya ? Apa keistimewaan ayah sehingga ayah menjadi lelaki teragung dalam hidup setiap anak perempuan ? Benarkah ayah sentiasa menjadi pelindung keluarga dan sang puterinya ? Besar mana pengorbanan seorang ayah ? Banyak soalan tentang ayah yang kita boleh rungkaikan sendiri tanpa skrip atau rujukan bacaan dari mana-mana sumber .
Kenapa aku terdetik untuk coret sebuah entry berkaitan ayah nie adalah kerana sejak kebelakangan nie orang-orang yang rapat/dekat dengan aku acap kali bertanya soal "kahwin" , " calon jodoh " . Sesungguhnya jodoh tu datang apabila kita sudah bersedia dan semestinya pada waktu yang tepat . Siapalah kita untuk menentukan soal jodoh tu ? Makcik pakcik bawang ? Mereka bukanlah sesiapa yang kenal "siapa" diri kita . Jadi manusia yang sempurna tanpa sebarang dosa pun belum tentu kita mampu . Makanya , tidak perlulah mereka mengambil alih kerja Tuhan .
Redha adalah apabila kita berserah diri dan melepaskan sesuatu tanpa berharap kembali . Tiada sebarang harapan yang berbaki , tiada sisa sayang dan kasih , tidak simpan sebarang kenangan dan rindu . Mungkin konsep redha nie bercanggah pendapat dengan lain orang dan bergantung pada pengalaman dan akal masing-masing . Bagi aku , redha apabila kita tidak lagi berharap apa-apa pada dia dan berserah segalanya pada ketentuan ilahi . Ada orang cakap "aku redha" , tapi hakikatnya masih berharap dan selalu teringat akan kenangan yang lalu , masih lagi menyimpan segala gambar dan kenangan bersama juga .
Since clash dengan ex boyfriend yang aku rasa dan hampir 4 5 tahun berlalu , aku terus jadi tawar hati dan tak boleh percaya dengan mana-mana lelaki dah . MUNGKIN dulu aku terlalu berharap , terlalu percaya , terlalu sayang mengalahkan aku sayang Allah . Dan mungkin atas sebab-sebab tu jugak Allah jauhkan aku dari dia . Mungkin bagi dia 100% punca datang dari aku dan aku penyebab dia buat macam tu . Sis dah besheee dipersalahkan atas kesalahan orang lain . Indeed , tak semua lelaki macam tu dan aku dah lama move on , cuma hati aku turn off dengan lelaki yang nak lebih dari seorang kawan . Tipu laa cakap tak ada lelaki yang cuba ambil hati aku , ada sangat tapi semua aku friendzone . Aku tak tahu kenapa , aku dah lali dan jadi muak bila lelaki terlalu banyak janji , banyak bagi harapan . Biar la dia sebaik umat pun , hati aku tetap tak boleh nak anggap lebih dari kawan . Aku tak tahu la tawar hati nie akan berlarutan sampai bila .

Berbalik kepada tajuk , kenapa aku kaitkan ayah dalam entry nie ? Aku begitu kagum dengan ayah aku . Yes , aku sangat bertuah memiliki seorang ayah yang cukup sederhana . Sederhana macam mana ? Let me introduce my hero .
Ayah aku bukanlah berasal dari kalangan orang have-have , ayah aku cumalah seorang budak kampung yang berasal dari yan kechil , kedah . Ayah aku seorang yang sangat garang dan bermuka begis . Bagi aku la , sebab aku dah 24 tahun hidup dengan dia . Cara percakapan dia sangat kasar dan menengking sehingga kita yang berhati tisu boleh mengalir air mata . Dah letak mind set, ayah memang jenis bercakap kasar tapi dia tak berniat untuk menengking atau menyakitkan hati kita , tapi tu laaa lumrah seorang suhana yang berhati tisu . Selalu menangis bila ayah bercakap dengan nada menengking . Ayah seorang yang tak suka kehidupan di bandar ataupun makanan-makanan fast food . Even ajak masuk resto kfc pun dia akan tolak tapi dia tak halang anak-anak atau wife dia nak makan fast food . So, we all memang dah memahami cara ayah dan tak pernah compare pun ayah aku tak sporting macam ayah-ayah orang lain .
Serba sedikit pengenalan tentang ayah aku , sekarang tibalah masa untuk aku rungkai ciri-ciri lelaki yang aku idamkan untuk menjadi pasangan aku . Bukan memilih , cuma setiap orang ada kriteria idaman sendiri dan aku ada harapan dan keinginan aku sendiri nak mempunyai seseorang lelaki seperti ayah . Kenapa ? Tak perlu kaya dan berupa , cukup la dia ada sifat seperti ayah kecuali sifat begis tu 😂😂 . Kalah betul dengan orang garang-garang nie .
Aku dambakan seorang lelaki yang setia dan penyayang seperti ayah . Ayah jenis garang dan tak manjakan anak-anak dia . Even aku dan adik beradik lain pun tak berapa nak rapat dengan ayah macam orang lain yang siap boleh selfie sama-sama (tangkap gambar ramai-ramai pun ayah tak pandang camera) , dating dengan ayah , peluk cium ayah setiap hari . Big no for us . Kami hanya cium peluk ayah hanya pada pagi raya saat bermaaf-maafan , waktu dia hantar pergi sekolah dan waktu nak exam . Agak janggal nak berpeluk cium dengan ayah sendiri macam orang lain selalu buat . As i told before , ayah seorang yang garang .
Kenapa aku cakap ayah setia dan penyayang walaupun dia begis tahap dewa ? Bagi orang lain mungkin diorang akan nilai yang ayah aku bukan jenis ayah yang penyayang , sporting dan susah nak bawak berbincang . Bagi kami adik beradik tak , kau silap ! Bukan sepanjang masa ayah begis dan cakap menengking . Ada waktu dia cakap elok-elok ,berborak dan bergurau siap duduk tengok tv sama-sama lagi . Since 30 tahun lebih dia berkahwin dengan mak , dia tak pernah berenggang dengan mak . Kemana pun mak pergi , dia mesti teman walaupun dia jenis tak suka masuk hotel atau pergi formal event apa-apa . Demi mak , dia sanggup buang ego tu . Mak ada lesen kereta , ayah pun bagi support untuk mak ambil lesen kereta tapi ayah tak benarkan mak drive lepas dapat lesen tu . Ayah kata " selagi dia bernyawa , biar dia yang drive bawak mak nak pergi hujung dunia sekali pun " . Auchhhh , garang-garang pun sweet .
Sifat lain , ayah seorang yang bertanggungjawab dan bekerja keras . Ayah start ade kereta sendiri waktu umur aku 16 or 17 tahun macam tu . Waktu tu ayah mampu beli kereta saga lama je , sebelum nie kalau nak pergi mana-mana kami tumpang or mintak orang hantarkan . Atau pun naik motor or bas . Waktu tu aku ada jugak fikir , kenapa family aku susah dan kenapa family orang lain senang je siap ade 2 3 buah biji kereta ? Tu semua rungutan dalam hati je . Biasa la tak matang dan tak boleh fikir lagi time tu macam mana susah nak dapat duit even seringgit dengan hasil titik peluh sendiri . Tapi alhamdulillah , sekarang dah senang sikit . Rezeki mak ayah pun tak putus-putus . Ayah penat , ayah sedih , ayah menangis . Semua tu dia tak pernah tunjuk pun depan anak-anak . Demi Allah , sepanjang aku hidup , aku tak pernah sekali pun nampak ayah aku menangis walaupun waktu pagi raya . Kebalnya hati dia depan anak-anak . Dia sedih , marah semua dia tunjuk dekat mak sorang je . Mak je yang nampak dan tau semua tu . Tu aku tabik sangat sebab ayah sangat kuat .
Ayah serba boleh . Yes , aku nak lelaki yang serba boleh buat semua benda macam ayah . Dari bertukang kayu , bertukang paip atau handal membaiki semua barang dengan kemahiran "kampung" yang dia ada . Dah tentu kita boleh cut cost untuk upah orang . Aku nak lelaki yang tak akan merungut hidup kampung , suasana kampung yang tak berapa bersih dan rumah yang sempit .
Rahsia untuk tundukkan ego dan begis ayah aku tu hanya ada satu . CUCU ! Kakak aku je yang dah berkahwin antara kami adik beradik dan mempunyai 3 orang anak . Dari anak first sampai la anak nombor 3 semua rapat dengan ayah . Cucu kacau ayah tidur sebab kakak aku saja taknak buatkan susu untuk anak dia pun ayah sanggup bangun tolong buatkan susu . Cucu 'paw' ayah macam-macam kat kedai pun ayah sanggup bayarkan . Cucu balik kampung besan dia lama sikit pun setiap hari dia gelisah asyik suruh call nak cakap dengan cucu-cucu .

Kalau ayah ada semua ciri-ciri tu , kenapa mesti nak pertikaikan "wujud lagi ke lelaki macam tu ?" . Macam aku cakap , kita manusia buat kerja dan tugas manusia je , jangan sibuk nak pertikai kerja dan ketentuan Tuhan .
15 Bawang Holland
ayah ialah 1st man yang tunjukan makna kasih sayang & cinta.. :-)
ReplyDeleterindu kat arwah abah.. ='(
ReplyDeleteabah la hero kami..
al fatihah , semoga arwah abah sis di tempatkan di kalangan orang beriman .
Deletezaman sekarang ni, lelaki kita kena kenal kene teliti ramai je lelaki time couple baik yang amat dah kawin haram...
ReplyDeletemacam abah akak jugak, dia dengan anak-anak memang garan, garang sangat la sampai kalau dia dengar bunyi motor dia kami terus berkelakuan baik. Tapi dengan cucu memang dia kalah, dia tengah dengar radio klasik kegemaran, kalau aiyan tutup sebab nk tengok kartun pun dia tak marah... cucu kata nk balik kampung nk mainan, mesti dia beli, kalau nk main color-color siap set lengkap dia belikan.
kan .? garang dgn anak-anak . Tapi bila dengan cucu semua kalah . Budak tu nakal macam mana pun dia tetap manjakan .
DeleteBiasanya begitulah, dengan anak-anak ni bukan main menyiga, mai dapat ke cucu, cucu naik bahu pun boleh bergurau senda lagi.. Hebatkan kasih sayang ni..
ReplyDeletemungkin dgn cara garang tu lah dia tunjukkan kasih syg... ye laa org lelaki mn nk tunjuk romantik2 ni kan... tp ada bgs juga dia garang sbb dgn cara tu mungkin anak2 lbh dgr kata
ReplyDeletewehh ayah mana yg x sayang anak.. tapi ade kann.. cikkak khannns ;p
ReplyDeletetoday is my ayah's birthday ! hehe =D
ReplyDeleteHappy birthday ayah El , semoga di beri kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki .
Deletesedih pulak dengar cerita pasal ayah ni..emoga ayah su dan kawan2 kita sihat... ayah pengorbanan ny besar tapi die xpandai tunjuk perasaan sayang dekat anak dengan cara belaian kan su.. dgn cucu mmg cair..
ReplyDeleteAyah/abah memang hero kita. berusaha keras untuk mencari rezeki untuk family. Biasanya memang tegas dengan anak anak tapi dengan cucu memang manjakan sangat. terbukti benda tu :)
ReplyDeleteSaya doakan semoga saudari dipertemukan jodoh yang baik yang dapat menyenangkan hati ibu dan ayah saudari. Amin.
ReplyDeleteAbah memang idola setiap anak perempuan.. Tak akan ada lelaki lain yang boleh menyaingi kehebatan seorang abah..
ReplyDeleteSemoga sue berjumpa jodoh idaman hati bila sampai waktunya.. Aamiin..
last part tu, sama dgn abah aida.
ReplyDeleteabah sgt keras, strict, garang... tapi dgn cucu?
abis cair atok nyer dgn cucu!
kita plak tak boleh nak marah cucu dia tau :) hu hu hu hu...