SEMOGA DI PERMUDAHKAN URUSAN MAK
By Suhana Abidin - November 25, 2019
Setiap orang ada impian untuk menziarahi rumah Allah S.W.T dan makam Rasulullah S.A.W kan .? Begitu juga dengan mak aku . Dari tahun lepas lagi perasaan dia membuak-buak untuk mengerjakan umrah walaupun tahap kesihatan mak tidak berapa ok . Awal tahun hari tu pun on off je nak pergi or postpone . Dalam bulan july hari tu dia dapat tahu kawan-kawan dia pun ramai nak pergi solo juga dan Alhamdulillah rezeki mak ayah tahun nie tak putus-putus . So terus mak daftar untuk join umrah hujung tahun nie .
MY MOM |
This time mak pergi 'solo' dengan kawan-kawan dia . Mak ambil pakej umrah dari trusted wakil agent Cik Jalilah (mak kawan aku) , De Mawardah travel & tour sdn bhd , dengan harga tambah tolak 7k per pax (all in) . Kalau tengok harga agak mahal untuk pakej umrah , tapi bagi aku berbaloi untuk mak aku yang dah tua , jarak hotel ke masjid dan tempat-tempat lain dekat , dan ada orang untuk tolong angkat barang dari Madinah ke Mekah . Dah beberapa tahun Cik Jalilah jadi wakil agent untuk syarikat nie dan rezeki Cik Jalilah juga setiap tahun dapat pergi Haji dan Umrah bawak orang kampung . Alhamdulillah .
MY KING & QUEEN |
Ayah tak join sebab dia ada beberapa urusan lagi kat kampung , kalau dia ikut tapi hati sibuk teringat hal-hal kat kampung mesti tak best kan .? Rugi la umrah tu nanti jadi sia-sia . Mudah-mudahan next time satu keluarga dapat jejakkan kaki ke Tanah Haram .
So , 23 Nov jam 4.25 pagi Sabtu lepas adalah hari keberangkatan mak dan anggota jemaah yang lain ke Umrah . Lepas solat asar 22 Nov , Kami satu keluarga 'konvoi' hantar mak ke Airport dan teman mak kat sana sampailah mak lepas dari pemeriksaan passport dan hilang dari pandangan mata kami .
Sewaktu di airport , kira-kira 2 jam sebelum pemeriksaan passport aku pergi pusing-pusing KLIA level 5 tu dulu dengan mak aku , kaki mak krem tiba-tiba . FYI , mak memang ada problem dengan kaki dia . Beberapa tahun lepas lagi seminggu nak kenduri kakak aku , mak terjatuh kat longkang depan rumah . Waktu tu mak tengah cuci kawasan rumah . Tulang lutut dia teralih dan sejak tu mak ada problem dengan kaki dia . Berdiri lama sangat tak boleh , duduk lama sangat pun tak boleh . Mak dah prepare minyak angin tapi semua dalam luggage , dan waktu tu dah check in luggage . Mujur la guardian tak jauh dengan tempat mak aku sakit kaki tu . Aku pun berlari la pergi guardian beli spray salonpas dan counter pain untuk sapu dan urut dekat kaki mak . Dalam 10 minit jugak la dia terduduk kat tengah-tengah jalan tu sebab krem sangat-sangat . Ayah pun datang rushing tolong urut kaki mak .
Alhamdulillah lepas je urut tu , kaki mak dah baik semula sampai la tiba di Madinah . Risau jugak nak biar mak pergi dengan keadaan mak macam tu , tapi kami tawakal dan doa banyak-banyak semoga Allah permudahkan urusan , lindungi dan beri kesihatan yang baik sepanjang mak berada kat sana .
24 nov , Magrib waktu Malaysia semalam mak whatsaap kami adik beradik . Alhamdulillah perasaan lega sangat lepas mak whatsaap tu . At least dapat tau khabar dan keadaan dia kat sana . Semalam mak cerita kaki dia krem lagi waktu pagi tu , tapi ada kawan-kawan sebilik dia yang tolong . Kawan-kawan dia pun tak tinggalkan dia . Cuma sewaktu nak masuk ke Raudah , mak susah nak bernafas dan hampir terjatuh sebab orang terlalu ramai dan berpusu-pusu untuk masuk ke Raudah . Seperti yang sedia maklum Raudah memang menjadi tempat idaman setiap orang yang mengerjakan haji dan umrah . Untuk yang terlupa atau yang tidak tahu , Raudah adalah taman syurga yang kekal di dunia dan terdapatnya makam Rasul di dalamnya di bawah kubah besar berwarna hijau . Perasaan setiap orang yang berjaya memasuki raudah adalah perasaan yang 'priceless' dan tidak dapat di gambarkan .
Hari nie baru masuk hari kedua mak kat sana , aku pulak yang teruja lebih dia hantar gambar-gambar kat sana . Semoga kita semua dapat jejakkan kaki ke sana satu hari nanti .
Semoga mak terus sihat dan kuat untuk melakukan amal ibadah dan pulang dengan selamat . We already miss you mak . Tempek gambar kat sini buat kenangan first Umrah mak .
KEMAHINNN BELANJA LOBANG HIDUNG 😅 |
20 Bawang Holland
Semoga sihat dan dapat melaksanakan umrah dengan sempurna. Amin. Insya Allah.
ReplyDeleteThanks :)
Deletesemoga mak dapat menjalani ibadah umrah dengan sempurna
ReplyDeleteThanks:)
DeleteAlhamdulillah. beruntung menjadi tetamu Allah dan jejak kaki ke tanah suci. Semoga segala urusan dipermudahkan, diberikan kesihatan yang baik dan semoga ibadah diberkati Allah. Aaminnn
ReplyDeletesama²..Moga ada rezeki juga untuk kita ke sana nanti. Aaminn...
Deletebestnya dpt g umrah..
ReplyDeletearap ade rezeki sy jgk..
semoga dipermudahkan segala urusan mak awk kat sana.. =)
Thanks :)
DeleteAlhamdulillah dapat kerjakan umrah. ^^
ReplyDeleteSemoga urusan mak Sue dipermudahkan. Semoga selamat pergi dan kembali. ^^
Semoga dipermudahkan segala urusan mak sue dekat sana. InsyaAllah one day giliran kita pulak hehe aamiin
ReplyDeletewah bestnya. semoga dipermudahkan segala urusan dan ibadah mak awak semasa di sana :)
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan umrah mak Sue & diberi kesihatan yg baik..
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan mak di tanah suci
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan ibu. Salam perkenalan 😃
ReplyDeleteaamiin selamat pergi dan kembali serta mendapat umrah yang mabrur buat mak Sue
ReplyDeleteSemoga mendapat umrah yang Maqbul
ReplyDeletesemoga beroleh umrah mabrur...
ReplyDeletep/s boleh pula ayah berenggang dgn mak kali ni ya? hehehehe
Alhamdulillah. Moga urusan umrah mak awak berjalan sebaik-baiknya. Aminn....
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Semoga Allah permudahkan urusan umrah Mak awak..
ReplyDelete