REVIEW FILEM WAR (HRITHIK ROSHAN & TIGER SHROFF)

By Suhana Abidin - December 09, 2019

Assalamualaikum . . .

Memandangkan tinggal 3 hari lagi sisa waktu untuk aku bersuka ria sebelum memulakan kerja di tempat baru , aku ternampak banyak pages di facebook  memuat naik gambar si kacak Hrithik Roshan dan Tiger Shroff nie minggu lepas . Eh , aku belum lagi tergolong dalam gadis-gadis yang mudah bergetar ovari  kalau tengok artis kacak-kacak nie . Kita beshee-beshee je . So , aku terus download dan tengok filem nie .




HRITHIK ROSHAN

TIGER SHROFF



Rating aku untuk filem nie adalah  ★★★★ (4/5) . Action filem yang menggandingkan 2 hero kacak dan hebat dalam 1 filem bukanlah suatu yang mudah . Bagi aku , both Hrithik dan Tiger membawa watak dengan baik dan penuh efford . Untuk yang minat action filem boleh la tengok filem nie . Tak bosan cuma akan confuse untuk setengah part . Sebab ada plot twist dalam cerita nie antara Tiger dan watak jahat yang lain . 



Filem ini bermula dengan Major Kabir (Hrithik) , seorang agent perisikan terbaik di India yang bertukar menjadi pembelot . Manakala , Captain Khalid ( Tiger) adalah anak didik kepada Kabir mencari cara untuk menghentikan Kabir dari terus membunuh dan mencari tahu mengapa Kabir memilih untuk mengkhianati negara . Hubungan antara Kabir dan Khalid juga tegang kerana Kabir menganggap Khalid adalah sama seperti ayahnya yang menjadi pengkhianat negara . 

Kabir merancang untuk membunuh dalang jenayah - Ridwan Ilyyasi yang merupakan seorang bisnessman merangkap penjenayah . Usahanya sudah hampir berjaya tetapi telah di gagalkan oleh 'pembelot" dari pasukan khasnya , Saurabh . Saurabh merupakan seorang perisik india dan salah seorang anggota pasukan khas yang diketuai oleh Kabir . Walaubagaimanapun  , Saurabh telah menjadi pembelot dan membantu penjenayah dengan memberi setiap maklumat risikan kepada Illyyasi . Saurabh telah menerima tawaran sebayak $ 100 million untuk membantu penjenayah tersebut . 

Kabir ada sebab tersendiri mengapa dia memilih untuk menjadi pembelot dengan membunuh orang-orang yang di anggap tidak bersalah oleh kebanyakan anggota perisik . Siapakah PION yang sebenar .? Untuk menjawab soalan tu , korang kena tengok filem nie sendiri . Bagi aku agak menarik ada unsur agama , plot twist yang kadang-kadang buat kita keliru , kekeluargaan , cinta akan tanah air dan adegan bunuh membunuh . Ada yang menganggap filem ini memaparkan sisi lain agama islam , bagi aku tak pun dan aku tak nampak ada yang memburukkan agama islam dalam filem nie . Mungkin yang komen tu hanya tengok trailler tak tengok full filem .

Filem ini berdurasi 2 jam 36 minit . Dah banyak web untuk menonton streaming atau download . Boleh refer entry aku yang sebelum nie kalau taktau nak download dekat web mana secara FREE


23 Bawang Holland

  1. Lamanya tak tengok filem hindustan.. hehehe

    ReplyDelete
  2. eh tiger shroff ni anak jackie shroff ke ea?
    muka dia iras-iras je hehe
    fuhhhh plot twist mcm kena tgk ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul ana . Anak jackie shroff .
      Anak beranak famous , pelakon hebat .

      Delete
  3. wow! Cam menarik. Lama jugak tak layan movie bollywood yang best. Bookmark sesiap pasni boleh tengok. Tq share :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila-sila . Kena tengok tau sis . Bagi saya filem baru 2019 hrithik yang nie lagi best dari super 30 . Maybe sebab action filem kot .

      Delete
    2. Super 30 tak sure dah tengok ke belum..kena tengok tu dulu kot kan..baik, dah bookmark war ni.

      Delete
  4. Baru nak tanya, Tiger Shroff tu anak Jackie Shroff? Dah tahu ni Kena tengok la cerita ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti tengok ! Bapak dengan anak sama-sama hebat belakon . Dah la handsome 😂😂

      Delete
  5. Wehhh sue dah tengok ke? Nak tengok jugakk. Hari tu ada baca pasal movie ni dekat blog Farhana Jafri, tapi time tu baru release kut so takde lagi online. Nanti nini nak tengok jugak hehe. Handsome gilaa urgh XD

    ReplyDelete
  6. Tiger anak Jackie Shroff ke? Handsome gilaaaaa 😂. Aduh, akak semangat tengok hindustan sebab nak tengok hero je.

    Tapi movie genre action memang antara genre yg akak minat jugak. Jadinya terpaksa rela cari ni..

    ReplyDelete
  7. Sekarang film hindustan dah takde dah acara guling atas rumput.. selendang terbang melayang.. tarik-tarik kain... Banyak keluar action-action mantap macam gini.. Haih nak kena cari ni..

    ReplyDelete
  8. mcm lama tk tgk cite hindustan..hrithik roshan tu pernh tgk cite yg die berlakon dgn preti zinta

    ReplyDelete
  9. salam..

    suka belajar bahasa hindi and urdu.
    tp kurang suka tgk cerita hindi.
    kalau tgk pun suka films yang concept lama tu. hehehe..
    apa2 pun depa ni cantik2 dan hensem2 kan.

    ReplyDelete
  10. Tiger Shroff tu anak Jackie Shroff ke? ensem giler..lama dah tak tengok citer Hindustan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul SA . Tiger tu anak Jackie . Handsome kan .? Tu punca utama terjebak tengok filem nie . Hehehe .

      Delete
  11. waalaikumussalam. Allahu dah lama takda tengok hindustan hat baru2 ni. selalu dok layan lagu ja kat youtube. haha

    ReplyDelete
  12. macam best je. kene cari juga la lepas ni. terima kasih atas reviewnya

    ReplyDelete
  13. kalau ada d Netflix memg abe kie tengok la.

    ReplyDelete
  14. ehh hensem tiger shroff... patut macam penah dgr surname shroff anak jakie shroff ghupeny.. hehe

    ReplyDelete
  15. Wow! dedua hero handsome. Dah lama tak layan Hindi since KDrama melanda.
    Tiger shroff boleh nampak sangat muka copy paste Jackie Shroff nya tu ngeh! ngeh! ngeh!

    ReplyDelete
  16. hensem.
    tu yg menarik perhatian aida utk tonton.
    tq for sharing :)

    ReplyDelete