START FROM BEGINNING .

By Suhana Abidin - December 15, 2019


Assalamualaikum . 


Musim hujan kan sekarang . Kuantan nie dah 2 hari hujan dari dari pagi ke malam . Tempat korang macam mana pulak ? Huhh , agak lama menyepi . Maaf tak sempat jelajah blog kawan-kawan . Nanti ada masa , aku drop komen yaa . 

Belanja selfie sikit 🤣


Dah 3 hari aku start kerja di tempat baru . Ramai jugak yang concern pasal aku rupanya . Heheheh , termasuklah mak ayah aku . Salah satu ayat famous adalah "macam mana kerja ? Okey tak ? Boleh bawak tak ? " . Thank you for those yang masih ambil berat pasal aku . For now semua masih ok dan baik-baik je . Officemate semua ok walaupun tak banyak bercakap . Ye laaa , aku sorang je malay girl dalam tu . Yang lain semua chinese . Alhamdulillah officemate aku ramai je chinese yang boleh cakap malay . So tak big deal untuk aku . Aku dapat team account . Cuma leader team account aku tu je made in china . So dia memang tak faham satu habuk cakap melayu . 

First aku dapat kerja sana , aku memang dah mentally prepared yang akan ada masalah communication nanti . Tapi diorang cakap takpa , boss and leader diorang yang approved untuk ambil malay bekerja dalam office tu . So aku dah keluar dari zon selesa . Mencuba dan menimba pengalaman baru start dari bawah . Hopefully keadaan sekarang berkekalan hendaknya . 

Ohh yaa , since aku dah start kerja baru nie memang memerlukan tidur yang cukup . I mean tidur awal dan bangun awal . Untuk yang dah lupa atau yang tak pernah tahu , aku memang sejenis manusia yang susah nak tidur awal . Masuk bilik tutup lampu , off hp dalam masa 2 jam 3 jam pun belum tentu boleh terlelap . Degilkan mata aku . . . 😪 So kebetulan aku terjumpa satu article nie dalam facebook , so aku follow la cara baru . Dan guess what ? Cara nie menjadi . Memang akan membuatkan kita cepat tidur . So aku dengan berbesar hati share cara nie dengan korang yang ada masalah sama dengan aku . 


Mungkin ada orang tak boleh guna cara nie . Macam aku jugak , orang buat aktiviti untuk penatkan badan supaya cepat tidur , tapi dengan aku tak menjadi . Joging 10 round setiap petang pun tak boleh buat aku tidur awal . Bab permakanan , sama jugak . Aku pantang nescafe , minum susu sebelum tidur pun tak menjadinyaaa . . So kaedah ada banyak , cuma kena try satu persatu untuk tengok keadaan badan kita serasi dengan cara yang mana . 

P/s : Untuk my previous post review filem War , ramai yang tanya tiger tu anak jackie shroff ke ? Yes , betul . Tiger anak jackie . Family dia semua cantik-cantik dan handsome-handsome . Mak dan adik perempuan tiger pun kemain cun . 



16 Bawang Holland

  1. All the best Sue.. semoga dipermudahkan segala urusan sue :)

    ReplyDelete
  2. Goodluck untuk keje awakkk. Dan semoga lepas ni tidur awak lenaa lah ye dikk ;)

    ReplyDelete
  3. Happy for you semua okay kat tempat kerja baru. Alhamdulillah dah ada penyelesaiannya mudah tidur tu. Boleh tidur awal dan tidur pun lebih berkualiti gitu kan :)

    ReplyDelete
  4. tahniah on new job
    . keep it up .. aminn

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dapat sesuaikan tempat baru. Sini kat Melaka pun 2 hari human berturut-turut.
    Sekarang ni tidur pakai stokin ye? Saya kalau penat memang zzz je.

    ReplyDelete
  6. moga di permudahkan semuanya di tempat kerja baru... pelan-pelan sue tryla belajar bahasan mandarin heheh memudahkan kerja kan untuk berkomunikasi dan kot-kot depa ngumpat boleh la paham

    akak ni jenis yang kul 9 malam dah mula nguap, senang cerita baring je boleh lelap lah akak nih...

    ReplyDelete
  7. oh pakai stokin tidur lebih cepat ye...skarang musim ujan sejukkkkkkkk..syok aje tido..mls nk bgn hehe

    ReplyDelete
  8. hey org kuantan! sye org pahang! temerloh hehe..selalu je turun kuantan..jomm jumpaaa

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Memang kuantan kerap hujan dalam minggu ni. biasalah tu dah masuk musim tengkujuh. harap-harap tak berlaku bah. Moga dapat sesuaikan diri dan menikmati momen indah di tempat kerja baru..

    ReplyDelete
  10. Tahniah! dah kerja di tempat baharu.
    Be positive and InSyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...da start keje baru.hopefully envirenment bertambah frendly dan bahagia.. dpt bos yg baik mmg mmbahagiakn

    ReplyDelete
  12. dari kecik, mak aida memang ajar kami tido berstokin, sue.
    now, praktikkan utk anak-anak aida.
    asben pun sekaligus :)
    nyaman skit kalau-kalau selimut terlepas dari badan, kan :)
    lena tidur.

    ReplyDelete
  13. melaka pun dah masuk 5 hari sejuk.
    terasa mcm kat cameron highlands.
    stroberi jer takde :) hi hi hi...

    ReplyDelete
  14. sama lah tidur nk kena ada selimut dan ptg2 mesti hujan.. semoga dipermudahkan urusan kerja

    ReplyDelete
  15. Sejuk sangat2 skrg. hehe . betul tak semua org kena dgn cara tu.

    ReplyDelete