Assalamualaikum . . .
Tanggal 16 jan 2020 , tamatlah azab seorang lelaki bernama Aizat sebagai salah seorang pelatih program latihan asas kepolisian (PLAK) bil 22 siri 6/19 . Tamat sudah sengsara selama 6 bulan di pulapol segamat . Tahniah sayang , you made it ! Aku bangga dengan kau .
Aizat nie dulu crush aku , knowing him since 3 years ago dari zaman dia kerja kilang accessories phone . Bak kata dia 'terpanah dek panahan pandangan pertama' . Ciss , lelaki mulut manis memang begitu . Berjanji sumpah setia bagai boleh petik bintang .
Panjang dan agak kesian kat dia kalau nak cerita sepanjang persahabatan aku dengan dia nie . Banyak kali kena friendzone dek kerana aku tawar hati dengan lelaki sejak clash dengan ex zaman purba tu . Malas la nak mention , awek dia selalu stalk life aku . Bodoh sangat aku rasa , dah puas stalk lepas tu nak sakit hati . Dah kalau sakit hati diri sendiri je tak apa la , nie sampai aku balik yang nak kena blame macam-macam dengan ex aku tu . Tak tahu nak cakap sejenis pasangan macam mana diorang nie . Korang rename la sendiri nama pasangan macam tu .
Back to cerita aizat , banyak kali aku reject dia . Aku hanya boleh anggap dia kawan baik je . Pernah beberapa bulan sebelum dia dapat panggilan masuk pulapol aku too stress dengan dia . Dan dia pun 'half phyco' sebab aku tak angkat call dia , tak reply msg dia , halau dia time dia datang rumah and yup aku maki hamun dia macam-macam . Sebab aku betul taknak mana-mana lelaki ganggu aku time tu . Aku terlalu takut benda terjadi untuk kali kedua . Benda apa ? Kena curang , kena tipu hidup-hidup !
Aku dan aizat memang always together . Susah sama-sama , senang sama-sama . Kalau aku ada masalah aku akan mintak tolong dia dan dia pun begitu juga . Aku kenal family dia , dia pernah bawak aku makan dengan family dia juga . Macam-macam aku buat kat dia supaya dia benci aku dan move on cari perempuan yang lebih baik dari aku , tapi dia stay tunggu dan ada dengan aku ups and down . Tak pernah aku tengok dia contact perempuan lain , jumpa perempuan lain . Aku pun taktau sekarang macam mana aku boleh lembut hati terima si aizat nie dengan hati yang terbuka . Sebulan sebelum dia masuk pulapol aku dah cool down dan boleh terima dia . Aku nampak dan appreciate efford dia . Nampak ikhlas . Mungkin Allah dengar doa-doa dia untuk lembutkan hati aku , dan mungkin juga doa dari seorang ibu yang baru balik dari selesaikan umrah bulan lepas . Aku mintak mak aku doakan jodoh yang terbaik untuk aku sewaktu di jabal rahmah .
Mungkin ada yang akan pertikaikan . Kenapa dulu taknak terima dia ? Sebab dia kerja kilang ke ? Sekarang dia dah jadi polis baru nak terima ke ? ? Aku mampu gelak je kalau ada yang tanya soalan tu . Orang luar tak pernah dan tak akan tahu apa yang sedang kita rasa dan alami . Bagi aku mungkin dulu setiap hari jumpa dia , bosan , menyampah , sakit hati bila ada dia depan mata . Now bila dah 6 bulan tak jumpa , susah nak on call baru nak rasa rindu dan menyesal sebab dulu pernah layan dia teruk . Alhamdulillah , sekarang aku dalam perancangan untuk bertunang dengan dia . Doakan semoga urusan kami dipermudahkan .
Tapikan , aku macam taknak tunang lagi 🤣🤣🤣 aku nak stabilkam diri masing-masing dulu . Maksudnya aku nak tengok dia berjaya dalam kerjaya dia dulu sambil-sambil kumpul duit . Kalau tunang sekarang , aku risau akan ambil tempoh yang lama untuk dia simpan duit . Aku sumpah takut dugaan tunang . I've seen kawan-kawan aku yang putus tunang dan kawen dengan orang lain atas masalah-masalah tertentu . Kesian sangat . So aku taknak bertunang lame . Better suaikan diri dengan kerja baru dahulu dan stabilkan kewangan . Then baru fikir tunang or next step . Tapi tu laaa , si aizat yang nak bertunang awal . Sebab dia risau kena posting jauh . Haaa , result posting malam nie baru keluar dan aku pun still tak dapat update apa-apa lagi dari dia . Hopefully yang dekat-dekat la . Jangan dapat sabah sarawak sudah . .
Doakan semoga hubungan kami berpanjangan . Andai dia benar jodohku , maka satukan kami dalam satu ikatan yang SAH ! Amin .