SOMEONE PLEASE KILL MY OFFICEMATE !

By Suhana Abidin - January 14, 2020

Assalamualaikum . . .

Dah kenapa pulak nak bunuh membunuh nie ? Hmm , alkisahnya aku kan baru je tukar kerja dan dah masuk sebulan 2 hari . Macam mana office baru ? Hampehhhhh ! Rasa menyesal pun ada resign office lama walaupun gaji kecil . 

Indeed , kalau kita pilih gaji hanya gaji saja yang menarik . Kalau kita pilih persekitaran dan suasana kerja yang baik kita akan dapat suasana yang bagus . Jaramg sangat la jumpa orang yang perfect dapat boss baik , suasana kerja bagus , gaji tinggi . 

Kenapa aku mintak orang bunuh officemate aku tu ? Korang tau tak , aku dah tak ada semangat nak pergi kerja setiap hari sebab dia . She just 20 y/o tapi feeling like a boss kat situ . Mentang-mentang dia la yang paling lama kerja kat situ , langsung tak ada respect orang lain . Actually ramai yang kerja situ tak tahan dengan perangai harommm dia . Dia nie chinese dan sejenis yang setiap hari emosi tak stable . Ikut suka hati mak bapak dia je nak marah sesiapa . Where's the hell she come from ?  Then kalau nak panggil orang lagi tua dari dia pun , dia jerit-jerit je . Yeee la , kesayangan boss . 

Paling aku tak suka , dia suka cakap kurang ajar dengan supplier , customer neither on call or face to face . Sangat biadap ! Pernah 2 minggu lepas dia kena sound dengan customer indian sebab kurang ajar sangat cakap menengking . Semua orang cakap baik-baik dengan dia , tapi dia jawab macam mintak kaki . 

Aku yang assistant dia pun dah tak tahan dengan dia . Dia tak pernah marah aku tapi perbuatan dia tu kita boleh tau . Kalau aku ada tersilap buat kerja sikit , dia tak bagi tau tapi dia buat cara memberontak which is dia akan hempas-hempas kertas , merengus banyak kali , muka buat ketat je . Eh hello , ada mulit boleh tegur la apa salah aku . Tak perlu buat macam tu , buat orang sakit hati . 

Dia cukup puas hati bila orang takut dengan dia . Pernah aku dengar dia cakap dengan senior accountant "  budak tu pun dah rasa takut" . Dia cakap merujuk kepada budak logistic tu . Ya Allah , rasa macam keluar mulut buaya masuk mulut harimau je sekarang . Sebenarnya tak ada orang takut pun dengan dia , yang mana masih stay kerja sini hanya satu sebab je . Sebab company tu offer gaji tinggi , so diorang semua buat sado hati je . 

Aku kadang pressure sangat , time aku moody dengan dia memang aku buat muka cipanziiiii aku jugak la.  Time tu dia pun tak berani tegur aku atau tambah kerja aku . Apa dia ingat , dia sorang saja boleh buat muka marah . 

Tak mintak lebih pun , cuma respect each other . Environment akan jadi lebih calm dan best kalau dia ubah perangai . No matter how long you've been there , its about respect , be kind to other and make a better environment . Moga hati aku terus kuat , kalau tiba-tiba aku decide tukar kerja tu means aku dah tak sekuat sekarang . Yelaaa , siapa boleh tahan tiap hari nak face perangai dia , dengan kerja dari pagi sampai petang belambak . Sumpah stress sangat sekarang , sikit lagi nak cacat otak dengan masalah yang ada . 

Btw , last week aku dapat call dari SPA PAHANG dan aku shortlisted untuk interview jawatan penolong pentadbir kewangan 22hb nie . Hopefully ada rezeki dekat situ . Kawan-kawan please wish me luck . Aku appreciate setiap doa dan tips interview kerajaan dari  korang . Thanks . . 

13 Bawang Holland

  1. wow, itu staff memang minta kaki sungguh. Btw, all the best for interview SPA. Aien tak ada pengalaman, cuma dgr orang cerita, banyakkan membaca isu-isu semasa dalam dan luar negara. mungkin iyanya boleh membantu ^^ Good luck!

    ReplyDelete
  2. Good luck for the interview..dpt ofismate from hell mmg sgt2 stress..byk2 bersabar..

    ReplyDelete
  3. moga di permudahkan untuk kerja kat gomen tuh dik, walaupun mungkin kerja sebagai pen pentadbir kewangan tu nanti tak sebanyak gaji sekarang, tapi insyallah lebih memudahkan kerja... persekitaran kerja harapnya lebih ok... selalu kalau opis gomen ramai melayu...

    kalau akak la tensen betul dapat kawan seopis yang perangai gitu, jenis tak reti nk hormat orang lain baik muda atau tua... susah

    ReplyDelete
  4. kat mane2 keje pon mesti ade sorg dua prngai mcm mtk maki mtk kaki mtk segala benda mtk.. haha
    sbb dia sorg la kita rs mls nk keje..
    prngai leklok skit xblh ke.. jgn sbb dia lama kat situ dia blh buat sukati dia je.. geram plak sy.. haha
    nt IV leklok.. insyaAllah ade rezeki dpt la.. =')

    ReplyDelete
  5. Harap dapat kerja yang baik. Segala baik-baik. Amin.

    ReplyDelete
  6. Alahai bertabah la ye mana2 tempat pun Ada org MCM ni

    ReplyDelete
  7. hai sue. aduhai memang jadi tak best bila surrounding mcm tu & ada rakan sekerja pulak mcm tu perangai. itu salah satu sebab akak masih bertahan kerja sekarang walaupun dah masuk 10 tahun..

    ReplyDelete
  8. good luck untuk next interview. banyak kan baca doa . :)

    ReplyDelete
  9. Ya Allah kenapalah hantu sangat perangai, sepanjang baca entry ni rasa nak carut je.
    Kalau saya, saya pun geram.
    Apa2 pun semoga berjaya untuk interview with SPA Pahang. Dapat situ pun lagi bagus! hahahaha

    ReplyDelete
  10. memang ramai org mcm tu , saya sndiri pun geram hehehe . sabar ja la

    ReplyDelete
  11. Menyampah juga kalau ada orang bajet level level bos ni. kaki ampu boss konon kesayangan lah tu ada kuasa. hopefully ada rezeki sue dapat interview SPA kerja tempat baru. Aaminn

    ReplyDelete
  12. Hermm bertabahlah. tp sama la dgn office iolls pun chinese jenis takmatang macamtu, emo lebih, acah bagus. tapi ktorang buat cara psikologi.. iaitu bila dia mengarah bukan bukan, kitorang buat mcm layan tak layan dan buat muka menyampah. atau bila lunch or makan ke etc, ajak je member cina, melayu, india lain tapi tak ajak dia..Janji dia dengar dan nampak situasi tu hahhaha .bossy sgtt, mengalahkan boss kan. alik alik taklama tu, dia yang blah sendiri dan minta ke branch lain under company. Allahu amab hidup ktorang. alhamdulillah. biasa jenis macamtu, sebab spesis TAK MATANG,CHILDISH. so jgn give up ok sebab gaji pun tinggi tu. rugi melepas gaji sebab manusia bebudak takcukup mental gtu.

    ReplyDelete
  13. Hermm bertabahlah. tp sama la dgn office iolls pun chinese jenis takmatang macamtu, emo lebih, acah bagus. tapi ktorang buat cara psikologi.. iaitu bila dia mengarah bukan bukan, kitorang buat mcm layan tak layan dan buat muka menyampah. atau bila lunch or makan ke etc, ajak je member cina, melayu, india lain tapi tak ajak dia..Janji dia dengar dan nampak situasi tu hahhaha .bossy sgtt, mengalahkan boss kan. alik alik taklama tu, dia yang blah sendiri dan minta ke branch lain under company. Allahu amab hidup ktorang. alhamdulillah. biasa jenis macamtu, sebab spesis TAK MATANG,CHILDISH. so jgn give up ok sebab gaji pun tinggi tu. rugi melepas gaji sebab manusia bebudak takcukup mental gtu.

    ReplyDelete