CONGRATS SAYANG !

By Suhana Abidin - January 16, 2020


Assalamualaikum . . . 


Tanggal 16 jan 2020 , tamatlah azab seorang lelaki bernama Aizat sebagai salah seorang pelatih program latihan asas kepolisian (PLAK) bil 22 siri 6/19 . Tamat sudah sengsara selama 6 bulan di pulapol segamat . Tahniah sayang , you made it ! Aku bangga dengan kau . 


Aizat nie dulu crush aku , knowing him since 3 years ago dari zaman dia kerja kilang accessories phone . Bak kata dia 'terpanah dek panahan pandangan pertama' . Ciss , lelaki mulut manis memang begitu . Berjanji sumpah setia bagai boleh petik bintang . 

Panjang dan agak kesian kat dia kalau nak cerita sepanjang persahabatan aku dengan dia nie . Banyak kali kena friendzone dek kerana aku tawar hati dengan lelaki sejak clash dengan ex zaman purba tu . Malas la nak mention , awek dia selalu stalk life aku . Bodoh sangat aku rasa , dah puas stalk lepas tu nak sakit hati . Dah kalau sakit hati diri sendiri je tak apa la , nie sampai aku balik yang nak kena blame macam-macam dengan ex aku tu . Tak tahu nak cakap sejenis pasangan macam mana diorang nie . Korang rename la sendiri nama pasangan macam tu . 
Back to cerita aizat , banyak kali aku reject dia . Aku hanya boleh anggap dia kawan baik je . Pernah beberapa bulan sebelum dia dapat panggilan masuk pulapol aku too stress dengan dia . Dan dia pun 'half phyco' sebab aku tak angkat call dia , tak reply msg dia , halau dia time dia datang rumah and yup aku maki hamun dia macam-macam . Sebab aku betul taknak mana-mana lelaki ganggu aku time tu . Aku terlalu takut benda terjadi untuk kali kedua . Benda apa ? Kena curang , kena tipu hidup-hidup ! 
Aku dan aizat memang always together . Susah sama-sama , senang sama-sama . Kalau aku ada masalah aku akan mintak tolong dia dan dia pun begitu juga . Aku kenal family dia , dia pernah bawak aku makan dengan family dia juga . Macam-macam aku buat kat dia supaya dia benci aku dan move on cari perempuan yang lebih baik dari aku , tapi dia stay tunggu dan ada dengan aku ups and down . Tak pernah aku tengok dia contact perempuan lain , jumpa perempuan lain . Aku pun taktau sekarang macam mana aku boleh lembut hati terima si aizat nie dengan hati yang terbuka . Sebulan sebelum dia masuk pulapol aku dah cool down dan boleh terima dia . Aku nampak dan appreciate efford dia . Nampak ikhlas . Mungkin Allah dengar doa-doa dia untuk lembutkan hati aku , dan mungkin juga doa dari seorang ibu yang baru balik dari selesaikan umrah bulan lepas . Aku mintak mak aku doakan jodoh yang terbaik untuk aku sewaktu di jabal rahmah . 
Mungkin ada yang akan pertikaikan . Kenapa dulu taknak terima dia ? Sebab dia kerja kilang ke ? Sekarang dia dah jadi polis baru nak terima ke ? ? Aku mampu gelak je kalau ada yang tanya soalan tu . Orang luar tak pernah dan tak akan tahu apa yang sedang kita rasa dan alami . Bagi aku mungkin dulu setiap hari jumpa dia , bosan , menyampah , sakit hati bila ada dia depan mata . Now bila dah 6 bulan tak jumpa , susah nak on call baru nak rasa rindu dan menyesal sebab dulu pernah layan dia teruk . Alhamdulillah , sekarang aku dalam perancangan untuk bertunang dengan dia . Doakan semoga urusan kami dipermudahkan . 
Tapikan , aku macam taknak tunang lagi 🤣🤣🤣 aku nak stabilkam diri masing-masing dulu . Maksudnya aku nak tengok dia berjaya dalam kerjaya dia dulu sambil-sambil kumpul duit . Kalau tunang sekarang , aku risau akan ambil tempoh yang lama untuk dia simpan duit . Aku sumpah takut dugaan tunang . I've seen kawan-kawan aku yang putus tunang dan kawen dengan orang lain atas masalah-masalah tertentu . Kesian sangat . So aku taknak bertunang lame . Better suaikan diri dengan kerja baru dahulu dan stabilkan kewangan . Then baru fikir tunang or next step . Tapi tu laaa , si aizat yang nak bertunang awal . Sebab dia risau kena posting jauh . Haaa , result posting malam nie baru keluar dan aku pun still tak dapat update apa-apa lagi dari dia . Hopefully yang dekat-dekat la . Jangan dapat sabah sarawak sudah . . 


Doakan semoga hubungan kami berpanjangan . Andai dia benar jodohku , maka satukan kami dalam satu ikatan yang SAH ! Amin . 

20 Bawang Holland

  1. wahuu~ Sweet gitu,, semoga dipanjangkan jodoh sampai syurga dengan ikatan yang halal. ^^

    ReplyDelete
  2. may Allah ease korang dua. jodoh tak kemana =)

    ReplyDelete
  3. wahhh tahniah, perempuan ni itulah hatinya susah nk di pahami.... kadang kita trauma, terkesan dgn kisah dulu kita jadi serik... tapi bagusla aizat ni tak putus asa, bila nampak kesungguhan tu, kita pun rasa tersentuh, rasa terdetik dihati mungkin dia lah lelaki yg bakal jadi suami...

    moga di permudahkan semuanya, dah tau ke dia nnti kene bertugas kat mana?

    ReplyDelete
  4. comel.. =')

    semoga berkekalan.. insyaAllah selama2nya..

    dugaan bertunang mmg hebat.. kalo blh jgn tunang lama2.. =)

    ReplyDelete
  5. waalaikumussalam. inshaAllah. semoga keduanya dalam limpah rahmat Allah Taala dan disatukan dengan ikatan pernikahan yg kekal abadi. aamiin :)

    ReplyDelete
  6. Semoga berbahagia selalu dik. 😘
    Srnok lak baca kisah korg ni.

    ReplyDelete
  7. Adoyai tahniah lah XD comel je lah.. jangan risau.. as long as percaya dan jujur insyaAllah berkekalan...

    yg mostly putus waktu bertunang tu sebabnya... banyak diamkan something.. supposed to say, tapi macam.. takde ape kowt... biar je lah.. so, don't worry...

    Misa erm long distance lagi lah susah XD ahahahahhaha

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan urusan seterusnya..jaga diri dalam kerjaya, bukan mudah..bnyk cabarn, kuatkan iman.

    ReplyDelete
  9. Wow. Tahniah..dah join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie? Rm1000 untuk dimenangi.. jemput join ye

    ReplyDelete
  10. Wahhh, tahniah.. nak bertunang dah hihi. Semoga dipermudahkan segala urusan. Biasalah semua orang akan ada ujian masing2 dlm relationship. Bell ni pon dlm merancang nak bertunang bla bla bla semua ada jee benda nak dibalahnya. Belum bertunang lagi tu >.< hahaha. All the best sue :*

    ReplyDelete
  11. Aww congratulations to him and Tqa doakan semoga Allah permudahkan segala urusan korang.
    Kalau ada jodoh tak kemana kan? Even hujung ke hujung dunia sekalipun. Trust Him.

    ReplyDelete
  12. Sweet la. Alhamdulillah, akhirnya sabar tu berbalas hehe. semoga dipermudahkan urusan ^_^

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah. tahniah to him

    ReplyDelete
  14. Aizat satu platun satu bilik dgn dia hahahaah aizat m-104

    ReplyDelete
    Replies
    1. acahhhh la . sibukkk je komen . Hahahhaha :)

      Delete
  15. Semoga dipermudahkan urusan korang berduaa.a InshaaAllah benda baik kan. Sennag je jalannya tuu. Doakan yang baik-baik je. Jangan risau ye. Yang penting kena saling percaya dan jujur dalam perhubungan ;)

    Cikpijaa dulu bertunang 6 bulan. Dekat-dekat nak majlis tu, ada dugaan datang. Tapi Alhamdulillah, jodoh kami kuat :)

    ReplyDelete
  16. Salam singgah dan follow sini ya :)

    ReplyDelete
  17. Semoga hubungan ini berpanjangan sehingga ke Jannatul Firdausi... akak dulu pun, siap menyampah, jumpa je ada je yang nak digaduhkan, berbulan-bulan lost contact... ntah macam mana jumpa balik... #nostalgiasungguh... akak setuju, kita yang lalui, kita (dan Allah) je yang tau pahit-getir perjalanan tu... nevertheless, just keep moving ya...

    ReplyDelete
  18. Tahniah Azat. Semoga terus berjaya dan berjodoh..Aaminn

    ReplyDelete