Assalamualaikum . . .
Hai guys , its a raining day . Bestnya kalau time nie dapat baring atas katil tarik selimut dan tidur . Itu semua KALAU , tapi hakikatnyaaa tidak ada kalau kalau . Since musim jerebu sekarang , elok la hujan turun lebat , air hujan lagi banyak manfaat dari jerebu yang menyakitkan . Ecehhh , serious talk , aku pernah tengok satu video ceramah Ustad Kazim Elias tentang air hujan boleh sembuhkan segala penyakit . Nie link video tu . Korang boleh tengok . THIS IS ILMU guyss ----> https://www.youtube.com/watch?v=beJywToQ1iE . Btw , please kurangkan aktiviti luar ye . Udara tak elok sekarang .
Back to the main topic. Pernah tak korang tiba-tiba lost idea what an exciting gift to give to a good friend on his/her birthday . ? Here I can share some ideas based on the gifts that I received on my birthday previously .
1) JAM TANGAN
- Aku pernah dapat jam tangan dari crush aku last year . Dan Jam tu warna favourite aku . Yes , memang aku suka dan hargai since dia korek rahsia dari dayah (my bff) yang aku tengah perlukan jam tangan waktu tu . Jam sebelum nie dah rosak dan aku tiada budget untuk spend duit beli jam bulan tu sebab hujung bulan nak pergi travel . So dekat sini , korang boleh bagi apa yang dia suka dan apa yang dia PERLU . Plus , please ambil tahu warna kegemaran dia so that akan memudahkan kerja korang untuk decide apa yang patut beli dan warna apa yang sesuai untuk dia .
2) HANDBAG
- Untuk handbag , aku dapat hadiah dari dayah (my bff) . Macam aku cerita sebelum nie , birthday kitorang selang sehari je . So dia hadiahkan aku handbag polo warna maroon . Yup , Maroon adalah warna kegemaran aku . Everything warna maroon atau merah aku akan suka . i don't know why mata aku nie , yang pasti aku memang suka . Act kalau dia bagi handbag RM20 , RM30 yang lambak-lambak dekat karnival atau pesta apa-apa tu pun aku terima dan happy . Hadiah nie tak semestinya kena mahal dan mewah , cukup dapat buat si penerima tu gembira dan hargai je pun dah berbaloi .
3) SURPRISE DELIVERY
- I got this surprise last year from my bff (Ainina & Aiza) . Membe baik dari zaman study dulu . I thought Dayah yang bagi sebab Dayah je yang tahu alamat office aku dekat mana , rupanya Ainina mintak alamat office aku dekat Dayah . Surprise delivery nie dah jadi trend sekarang . Sampai orang kampung pun reti order surprise delivery nie . Kampung aku agak hulu FELDA TEMBANGAU . Korang pun mesti tak pernah dengar dan tak tahu kampung aku nie dekat mana kan .? HAHAHAH , its okey . So dalam kampung aku nie pun ada orang buat business surprise delivery jugak . So korang boleh la guna service yang ada nie untuk memudahkan urusan korang . Tapi kena pandai survey , ada yang mahal dan tak berbaloi & ada yang murah dan berbaloi .
*Nie yang aku order Masa birthday Dayah |
*Nie yang Ainina bagi dekat aku . |
- Dan aku pun pernah gunakan surprise delivery nie masa birthday dayah dua tahun lepas . Yeaa aku ambil yang harga seratus lebih tapi aku rasa macam tak berbaloi , sebab aku ingat balloon tu ade printed name , sekali dia just tampal je tulisan nama dekat balloon tu , dah la mahal 😞 . Waktu survey dalam ig dia , nampak macam printed . . Sis tertipu . . !! Bunga is worth it la sebab guna baby breath flowers . So korang kena survey betul-betul sebelum proceed order .
4) CAKES/CUSTOM MADE CUPCAKES & BIRTHDAY TREAT
- Okey part ni dah jadi tradisi geng berlima kitorang . Hahahhaha , sebab setiap tahun akan buat dan wajib celebrate birthday each other walaupun ada salah sorang tak dapat datang atas sebab-sebab tertentu . Kitorang biasa custom made cake or cupcakes macam dalam gambar bawah nie . Then cari satu restoren untuk celebrate birthday someone tu . Firstly , Plan dengan staff restoren tu untuk sing along dan bawakkan cake waktu habis makan . Lepas makan , someone akan bagi hint dekat staff untuk keluarkan cake dan diorang akan mainkan lagi birthday . Oh yaa , kebayakannya kitorang dah booking restoren pun , walk in je . AND Paling penting , tak semua restoren free service charge untuk celebrate birthday . Ada yang kena tambah RM20 or RM30 untuk service tu . Total yang usually habis untuk celebrate birthday (4 -5 orang makan + cakes ) +- RM40 ke bawah . . So jimatkan dari korang sorang nak kena keluar duit untuk cakes dan makanan yang lain .
- Korang boleh survey dekat ig atau facebook siapa yang ada buat custom made cupcakes atau cakes . Korang boleh suruh dia custom made ikot design or gambar yang korang bagi . TAPI Custom made nie biasanya mahal . So why not korang keluar ramai-ramai macam aku dengan kawan-kawan aku tu . So korang boleh cut cost untuk cake dan makanan yang lain . Untuk orang kuantan let me know kalau korang nak tahu kat mana tempat yang aku biasa custom made cakes .
5) CHOCOLATE
- This is my favourite section . Chocolate has become popular that millions people will enjoy every day . Thank to its unique , rich and sweet taste . Coklat nie korang boleh beli dekat pasaraya dan gubah sendiri , tu lagi berbaloi dan lebih dihargai . Kalau tak kreatif nak buat "chocolate bouquet" , tak susah pun . Korang cari satu kotak atau beli je ready made kotak dekat kedai buku atau DIY , kalau kaya belilahh bird nest untuk letak dalam kotak tu . Kalau low budget , korang boleh carik-carik recycle paper (kertas-kertas yang dah tak guna) untuk isi dalam kotak tu . N then fill up dengan macam-macam jenis coklat yang korang dah beli tu . Dah siapppp (intonasi mirapiljah). . .
*Nie yang aku buat untuk EX aku dulu , tapi malangnya dah jadi EX . . Kahkahkah |
- Low budget gift nie aku selalu buat waktu zaman study dulu . Yee la , student kan duit cukup-cukup makan je . Nak bagi hadiah mahal kat kawan , kena la sedar diri sendiri dulu yang mak ayah bagi duit belanja kat kita . So this is the best solution . Beli coklat dan letak dalam kotak . Easy doing ! Time loan masuk baru semua buat party kecil-kecilan . HAHAHAHHA . . . since aku peminjam YP (yayasan pahang) je , so NO PARTY . Kawan-kawan ramai yang buat dua pinjaman , which is Mara dan Yp . So diorang memang macam anak orang kaya la dulu . Shopping sakan bagai hari nie last hidup je . Sekarang semua garu kepala nak kena bayar balik pinjaman . . . Hahhaha , pity them . .
6) SHORT TRIP / VACATION
- This section untuk orang HAVE HAVE je tau . Hahahha , untuk short trip or vacation nie aku tak pernah dapat sponsor dari sesiapa , nie aku dengan kawan aku kumpul duit sendiri as a self reward . Paling cikai pun kitorang pergi Gambang Waterpark je yang paling dekat as a short trip . So korang kalau rasa ada banyak duit nak sponsor kawan-kawan pergi trip silakan . Tiada halangan , cuma nie lebih kepada self reward je . Nak lebih puas dan hargai usaha titik peluh bekerja , tak salah sesekali buat short trip , plus dalam tempoh birthday month . Memang best . . 😊
*Birthday trip tahun lepas . triple september's baby . werkkss 😝 |
7) Drawing
-This drawing aku dapat dari crush aku jugak . Why aku panggil dia crush , sebab dia suka aku since 2 tahun lepas tapi asyik kena friendzone je . Hahahah , kesian dia . Tapi dia baik dan tak give up . Kahkahkah . He ask his friend to draw my picture . Ang the result is tadaaaa . . . . . . Sama ke idokkkk ? Heheheee . Thank you aizat . .
-Untuk drawing , korang boleh mintak tolong kawan yang pandai melukis atau upah sesiapa freelance painter yang open slot untuk drawing nie . Korang boleh bagi gambar dan saiz lukisan yang korang nak . Macam gambar aku nie , saiz A4 . . So muat untuk frame A4 . .
8) WRAP BY EL
- Aku baru notice one of my lovely follower ada jadi dropship untuk wrap by el . Hai Raihan , thank you sebab tinggalkan link WRAPBYEL dekat chat box hari tu , unfortunately saya tak stalk betul-betul blog awak hari tu . Kalau tau saya boleh order dekat awak . Ok , untuk wrap by El , korang boleh tekan link WRAPBYEL nie untuk survey handmade gift dari diorang . Tinggal bagi gambar , details dan payment . Cantik dan menarik . Last week aku ada buat order Explosive box with 3d untuk upcoming birthday Ainina (27 sept) . Ainina peminat Hello Kitty , so aku request Explosion box theme hello kitty dan warna pink . Kebetulan last week ada discount , so aku dapat harga yang murah . So far aku berpuas hati dengan service dari WRAPBYEL , diorang layan customer dengan baik , fast reply dan gift cepat sampai sebelum estimated date . Korang boleh whatsaap no yang ada dekat website tu atau korang boleh direct pergi blog Raihan . She will assist you .
9) OTHERS HOUSE GOODS
- Ok yang nie senang . Korang boleh bagi je apa yang korang rasa senang nak balut dan dia akan perlukan benda nie somedays . Tak pun kalau takda idea sangat , korang masuk je mana-mana pasaraya cari la barang yang ada dalam kotak . Which is macam nak bagi hadiah untuk wedding day , peiuk ke , cawan ke , pinggan mangkuk ke . Aku pernah dapat lampu and tuppaware ok .
10) A LETTER/ WISH CARD
- Kalau takda bajet tak salah pun nak tulis surat . Hadiah nie macam macam bentuk ada . Tak semestinya kena bagi "barang" baru di kira sebagai hadiah . SALAH FIKIRAN MACAM TU !! Hadiah nie ikot kemampuan je . Tulis sepucuk surat atau wish card pun dah cukup memadai . Jangan terlalu ikut orang lain . Kemampuan dan rezeki manusia nie tak sama . I've received a letter from NINI , which is she notice my date of birth on "about" navigation . I received the letter a week before my birthday . On the letter , dia wish birthday aku dan dia bagi mask sebagai hadiah . Thank you nini . See , hadiah tak semestinya benda yang mahal . Everything boleh di jadikan hadiah . . Btw get well soon nini , i miss reading your updated cheeky blog .
Ok , tu antara idea yang aku boleh share dengan korang . Hope boleh tolong korang somedays . Make someone happy is the best medicine of heart . If you want happiness for a lifetime , help someone else . Jangan kedekut berkongsi rezeki , sebab dalam rezeki kita ada rezeki orang lain . Doa dan Ucapan pun adalah salah satu hadiah terbaik . Kalau tak mampu atau tak sempat nak prepare apa-apa hadiah , submit your du'a and pray for someone . Its also the best idea .
*Teddy bear aku rasa dah tak relevant la nak bagi dekat orang yang umur atas 20 tahun . Erghhhhhh , please la jiwa dewasa sikit . Dah boleh kawen n jadi mak orang dah pun , takan nak hadiah teddy bear lagi .? Kemon laaa . . Btw zaman study dulu aku banyak dapat bear dan aku rasa diorang silap tafsir aku . Hahahhaah , aku yang acah gangster nie mana la minat teddy bear nie , tapi orang dah bagi tu ambil dan terima kasih je la . Jangan banyak bunyi , nanti jadi tak bersyukur dan mungkin tu akan jadi last birthday gift dari diorang untuk kau . HAHAHAH . . .