Assalamualaikum . .
Lamanya tak menulis , tiap hari teringat nak buka blog tapi tak ada waktu free . Sedihnya bila hobi terpaksa di tangguhkan atau di kurangkan atas faktor kesibukan bekerja . Maaf kalau aku dah lama tak menjelajah blog kawan-kawan blog , cuti new year nie aku janji akan buat jejak kasih dekat semua blog kawan-kawan blog . Please wait for my visit .
25 dec - Selamat menyambut hari natal buat semua penganut kristian . Dah basi dah date 25 dec tu tapi aku tetap nak wish jugak ! 😂 . Berbalik kepada title di atas , kitorang memilih date 26 dec iaitu sehari selepas krismas untuk keluar makan . Macam biasa , setiap hari perayaan kitorang akan buat gathering tetapi mohon jangan ada yang salah faham . Kitorang bukan lah merayakan perayaan krismas tu , cuma main point kat sini kitorang adakah gathering setiap kali ada perayaan je .
Bagi orang yang dah berkahwin , ada anak memang susah nak plan gathering awal-awal . Ye laaa , kadang ada hari yang tiba-tiba ada emergency tak boleh nak hadir gathering . Kitorang berlima dah masuk tahun ke 3 berkawan dan setiap kali CNY , CRISTMAS , RAYA PUASA kitorang akan keluar makan-makan . Memandangkan kawan-kawan aku ada chinese , so aku dan Dayah tak kisah kalau diorang nak pilih restoren yang ada decoration CNY , CHRISTMAS or what ever asalkan halal , tak serves arak atau oink oink 🐷 .
Alhamdulillah , aku dapat kawan chinese yang memahami dan caring each other . Diorang concern pasal halal haram jugak , dan kalau ada yang tak halal or serves arak diorang takan ajak pergi situ .
* All cafe photos credit to Nineteen61 facebook . - Kitorang datang malam , so gambar tak nice sangat nak letak kat sini .
Macam biasa aku lah yang kena cari port untuk gathering . Diorang semua kalau bab tempat makan masing-masing larikan diri sebab malas fikir 😂 . And you know what , soalan nak makan kat mana dan nak makan apa adalah antara soalan paling susah dekat dunia nie 😂😂😂 . So diorang nak tempat yang cozy dan ada decoration Christmas sikit , aku pun cari lahbdan jumla la dua pilihan cafe . Antara pilihan tu adalah Java Flava Cafe and Nineteen61 . After survey kitorang pilih Nineteen61 sebab Java Flava closed hari khamis .
Worth it dan tak salah pilih ! Nineteen61 cafe terletak di Lorong Sri Kuantan 25 , kuantan . Tempat yang cozy , makanan yang sedap , decoration yang menarik dan service yang tiptop ! Highly recommended . Ada Christmas set untuk 3 or 4 pax harga dalam RM114 . Tapi kitorang decide taknak ambil set dan ambil lain-lain menu . Dah jadi tradisi gathering kami , setiap orang akan ambil menu yang berlainan tak kira mahal atau murah then nanti harga tetap divide je by 5 sebab kitorang akan rasa dan makan makanan setiap orang . So tak ada istilah unfair kau makan mahal then kau kena bayar lebih . Tak ada okey ! Telah termaktub dalam perjanjian persahabatan alam ghaib kami berlima 😂😂😂 Alaaa , benda makan kot . Takan nak berkira , sama-sama makan so sama-sama bayar la .
Lepas je habis makan , kitorang terus panggil waiter untuk clearkan table . Tiba waktu untuk exchange gift . 2 minggu sebelum gathering memang dah bagi budget setiap orang RM30+- untuk beli hadiah . So tak kisah la nak bagi hadiah apa tapi dalam bajet kurang 30 atau lebih 30 (lebih sikit je) . Depends pada poket jugak , kalau poket tebal ikut la nak bagi hadiah mahal .
After voting aku dapat 2 set box elianto (seperti dalam gambar) daripada San . Alhamdulillah , rezeki . . Aku tak pernah pakai pun barang elianto , sebab malas nak spend duit untuk barang-barang macam tu . Dayah dapat hadiah drug store (vitamin flavate 100 tablet dan eye mask ) daripada Lim . Lim dapat 1 box minuman sarang burung daripada Evone . Evone dapat 1 box Ferrero Rocher daripada aku and lastly San dapat cermin make up berlampu daripada Dayah .
Last session after makan-makan dah jadi perkara wajib pergi karaoke . Ahahhaha , Dayah mintak izin husband dia nak pergi karaoke dengan syarat kena hantar anak balik rumah dulu . Yelaaa , baby lagi kan takan nak bawak pergi tempat-tempat macam tu . Actually , kami dah lama sangat tak keluar makan-makan . Last keluar sama waktu bulan 9 celebrate birthday aku dan Dayah , time tu dayah baru je lepas pantang .
Harapan dan doa aku sebagai penutup tahun 2019 nie adalah semoga ikatan persahabatan antara kami semakin utuh . Semoga segala kenangan yang indah dan manis tetap kekal dalam ingatan manakala yang pahit dan memeritkan di luputkan dari ingatan .